Showing posts with label Kampung Sungai Putat Batu Berendam Melaka. Show all posts
Showing posts with label Kampung Sungai Putat Batu Berendam Melaka. Show all posts

01 November 2022

Lunch Asam Pedas Tetel Di MFR Kampung Putat

 HB kata tak payah la lagi check in...
Kita ke Batu Berendam dulu la lunch kat sana... Kata nak makan asam pedas...
Nanti dah check in bila dapat lena malas pula kita nak keluar.
Erm...ye tak ye kan... aku bukan nya tak nak makan...perut ni kenyang lagi makan kat Warung Hajah Robiah tu... cerita nya DI SINI 
Tapi ye la kan...makan je la 

Kami order asam pedas daging tetel RM14
Selalu makan kat warung lagi 1 tu.. memang la kami suka makan kat warung tu....


Bila minta nasi kita akan dapat macam 


Alif makan yang ni je... Mula mula kata tak mo makan kenyang
Sekali nampak ramen dengan meat ball ni terus nak
Harga RM13.90 je

Lepas je makan....kami terus ke Kota Laksamana...
Cari hotel yang kami booking tu...
Sampai je hotel pasang econ...Lena je 
Sedar sedar je hari dah nak senja... Dah la bilik yang aku booking tu takde tingkap
Agaknya kalau booking di agoda memang pihak hotel tak bagi tingkap punya ke...
Dah la duduk dalam bilik tak apa...Siang malam gelap cerah pun.....
Erm...

13 September 2022

JJCM Kampung Sungai Putat @ 11/09/2022

Setelah puas berjalan di sekitar Quayside, kami pun menuju ke kereta untuk pulang. Selalu nya aku tak kan terus pulang ke rumah...hari masih awal lagikan... Ku cadangkan kat hb jom kita ke suatu tempat. 
Mula la hb bising tak mo la jem lagi pun esok sekolah dah buka mesti jem highway. Malas la aku nak layan. Tapi akhirnya hb mengikuti kemahuan aku. 
Perjalanan diteruskan ke Melaka. Macam biasa kalau ke Melaka mesti singgah ni Kampung Sungai Putat... Hari ni kedai kuih keria tutup pula...

Yang ni wajib cuba kalau datang ke sini....
Ni laksa untuk aku, hb pula nasi goreng cili api...
Sementara aku membeli ramen meatball dengan Alif...
Hb dah pun makan...

Yang ni mee ramen & meat untuk Alif....
Sedap juga

Ada pula benda alah ni...Selalu aku tak nampak pun
Apa lagi kita ambil la sekeping photo disini...
Selepas makan kami meneruskan perjalanan melalui Alor Gajah, Rembau dan terus ke Senawang.
Ikut jalan dalam je..highway jem...
Lepas tu naik highway Lekas terus balik ke KL.
Sampai rumah dalam jam 9.00 malam....
Penat dah tu...esok dah sekolah, esok dah kerja....
Ok la....cukup la sampai di sini je cerita hari minggu aku yang lalu...
Hehehe...



 

20 December 2017

JJCM @ Kampung Sungai Putat Batu Berendam Melaka

Assalammualaikum...
JJCM aq kali ni kat Kampung Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka...
Kalau nak cari Kampung Sungai Putat ni cukup mudah.
Guna Waze Kampung Sungai Putat je...sebelum sampai kat sana korang boleh nampak kubur cina di sebelah kiri dan sebelah kanan boleh nampak pintu gerbang Kampung Sungai Putat...so tepi jalan je..
Kat situ banyak gerai gerai makan...
Banyak juga pilihan makanan yang ada..
Diantara makanan yang aq cuba ....

Cendawan + kopok leko goreng = RM6.00 1 set
Meat Ball = RM10.00 (10 ketul daging, roti sekeping & kentang putar)
Kuih Keria Gula Melaka = RM1.00 ( 3 biji)
Takde limit nak beli selagi dia ada stock...hehehe
Kedai dia sebelah kanan kalau dari parking kete..

Mango Float Royale = RM5.00 ada ais krim
RM4.00 takde ais krim

yang ni Meat ball tapi dia bg roti bun

Mee Goreng Basah RM5.00
Kedai dia sebelah kiri kalau dari parking kete

Laksa telur bersarang RM5.00
Tapi aqu rasa suka lagi telur rebus dr telo dadar ni...muak aq rasa..
So ini saja JJCM aq kali ni...
Apa-apa pun Korang 
Layan Je..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...