Hari isnin.... bekalan untuk di makan semasa waktu rehat...
Hari ni masak yang simple simple je...
Ayam masak lemak cili api, buncis tumis telur dan juga telur dadar...
Hari isnin.... bekalan untuk di makan semasa waktu rehat...
Hari ni masak yang simple simple je...
Ayam masak lemak cili api, buncis tumis telur dan juga telur dadar...
Lama aq tak upload bekal kerja aq...
Hari hari aq bawa bekal cuma malas nak upload je....
Menu hari khamis....
Hari ni aku masakan sotong masak asam dan juga bendi tumis telur.
Selalunya kalau sayur bendi dan juga buncis...Hari hari pun anak anak aku suka....
Tapi sekarang ni sayur bendi dan buncis juga dah jadi harga kayangan....
Apa pun naik.... Beriya la mencipta menu rahmah tapi kalau dah bahan mentahnya melambung lambung macam mana la rakyat B40 ni nak meneruskan kelangsungan hidup.
Bekalan aku hari jumaat.
Simple macam ni tapi menyelerakan. Nak ikutkan masak macam ni boleh hilang diet.
Nadia paling suka masak telur sambal cili api macam ni. Hari hari dia tanya.


Salam Khamis... sekejap je. Esok dah hari terakhir bekerja.
Lepas tu cuti 2 hari, hari minggu kan... Cepat betul masa berlalu...
Hari ni macam biasa aku bangun seawal jam 4.00 pagi.
Hari ni menu simple je.... Janji kenyang....
Untuk aku dan hb, sarapan kami cuma roti bersama dengan telur mata.
Aku letak kan sos cili dan juga mayo...
Manakala makan tenghari hb cuma la sandwich telur.
Tapi untuk makan tenghari aku dan juga Alif, Fettucine Bolognes.
Lama dah aku tak buat pasta ni untuk anak anak... Kalau nak makan kat kedai seset pasta dalam anggaran RM10-15. Kalau buat sendiri boleh la kita letak apa yang kita suka.
Kat esbox aku takde daging atau pun ayam kisar. Tapi aku ada daging pejal... Aku potong daging tu kecil kecil...dah jadi daging kisar... jimat pun jimat kan..... hehehehe....
Sama je kan...
Hari ni takde tempahan. Aku masak untuk keluarga ku.
Macam biasa la seawal jam 4.00 pagi aku dah bangun. Orang tanya rajin nya bangun awal awal pagi.
Entah la mata aku ni memang dah set kul 4.00 je mesti terjaga. Salu orang kata terbabas la lambat bangun la tapi tak pernah pula bagi aku..... Lagi lagi bulan posa...elok je aku bersahur...
Gigih dari semalam aku siapkan udang masak sambal. Jadi pagi ni tinggal aku panaskan je la udang sambal tu. Cucur bawang ikan bilis pun aku siap siap bancuh masuk dalam peti. Bangun pagi tinggal aku goreng je lagi.....
Hari isnin aku buat nasi lemak bajet. Nasi lemak ni aku tak jual.
Aku bersedekah kepada mereka yang tak dapat roti jala aku tu.
Sambal nasi lemak tu aku masak dalam 4 jam juga la...
Sampai cili tu jadi hitam... Baru la tak sakit perut dan cepat basi.
Hari ni dah mula persekolah seperti biasa buat Alif dan Nadia.
Menu simple je untuk mereka. Hari ni Nadia awal balik sebab takde kelas tambahan.
Alif mungkin lambat sikit. Jadi aku masak kan untuk mereka sup ayam mudah nak makan....

Bangun pagi ni pikir nak masak kari bangladesh yang viral tu je la....
Malas nak masak banyak menu.
Semua boleh campur sekali
Hari ni dah mula kerja selepas cuti lama Deepavali. Sekolah masih bercuti lagi... Khamis baru mereka bersekolah...
Tak tau nak masak apa...tengok apa ada dalam esbox....

Salam semua... Hari ni menu aku cukup simple....
Malam tadi Nadia buat kan Oat Muffin Coklat... Sedap juga... tak manis sangat, sesuai la dengan tekak aku ni... Kalau nak resepi muffin ni boleh la lihat DISINI
Resepi ni Nadia gantikan gula perang maka nya Nadia tak letak la pisang...
Coffee chip Nadia tukar kepada Coklat Chip.... Memang terasa kayanya coklat tu moist... Sedap
Boleh la dicuba ye kawan kawan....
Salam Jumaat.... Hari jumaat terakhir dalam bulan Ogos ni....minggu depan jumaat dah bulan Sept kan... hari ni seawal jam 4.00 pagi aku dah bangun... Mood rajin hari ni... Hari ni kan Fatahul nak balik KL...... Aku pun masak la pelbagai juadah untuk kami sekeluarga....
Pagi ni aku buat ondeh ondeh, cek mek molek ngn ayam masak merah...
Semua bahan aku siapkan pagi tadi.. Sepatut nya bahan tu dari semalam lagi kena siap kan... Macam potong gula melaka tu, rebus ubi keledek tepung kan bulatkan siap siap hari ni tinggal nak buh gula je lagi... bila dah semuanya pagi ni nak buat gini la jadi nya....agak kelangkabut la juga....
Tapi siap juga la sebelum Alif ke sekolah..Macam biasa hari ni aku pergi kerja naik kereta jadi jam 7.15 aku dah keluar rumah...aku ingat kan awal...rupa nya ada orang awal lagi maka nya jem la jalan nak menuju ke Kuchai Lama tu.....

