19 January 2018

Bff Til Jannah

Assalammualaikum...
Kali ni aq nak berkongsi siapakah mereka yg bergambar disamping aq...
Mereka ni adalah sahabat yang sekepala, bergembira, sedih suka dan yang penting tak sentap la erk..
Nak ikut kan mula mula mengenali mereka ni, biasa biasa je macam kawan kawan yang lain...takde la semesra sekarang ni...bak kata orang hang tengok aku, aku tengok hang, tegur tegur gitu je la, say hai bye bye...hehehe....
Tetapi bila dah selalu bersama baru tahu perangai n peél masing masing....
bila 5 bersahabat dari 5 negeri berlainan bahasa budaya...hehehe..kdg2 tak paham juga...
Otak beku, jem jadinya...hahahaa...

Dari hadapan kiri : Shima (Perak), Dayang (Sabah), Ina (Kelate)
Dari Belakang Kiri : Nurin (Johor), Miza (Ganu)
Haaaaa....berbezakan bahasa kami...kadang-kadang bertekak juga sebab tak paham apa yang nak disampaikan...hahahaha





Ni gambar kami masa makan di Kedai Pecal Lele di Desa Pandan, kali ni Nurin yang payung kami makan. Bila dh berkumpul, bercerita terasa kedai tu macam kami je pengunjungnya...
Bercakap, gelak, ketawa bergegar bumbung gerai tu....
tapi apa pun semenjak mengenali bff ku ini, hidup lebih bermakna dan menghargai apa itu bersahabatan. Aq berharap agar perhubungan ini terus kekal ke akhir hayat. Walaupun 1 hari nanti kita akan berpisah kerana membawa haluan masing masing..
Sahabat selamanya....

Erm.....sayang korang ketat ketat....ish..ish... kito tok seh la nok pisoh pisoh...nok hepi sokmo....
ok la kalau kau bah....
gong la mu Shima....
Apa-apa pun Korang
Layan Je...

Makan Malam di Kedai Kuning Taman Tenaga, Cheras

Assalammualaikum...
Kali ni aku nk cerita kan makan malam disini.
Kalau time mood malas aku melanda, memang disini la tempat nya untuk aq sekeluarga mengisi perut..
Harga di kedai ni sangat - sangat berpatutan.
Sarapan pagi kat sini memang banyak pilihan
Selain dari tu makanan tengahari juga banyak jenis lauk pauk untuk pilihan
Terdapat juga nasi ayam, laksa, bihun / mee sup dan air buah /balang...erm...harga memang berbaloi
Kalau malam pula terdapat juga nasi campur, nasi lemak, dan masakan panas...
Jadi pada siapa yang belum mencuba, boleh la datang ke sini...


Disebabkan Along hantar balik Alif dari kampung, mama pun malas nak masak kan, jadi disini la tempatnya...
Apa-apa pun Korang
Layan Je...

Program Doa Selamat Titian Kasih AJK KRT Pangsapuri Sri Penara fasa II 2018

Assalammualaikum..
Ini adalah program pertama KRT bg tahun 2018. Alhamdulillah awal tahun je dah ada program.
Bertarikh 12/01/18 bertempat di Restorant Santai Tasik Permaisuri.
Walaupun pada malam tu hujan, ini tak mematah kan semangat semua warga KRT untuk turut serta memeriahkan program ini.
Dengan kehadiran pegawai JPNIN iaitu Puan Zumaiza dan juga Puan Fadillah.
Terima kasih kerana sudi memeriahkan program kami yang tak seberapa ni...




Ucapan dari pengacara majlis, En. Malik

Ucapan dari Pengerusi, En Supian

Ucapan dari pegawai JPNIN, Puan Zumaiza

Bacaan doa oleh En Rizal

AJK Wanita

Ajk lelaki sebahagiannya

Tomyam

Siakap 3 rasa

Sotong goreng tepung





Group photo acara wajib



Sebelum berakhirnya majlis, wajib bergambar lagi.
Ini lah kesemua barisan AJK Wanita yang mewakili KRT Pangsapuri Sri Penara Fasa II.
Next agenda kita dimana pula ye...ok tunggguuuuuu...
Apa-apa pun korang 
Layan Je..

11 January 2018

Konvokesyen Dan Anugerah Cemerlang Kali Ke 2 Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin 12 Kg Changkat Chermin Pada 17/12/2017 ( Ahad )

Assalammualaikum,....
Hari anugerah cemerlang dan konvo kali ke 2 MTQ Addin 12 di Hotel D Iskandar, Bandar Sri Iskandar. Kali ni buat di hotel berbanding tahun 2016 hanya buat di sekolah saja.
Kali ni MTQ Addin 12 mengadakan acara berprestij ini di hotel, satu pencapaian yang membanggakan pihak kami selaku ibu bapa.
Terima kasih juga kepada semua yang terlibat menjayakan majlis yang gah ini....ribu riban juga la ye kos nya.. Ini adalah anugerah yang terakhir yang Fatahul terima di MTQ Addin 12 sebelum meneruskan pengajian ke MTQ Addin 00 di Kg Tualang Sekah, Malim Nawar. Acara majlis bermula se awal jam 8.30 pagi.


