Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

30 January 2024

Sandwich Telur ~Tempahan Hari Isnin @ 29/01/2024

Hari isnin pagi ada tempahan roti sandwich sebanyak 50 pack. 
Jadi nya hari ahad malam aku dah siap siap kukus telur supaya mudah esk pagi nya aq bangun je lagi nak buat sandwich tu.... 


Yang ni aq punya...aq suka ada sayur macam tu

Yang ni pula tempahan cikgu untuk murid murid SPM makan nanti...
Cikgu nak yang kosong je... Tak mo sayur kata nya.
Alhamdulillah walaupun tak banyak...
Aq bersyukur dengan rezeki ini...


09 February 2023

Apam Pisang Dan Roti Sardin

 Apam pisang ni order dari Ina. Katanya Ina tak tau nak bawa makanan apa untuk ke rumah Nurin.
Ina ni bz setiap ahad ada kursus haji. Aku tempah dengan mu la Shima apam pisang...
Ok je kata ku takde masalah...
Nurin menjemput kami ke kedai nya yang akan dibuka tak lama lagi.
Kiranya nak buat doa selamat dah bacaan yassin la....



Apam pisang ni memang lembut gebu dan terasa puas di setiap gigitan tu...
Aku jual sebekas RM18 / 25 biji.


Yang ni pula sedekah aku untuk Nurin.
Roti sardin je

27 January 2023

Bekalan Hari Jumaat @ 27/01/2023

 Salam Jumaat.....
Hari terakhir bekerja untuk minggu ni...
Minggu ni kerja bermula hari rabu dan khamis. 2 hari dah bos izinkan balik pukul 12.30.
Hari ni jumaat bos dah cakap balik jam 3.00 petang...
Boleh la aku ke carwash cuci kereta... Hehehe...

Macam biasa menu hari ni simple je...sebab aku dah agak hari ni balik awal. 
Selalu jam 5.30 kan...


Aku bawa ubi rebus cicah gula perang..
Sedap macam putu mayam cicah gula perang....


Yang ni diantara bekalan kami.
Nasi goreng untuk Nadia bawa ke tempat kerja dan juga ubi rebus makan dengan kawan2
Alif pun bawa ubi rebus... tapi lebih la sikit... Nanti share juga tu dengan kawan nya...


Roti gardenia berbaki 3 keping.
Aku buatkan french toast..
Sayang kalau tak diolahkan...esok takut ke tong sampah dah.

RESEPI FRENCH TOAST

 - 3 keping roti gardenia
- 1 biji telur
- 1/4 cawan susu cair / fullcream / low fatt
- 1 sudu susu pekat manis
- Sedekit garam
- Sedikit mentega / butter

 CARA - CARA

- Campurkan ke semua bahan kecuali mentega - di pukul sebati
- Panaskan kuali nonstick - letak mentega
- Celup roti ke dalam telur
- Letak kan roti di kuali. Masak di ke 2 2 belah roti sehingga garing..
- Selamat mencuba

16 January 2023

Rezeki Hari Sabtu ~Tempahan Roti Jala @ 14/01/2023

Hari sabtu seawal jam 4.00 pagi aku dan bangun.. Mata aku macam ni la tak kira hari apa pun...
Mesti terjaga... Jadi aku pun menyiapkan bancuhan roti jala sebanyak 2 kilo tepung....
Selalunya kalau roti jala ni aku akan peramkan selama 2-4 jam baru aku start menjala.
Kalau kita peram nanti kita akan dapat jalaan yang halus je.
Roti juga akan rasa lebih lembut.
Roti jala hari ni order by Kak Liza.
Dah 3x dah Kak Liza repeat order ni....


Ini la roti jala nya.....
Macam ni aku kira untuk sekilo tepung RM30.00
Kak Liza tak nak kuah...katanya nak buat sendiri...
Terima kasih kak sebab order dengan Shima...