Lama pula aku tak tepek menu makanan aku seharian...Even menu bekal Alif pun aku tak tepek.. Kadang kadang pagi kelangkabut memang tak sempat la nak ambik gambar yang lawa lawa tu kan...
Siap pack masuk dalam beg... Malas nya nak ambik gambar...
Hari ni aku mulakan balik la sebelum penyakit malas melanda kang tak pasal pasal blog sepi berlalu pergi dek hari hari yang kosong tanpa pengisian kan.....
Ok pagi sarapan aku cuma 2 keping roti gandum bersama dengan daging burger yang ku lapik dengan 2 helai salad...bersama dengan sos cili, black paper sos dan juga mayo...
Untuk Alif macam aku juga kecuali salad, Alif tak mo salad....
Jom kembali kelandasan.... Setelah sekian lama hanyut terkapai kapai...aku cuba kembali ke pangkal jalan... Kena kuat kan semangat ni.... Kena beli stok telur lebih kat rumah... dan juga buah buahan serta sayur sayuran.....
Kadang tengok orang berdiet macam best je kenapa la aku tak sekuat dulu. Kalau dulu dalam tahun 2017 macam tu aku buat dalam masa 3 bulan memang boleh kurus penurunan berat dalam 13 kg juga la... La ni hampeh dah....
Zumba kemain 2x seminggu tapi makan tak nak istiqamah....
Camne tu..
Ok kita mula kan slow slow dulu.....jangan terus tarik nikmat makan tu.....
Slowly but surely...gitu...

Lama dah aku teringin nak makan tauhu bergedil ni. Serik nak beli dah. Masa bulan puasa hari tu beli di area Tanjung Malim. Beli untuk berbuka puasa. Baru makan sebiji dah terasa inti nya yang masak. walaupun sambal kicap nya sedap sangat. Terus aku buang. Lepas pada tu bila lalu je nampak tauhu bergedil ni aku jeling jeling je la... dalam hati nak beli ke tak ni. Akhirnya minggu lepas pergi Hero nampak ada jual tauhu kering ni dalam kuantiti yang sikit ada la dalam 7 biji RM2.20. Ok la beli sebungkus. Dek tertangguh tertangguh, pagi ni bangun je gigih aku buat inti tauhu bergedil ni. Aku pakai burger ayam je. Aku takde ayam atau pun daging cincang. Tapi rasa nya sedap lagi buh ayam atau pun daging burger ni sebab dalam tu dah ada perisa nya....
Macam yang aku cerita kan di halaman sebelum ni.
Hari ni aku cuma bawa bekal yang simple je... Baru la layan kan...
Berlauk kan 3 jenis lauk je.... Mandy goreng, telur mata dan juga sotong sambal asam...
Ok la menu untuk hari ni... Kadang kadang yang simple tu la pembangkit selera kita
Semalam madam bagi semua staff ikan lampam pekasam. Katanya beliau membeli di Tasik Banding. Kalu dilihat ikan lampan tu besar besar dalam saiz tapak tangan. setiap 1 bungkus ada 3 ekor. Disebabkan Nadia dan juga Nur tak makan ikan pekasam, aku, Faiz dan Shahril ambil sorang 2 ekor.
Balik je rumah aku potong 3 setiap ikan pekasam tu jadinya dapat la 6 ketul ikan pekasam.
Hari ni aku goreng seketul di bahagian kepala, goreng garing garing. Aku goreng untuk aku saja. Untuk anak anak telah aku masak kan kari ayam. Selain ikan pekasam aku ada juga goreng nugget tempura untuk bekalan Alif ke sekolah, 2 ketul untuk aku dan ada berbaki 5 ketul untuk Nadia. Ku lihat onion ring berbaki lagi 4 ketul, ku goreng dan ku jadikan lauk untuk aku. Selain lauk tu aku juga membawa kari kaki ayam dan juga kentang. Kaki tu dalam sejam juga la merebusnya sampai la kaki ayam betul betul empuk. Orang kata makan kaki ayam ni macam kolegen awet muda...hehehe.... 
Nampak je macam hangus bawang ni, tapi tak pahit mungkin sebab aku guna bawang besar sepatut nya kena guna bawang kecil baru la elok garing je... ok la tu kan janji perut kenyang.
Semua orang akan tahu kalau ikan ni dipanggil ikan pekasam... tapi bagi suku kaum banjar ikan macam ni kami panggil ikan wadi. rasa sama je cuma nya ikan wadi ni dia berair. Selalunya bila habis je ikan wadi ni dimasak air ikan wadi tu akan dia masak di jadi kan colek mangga senang cite rasa nya akan akan budu la...ni budu banjar la. Kalau dulu arwah nenek selalu buat la air wadi. Senang nanti anak cucu datang boleh la colek dengan mangga muda... Sekarang takde dah bila nenek dah pun tiada. Kalau ikan pekasam pula selalu nya mereka akan lumurkan dengan beras yang di sanggai tu yang boleh sampai kerak kerak nya tu...itu lah beras yang di sanggai di tumbuk kasar.....