Ucapan dari Mudir MTQ Addin 12, Ustaz Haizat

Ucapan dari menteri besar Perak.

Alunan bacaan Al-Quran dan terjemahan oleh Fatahul dan kawan nya..


Fatahul menerima anugerah tempat ke 3 pelajar cemerlang bagi tingkatan 3, 
Tahniah adik...mama bangga dengan adik...






Kami sekeluarga...


Bersama dengan Ustaz Rafie, Ustaz yang mendidik Fatahul dari Tingkatan 1 - 3.
Yang banyak bersabar dan mendidik Fatahul hingga berjaya dan menjadi huffaz muda dalam usia 14 tahun. Memulakan pengajian di MTQ Addin 12 berumur 13 tahun dan menamatkan penghafazal selama 1 tahun 10 bulan. Terima kasih selama ini menbantu anak murid ini sehingga berjaya...Hanya Allah saja yang membalas segala budi ustaz ustaz di MTQ Addin 12.. Dan seterusnya Fatahul akan menyambung pengajian ke marhalah 2 di MTQ Addin 00 Kg Tualang Sekah, Malim Nawar. Semoga ilmu yang disampaikan digunakan sebaik mungkin dan sentiasa mengharumkan nama sekolah...
Apa-apa pun Korang
Layan Je...

Jalan Jalan Rawang @ Makan Malam di Pak Li Kopitiam

Assalammualaikum....
Hari ni sabtu duduk je kat rumah.. Nak ikut kan takde pun plan nak pergi mana mana...layan tv n tido je la kan hehehehe...
Bila dah siap masak, makan tgk tv...haish...bosan juga...bila tgk berita pasal jalan baru Rawang Bypass, jalan tertinggi erm...mcm best je kan..😈
apa lagi aq pun pujuk la HB untuk meneroka jalan tu...
sebelah dikenakan tol...hahaha
Ajak anak anak pergi diorg tak mo, Alif kata nak dok umh je ngn kakak...
erm...so kami pergi ber2 je la...
Bila jalan tu kt mana nak masuk tol ni...takde pun....
Laaaa jalan ni memang takde tol pun... cuma jalan ni dibina untuk mengelak kan jem dan jalan pintas orang Rawang nak ke KL or KL nak ke Rawang....
hehehe..


Bila tengok ramai yang berhenti di tepi jalan, kami pun berhenti juga, apa lagi selfie la kan...pemandangan memang cantik, tinggi nya jambatan ni gayat aq....
Lepas hbs tu aq ajak HB pusing balik la malas nak pergi  ke pekan Rawang...then aku ajak HB pergi ke Shah Alam, makan kat Pak Li Kopitiam Bukit Kemuning...

Ni memang kedai favorite kami... selalu makan kat sini..
Nanti aku kongsi kan menu menu kat sini....
Aku suka old town white coffee dia, n HB lak mcm biasa la air soda gembira...mmg gembira bila minum...
Aq cuma memesan roti kaya bakar, HB pulak telur separuh masak dan juga fun fries..
Sebenarnya banyak lagi signature dish kat sini...nnt aq kongsi kan ye..
Apa-apa pun Korang
Layan Je... 

Happy Birthday To Fatahul & Mak

Assalammualaikum...
Nak ikut kan ni cerita tahun lepas sambutan harijadi untuk mak n fatahul.
Disebabkan tarikh lahir Fatahul pada 05/10/2017 dan mak pula 07/10/2017,
jadi aq pun buat sekali la...
Kami otw balik dari KL terus ke Changkat Chermin ambik Fatahul. Sebelum tu harus la minta izin dari warden bertugas untuk membawa Fatahul balik ke rumah.
Kami terus kan ke Bandar Sri Iskandar misi membeli kek di Secret Recipe.
Bila sampai dah malam, dah tak banyak pilihan kek yang tinggal.
Aq memilih kek yang selalu kami makan iaitu Chocolate Indulgence Cake
Harga untuk sebiji kek ni RM88.00, aq  rasa berbaloi sangat...  


Mak dah bersiap sebab aq dah call nak ajak makan kat luar tapi mak tak tahu yg kami semua dah tunggu kat luar dengan kek.. hehehe


Fathul membaca doa dan permintaan nya..




Selamat hari jadi buat mak dan Fatahul, semoga panjang umur dan dimurah kan rezeki, semoga Fatahul berjaya mencapai kecemerlangan dalam hidup, semoga mak diberi kesihatan yang baik...
Amiin....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...