 

13 January 2023

Roti Jala Kari Ayam Untuk Mak Di Kampung

 Salam Jumaat....
Pagi ni Fatahul dah nak balik ke Kuala Kangsar.
Aku suruh balik hari sabtu atau ahad pun tak mau....Katanya nak study untuk exam minggu depan...
Jadi memang lama dah niat aku nak bagi mak rasa roti jala kari ayam aku ni. 
Jadi malam tadi ku siapkan bahan bahan untuk roti jala. 
Selalunya bancuhan tepung aku akan buat awal peram semalaman...esok masa menjala jadi cantik je.
Selain bahan bahan untuk kari ayam pun aku dah siap kan. Bangun pagi tinggal nak tumis je lagi...
Aku buat sekilo tepung.... Senang...

Ada bekalan aku makan untuk tengahari ni
Untuk Alif bawa ke sekolah. Saja aku lebih kan mana tau kang ada yang paw sikit kan...
Untuk Nadia bawa bekal. Kata nya nak kongsi makan dengan Puteri...
Untuk Mak dan juga untuk Ilah jiran kampung aku.....
Ada berbaki sebekas untuk anak anak makan kat rumah.
Untuk lauk tengahari aku siap kan juga ayam berlado...
Tak dan nak ambik gambar dah... Dah lambat nak p keje...
Kata Alif ngan Fatahul... Mama sedap giler la ayam mama tu...orang suka...
Alahai...kesian aku dengar...Jadinya pagi ni aku buat kan lagi ayam masak berlado...
Bagi juga kat mak 3 ketul sebab mak pun suka makan ayam masak berlado ni....
Alhamdulillah syukur Ya Allah...
Semoga kami semua kenyang sampai ke malam....
Amiiinnn...

04 January 2023

Customer Repeat Order ~ Roti Jala

Pada sebelah malam nya.... Kak Liza mesej lagi.
Shima... akk nak lagi la roti jala. Kuah banyak ada ni. 
Bila akk nak tu. Esok pagi boleh ke...
Boleh kak... Akk nak 1/2 kilo tepung je ye.... Ok kak....
Kalau customer nak awal pagi... selalu nya bancuhan tepung tu aku dah sediakan waktu malam.
Esok pagi tinggal nak menjala je lagi. Kalau kita diamkan semalaman dalam peti ais, Jalaan nya lagi cantik dan halus dan roti tu terasa lembut nya.
Jadi nya seawal kul 4 pagi aku dah bangun sediakan makanan untuk kami. Aku cuma buat kan nasi goreng je. Siap masak nasi goreng aku teruskan menjala... Sebelum azan subuh berkumandang... Siap lah jalaan ku 1/2 kilo tepung..... 


Setengah kilo tepung RM15.00 je

Makin lama makin cantik jalaan ku. Halus jek...
Hehehe puji diri sendiri. Practice make perfect... tak gitu...
Hehehe... alhamdulillah....kul 7.15 pagi aku dah hantar ke rumah Kak Liza....
TQ kak..... 

Tempahan Roti Jala Sahaja

Roti jala order hari isnin 02/01/2023.
Tq Kak Liza. 

Kak Liza lihat status aku di whatsapp. Bila beliau melihat nya terus Kak Liza mesej aku.
Bertanya kan macam mana aku kira sekiranya beliau ingat menempah roti jala.
Setelah aku memberikan penjelasan kepada nya. Kak Liza bersetuju untuk menempah sekilo tepung roti jala sahaja. Kuah nanti akk buat sendiri kata nya. Ok la tu mudah dah kerja aku. 
Dalam kul 12.30 siap tempahan Kak Liza.
Aku suruh Alif hantar ke rumah nya. Jalaan aku tak la besar dan tebal.
Dalam sekilo tepung ni dapat la dalam anggaran 98 biji....


Siap sekilo tepung roti jala tempahan dari Kak Liza.
TQ kak... Alhamdulillah....Syukur...

Roti Jala Kari Ayam ~Tempahan Di Ambang Tahun Baru 2023

 Lepas je terlelap ayam (ada ke peribahasa macam ni) hehehehe...
aku bangun sambung menjala... nak ikut kan bukan senang weh nak menjala 2 kilo tepung...
Pagi tadi dah buat sekilo tepung, tghr ni sambung 2 kilo.
Nak tumpor kaki berdiri lama lama kata orang Perak.
Tapi ye la dah nama nya rezeki tempahan orang kita buat la juga. 
Lagi pun Nabil nak makan roti jala bersama sama dengan keluarga nya sambil menyambung tahun baru malam ni. dekat 2 jam lebih juga la aku menjala..... 
Menjala roti jala ni... makin lama makin syok... cuma nya tak tahan kaki kejang la berdiri lama....


Roti jala kuah kari ayam

Roti jala untuk sekilo tepung ni boleh la dapat dalam anggaran 80-90 biji.
Aku jual roti jala tak kira biji. Aku kira sekilo tepung senang.
RM30.00 untuk sekilo tepung...

Kuah kari ayam pula aku kira RM30.00 untuk setengah ekor ayam yang di cincang kasar bersama dengan kentang.... Rata rata feedback yang positif dari customer yang beli roti jala ku ini.
Alhamdulillah....rezeki dari Mu...

22 December 2022

Roti Jala Order Dari Kawan Ofis

 Kisah roti jala aku hari ni lagi.
Minggu lepas dah buat tapi masa tu Alif takde. Alif ni memang berhantu makan roti jala. 
Buh kuah kari banjir.... Alif suka kata nya. Jadi hari ni aku buat la lagi. Kebetulan ada juga orang yang menyelit order roti jala ni. Selalu nya yang menyelit tu customer tetap. Aku tak buat dengan kuantiti yang banyak pun. Cukup la sekadar sekilo tepung tu pun sejam juga la menjala kan.


Aku pun minat juga roti jala kuah kari ni.
Jadi la ni sarapan pagi aku dengan semug essenso coffee.
Lunch pun aku bawa roti jala juga...Hahaha... seharian makan roti jala...


Yang ni pula order dari kawan kawan....
Aku pack macam ni. 
TQ korang tak putus putus order kalau aku buat open order.
Alhamdulillah... business kecil kecil la kan...
Buat tampung bahan mentah... Untung nya ke mulut kami anak beranak je la... 

13 December 2022

Roti Jala Order Hari Isnin @ 12/12/2022

 Roti jala kuah kari ayam.
Order hari isnin. Dah banyak kali juga la kawan kat ofis ni tanya bila nak buat roti jala...
Banyak kali juga la aku tangguhkan. Nak buat roti jala ni bukan la mudah. 
Kali ni aku cuma buat sekilo tepung. Dapat la 70-80 biji.
Roti ni tak la besar tapi ok la. Berbaloi la dengan harganya cuma RM3 je se set.....



Aku buat dapat la 12 pack. Bakinya untuk bekalan aku dan juga untuk Nadia dan HB kat rumah.
Mereka tak bekerja kerana cuti Sultan Selangor. Orang orang KL je la yang bekerja.
Jalan pun tak jem kan....
Alhamdulillah. Walaupun order tak banyak tapi aku bersyukur dengan rezeki yang diberikan....
Amiin....

16 November 2022

Roti Jala Order Hari Jumaat 11/11/2022

Ni order untuk hari jumaat.
Kami sepakat dengan kawan kawan kat ofis.
Faiz nak order roti jala 35 pack, Nur pula 10 pack.
Nanti ada la lagi baki tu boleh la Nadia bawa ke sekolah. Bagi pada kawan kawan nya...
Aku buat dalam 3 kilo tepung juga untuk 50 pack roti jala ni
1 pack 5 biji, berserta kuah kari ayam campur kentang.
Macam biasa la diorg suka kan kari ayam aku.
Bila cicah sedap je kak...roti jalan akk pun lembut.
Si Nadia kawan sepejabat makan waktu malam... elok je kak tak keras dan masih lembut.
Yang penting tak basi pun....
Alhamdulillah.... 



Macam ni la roti jala aku bila dah siap pack
1 pack RM3 je aku jual....
Sedekah hari jumaat.
Doakan akk murah rezeki dan order yang tak putus putus walaupun sedikit,
Rezeki tetap ada.... Amiin..

09 September 2022

Menu Diet Hari Jumaat @ 09/09/2022

 Salam Jumaat... Penghulu segala hari....
Cukup 5 hari bekerja...Esok & lusa aku bercuti....
Esok dan lusa juga banyak program yang bakal menyusul nanti...
Semoga dipermudahkan segala urusan ku dan urusan teman teman ku semua....
Pagi ni macam biasa sarapan ku, kudapan ku dan juga makan tengahari....
Makam malam mana....selalu nya aku jarang dah makan malam... Kalau lapar cukup la makan buah pum sebiji, minum air kosong....


Sarapan pagi
2 biji telur mata letak kicap sikit
Semug essenso coffee....


Yang ni menu snacking aku....
Roti pisang dan juga buah oren...
Yang ni akan aku makan dari pagi hingga ke petang....

Suhun Sup...
Ini makan tengahari aku...
Walaupun simple...sedap juga...walaupun berdiet, sapa kata tak leh makan sedap sedap... Cuma kita kena lebih kreatif la sikit. Tapi hati hati ye kawan kawan...kadang kadang ada je jenis makanan ni tak sesuai dengan tubuh kita...Esok kita timbang tengok turun ke naik... Kalau turun ok la kan...kalau naik kita kena la stop makanan yang kita ambil semalam... Sebab tu aku suka timbang setiap hari...
Kalau nak paling mudah makan telur rebus dengan buah je la...



ROTI PISANG

2 keping roti gandum
1 biji pisang potong nipis
Sedikit planta / butter 

CARA CARANYA

Sapu butter / planta atas permukaan roti
Susun pisang yang telah dipotong
Letak kan butter sedikit atas pisang tu lagi
Kalau nak letak slice cheese pun boleh, nak tabur kan gula pun sedap
Dah nama nya diet tak kan nk letak gula lagi kan
Bakar dalam AF selama 10 minit suhu 150 
Bila dah siap makan panas panas ranggup sangat.

RESEPI SUHUN SUP

Sedikit suhun direndam
3 ulas bawnag putih
2 kiub ayam maggi
Sedikit isi ayam
5 biji telur
Lada sulah berperisa (ajinomoto)
Sayur pak choy
Daun sup
Cili api

CARA CARA NYA
 
Suhun di celur jangan lama sangat nanti lembik
Angkat tapis laluan dibawah air supaya tak bergumpal

Tumis bawang putih
Masuk kan air biar sampai mendidih
Masukan ayam cili api, kiub ayam dan lada sulah, garam
Bila ayam dah masak, tutup api
Pecah kan telur 1 per 1, tujuan tutup api sebab tak nak telur tu pecah
Dah pecah habis buka api gas masak macam biasa
Masukan pak choy dan tabur daun sup
Siap...



07 September 2022

Menu Bekal Hari Rabu @ 07/09/2022

 Hari ni macam biasa masih berbekalkan sandwich telur. Aku mengunakan roti gandum. 
Kalau makan roti ni kenyang lama sikit. Ada juga tortila wrap. Aku gunakan massion yang gandum juga...


Yang ni buat sarapan aku...
Kenyang bila pengena dengan semug essenso coffee


Yang ni untuk makan tengahari nanti.....

Yang ni untuk anak anak di rumah...
Saja aku letak dalam bekas macam ni supaya tak masuk angin... Nanti roti dan tortila menjadi keras pula..... Yang roti putih tu untuk Alif, manakala roti gandun tu untuk Nadia....
Jom kita amalkan pemakanan sihat....

06 September 2022

Sarapan Pagi Selasa @ 06/09/2022

 Sarapan pagi hari selasa aku... sandwich telur dan semug coffee essenso.
Betul betul kena lawan perasaan dan selera makan. Hari hari makan telur rebus dan buah...
Hari ni kita tukar selera la pula... Selama 6 minggu ni memang aku kena struggle dari segi pemakanan diet dan juga senaman... 




Sedap layan sandwich telur bersama dengan semug kopi ni sambil layan youtube kisah kisah seram...
Enjoy kan....

21 July 2022

Roti Jala Kari Daging Menu Hari Khamis @ 21/07/2022

 Roti jala kari daging menu bekalan Alif hari ini. Bila aku buat roti jala ni aku bertanyakan kepada Nur kot kot beliau berminat nak selit order juga... boleh la aku dapat duit sampingan..orang kata lepas la jajan Alif... hehehe.... aku buat tak banyak pun dalam 1/2 kilo tepung je...lepas siap kan tempahan Nur sebanyak 6 pack dan juga bekal untuk Alif ada la berbaki 5 keping untuk aku jadi kan sarapan pagi ni.. sesekali sarapan dengan roti jala memang sedapkan...

Sarapan aku
Roti jala kari daging dengan semug essenso coffee

Roti jala kari daging 
5 keping RM4.00

Tempahan dari Nur, walaupun tak banyak tapi ok la boleh tampung duit jajan Alif...
Sambil masak untuk keluarga sambil dapat duit sampingan...
Untuk makan tengahari aku masakan nasi untuk mereka.
Nanti boleh la jadikan kari daging sebagai menu mereka...
2 dalam 1 orang kata...mudah kan kerja mama.....

22 June 2022

Menu Hari Rabu @ 22/06/2022

 Menu untuk hari Rabu.... Masak simple simple makan seadanya....Konon semalam nak ke Hero topup lauk tapi aku nak ke rumah Damansara jadi tak sempat la nak beli barang dapur..Jadi ku masak la seadanya untuk hari ni...

Roti Lemak Manis Untuk Alif.
Aku buat kan 3 keping dan ku potong 4 bahagian setiap 1.
Senang Alif nak ngap nanti...

Ni bekal untuk Nadia

Yang ni untuk aku...
Aku masak telur sambal campur terung, sayur taugeh campur kucai...
Ikan sambal tu ikan semalam sebab takde orang nak makan...Jadi kupanaskan balik bawa la bekal makan hari ni...Haippppp jangan membazir...makan seadanya...

Yang ni lauk untuk Alif dan Hb balik petang nanti.....
Malam ni nak buat nasi goreng kot sebab nasi semalam banyak takde orang makan.
Aku masuk dalam peti sejuk...Nanti petang aku goreng....

20 June 2022

Bekalan Hari Sabtu 18/06/2022

 Hari sabtu, aku plan nak balik kampung, lagi pun semenjak kenduri tu baru hari ni nak balik kampung. Lagi pun aku nak hantar pinggan mangkuk, tong gas serta barang barang yang lain kat rumah ku di Tronoh.. Lepas je hb balik kerja dalam jam 2.00 petang baru la kami bertolak balik.
Jadi seawal pagi lepas je solat subuh aku terus berperang di dapur... Nak bawa bekal la malas pulak aku nak berhenti nanti makan...senang makan je dalam kereta lagi pun boleh la bawa untuk mereka di kampung...


Sosej Roll.
Yang ni memang kesukaan anak anak...
Aku buat sendiri lagi jimat boleh makan banyak sikit..Bila ku pack dalam bekas macam ni.. hb & mak aku ingatkan aku beli di kedai...eh tak la buat sendiri ni....


Mi goreng pipih..
Mi ni ada berbaki lagi 4 keping..aku masak kesemua nya..Bila ku pack dapat la dalam 5 pack..Cukup la makan sorang 1 nanti....


Sotong kembang masak sambal.
Sotong ni aku beli 2 minggu lepas kat Pasar Segar Din masa tu sotong biasa takde jadi aku beli je la sotong kembang ni...Buat masak sambal sebab aku teringatkan Fatahul yang memang suka makan sotong tak kira la sotong apa pun... Jadi sampai je kampung dah pun malam rasa malas nak keluar pula jadi mak masak nasi aku gorengkan telur dadar buat kan teh o sejug... Laju masing masing makan lepas makan kekenyangan...kita pun tidur je la....

Ni la antara menu aku tu.... sementara dah siap masak...tunggu hb balik kerja sempat la aku melelapkan mata.... ngantuk weh pagi tadi bangun awal kan....Masa dalam perjalanan balik ke kampung kami singgah juga di Nasi Ayam Penyet Nora MJ di Langkap...Pekenan nasi ayam penyet dulu... baru la balik kampung kan...

17 June 2022

Bekalan Alif Hari Jumaat 17/06/2022

 Salam Jumaat...
Pagi ini sarapan Alif 2 biji roti croissant. Roti ni pemberian Penny.. Ku panaskan dalam af dan ku letak filling creamy custard yang berbaki masa aku buat creampuff... Filling masih elok lagi jadi ku picit masuk ke dalam croissant. Sedap Alif kata..
Sarapan 2 biji roti croissant dan semug milo


Yang ni pula bekalan Alif ke sekolah.
Sandwich telur bersama salad...

Yang ni untuk Alif makan bila balik sekolah nanti....

Ini saja menu Alif untuk hari ini... Menu aku mana pula...
Dah tentu lah menu yang simple, Pelaling goreng, telur dadar dan juga kobis panjang..
Aku habiskan stok sayur dirumah..sebab esok nak balik kg. Lepas tu la aku topup stok sayur....
Malam ni makan apa pula...tunggu la nanti ku pikirkan...Hehehehe....

16 June 2022

Bekalan Alif Hari Khamis @ 16/06/2022

 Diam tak diam dah hari khamis lagi sehari aku akan cuti hari minggu... Minggu ni cadangnya nak balik kampung... Lama dah tak balik, Last hari tu masa kenduri tu je.... Nak juga tengok rumah kat Tronoh tu..Apa la kabo nya... Untuk hari ni aku masakan menu simple saja untuk Alif... Hari hari pun simple...gitu....

Alif nak makan sarapan di rumah...sebab malam tadi Alif tak makan malam...tidur kepenatan...
Jadi pagi ni aku buat kan semug teh o dan juga 2 keping roti yang disapukan jem blueberry....


Untuk bekalan ke sekolah aku gorengkan mee pipih untuk Alif...
Setiap hari Alif akan bawa bekal bila ku tanya Alif nak duit belanja tak... Tak nak lah...Alahai pandai nya Alif.... Mungkin dia tahu kalau bawa duit belanja nanti membeli benda benda yang tak berfaedah kot.....Jadi setiap hari ada saja bekalan untuk Alif....Aku bungkus dalam bekas macam ni setiap hari..sebab senang, lepas makan buang je terus....

Ada baki mee pipih ni untuk Alif makan bila balik sekolah nanti...Hari ni Alif balik lambat kerana ada latihan rumah sukan.... mesti lepas balik sekolah mandi makan Alif akan lena awal sebab sudah kepenatankan.....hehehe....

Ini la menu simple untuk Alif...
Untuk aku mana pula...ada je aku menu diet je hari ni cuma bawa ikan pelaling goreng dan tumis kobis panjang untuk makan tengahari untuk sarapan...aku malas nak makan...minum air kosong je...Mungkin sekarang ni perut dan terbiasa menahan lapar...kalau lapar je teguk air kosong...kenyang dah....
Pulun nak turunkan berat badan kan....haaaaa pulun la.....
Semoga berjaya melawan nafsu makan...
Hehehe....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...