28 September 2022

Percutian Ke Cameron Highland Hari Yang Ke 2 @ 25/09/2022

Cerita hari yang ke 2. Hari pertama boleh lihat DISINI

Hari ni pagi pagi lagi aku dan kak ipar telah memulakan tugas memasak di dapur. Hari ni juga hari terakhir percutian kami di sini. Sebelum check out kena la isi perut dulu... Sekurang kurang nya tak la kelaparan nanti. 
Menu kami pagi ni cuma la nasi lemak, sambal ikan bilis, telur rebus, cendawan goreng, sambal hitam pahang, kacang kuda rebus dan sejug teh tarik. Walaupun bahan masakan serba kekurangan macam nasi lemak cuma ku letak santan dan bawang. Daun pandan, halia, halba pun takde. Tapi mak kata walaupun macam ni sedap sungguh rasa nasi lemak tu. 2x gak la mak aku tambah. Nak ikutkan mak bukan la pengemar nasi lemak untuk sarapan nya... Bila makan nasi lemak berlauk kan cendawan goreng.... Alhamdulillah kenyang masing masing....
Siap semua nya makan bersiap kami check out dalam jam 11 pagi. 

Cadangannya nak ke tempat biri biri. Dari Golden Hill nak ke situ menuju ke kawasan Kea Farm.... Waze menunjukkan jalan merah dari Brinchang.... Erm tak jadi la.... kang kul berapa nak balik nanti. Kami memutuskan meneruskan perjalanan menuju ke Tanah Rata. Sebelum sampai ke Ringlet singgah dulu di Cameron Valley. Kalau kat sini macam biasa la kami ingin menikmati secawan teh... 
Walaupun perut masih lagi kekenyangan....dah alang alang ke sini... kami cuba isikan juga la ye...

Sebelum ke cafeteria... kita layan dia photo kat sini....



Pagi ni nak kata sejuk sangat tak la macam biasa je. 
Nasib la sepanjang kami kat sini tak hujan. Selalunya malam je hujan...

Kami menuju ke cafe kat sini..




Gambar gelap sikit... sebab kami semua membelakang kan matahari...

Antara menu yang kami order :


Nugget & Fun Fries - RM15.00


Seteko teh... RM14


Scone.. Kalau datang Cameron wajib cuba scones ni
RM17

Aku minum teh yang dicampur dengan susu.
Hb minum teh o je....

Lepas siap makan dan bergambar...
Kami berpisah... abg aku turun sampai je Ringlet terus ke Sungai Koyan, aku pula terus ke Tapah.
Manakala Iqhwan kata nya nak tengok biri biri...so nak naik semula la ke Kea Farm...alih alih dia pun balik ikut Tapah terus ke KL. Aku dari Tapah terus ke Gopeng dan ke Bota. Singgah makan tenghari ni Seri Iskandar.... Sampai je Bota dalam jam 2 petang.....
Walaupun percutian ni singkat tapi amat bermakna buat kami semua....
Lepas ni plan lagi ye kita ke sini.... bila tu.....



 

26 September 2022

Percutian Ke Cameron Highland Bersama Keluarga Kecil @ 24/09/2022

 Percutian kali ni adalah yang pertama selepas PKP tahun lepas. Kali ni kami merancang sebaik mungkin. Keluarga kami tak la ramai pun. Yang pergi cuma aku anak beranak, keluarga abg aku dan juga mak aku.... Percutian jatuh pada 24/09/2022 - 25/09/2022 cukup la 2 hari 1 malam je.... 

Hari jumaat aku telah pulang ke kampung nak bawa mak ke sana. Sepatutnya mak pergi dengan Fatahul, alih alih Fatahul dah cuti Sem jadi dia pulang ke KL. Terpaksa la buat plan B. Jadinya aku gerak dari kampung la menuju ke Cameron Highland. Sepatut nya aku bergerak dari KL je pada hari sabtu tu. Jadi banyak la plan aku nak bawa bekal tu tak menjadi. Nasib la mak dah sediakan ayam masak merah untuk bekalan ke sana nanti...Terima kasih mak..sayang mak... Mak aku pun bukan la sihat sangat tapi kerana teruja nya mak aku nak ke sana...mak aku masak juga la demi anak anak dan cucu cucu nya...
Jadi sabtu pagi tu kami bersarapan dahulu kat rumah...mak aku ada ayam masak merah tu...Ku panaskan goreng ikan masin dan telur dadar. Aku juga ada bawa kek...Jadi la tu buat sarapan kami. Setelah bersarapan dalam jam 9.00 pagi aku bertolak ke sana. Dari rumah mak nak ke Simpang Pulai tak la jauh mana dalam 45 minit je...Cuma nya dari Simpang Pulai nak ke Tanah Rata dalam 2 jam juga la... Mana tak nya kita tak boleh memandu laju...dek kerana jalan yang berliku liku. Ini lah kali pertama bagi tahun 2022 aku ke sini, dulu kali terakhir aku ke sini masa mengambil Fatahul balik dari Kuala Kangsar masa PKP dilaksanakan.... Ha lama kan....kadang nak ke sini kena pikir 24x.... Jem la kos nya lagi.....
Bila sampai je kat Cameron sebelum Kea Farm aku berhenti ni Bees Farm Cameron. Kat situ banyak je jualan. Kadang kadang kita pergi tempat yang ramai orang tu lagi mahal. Kira nya kena pandai la buat kajian. Dari Kg Terla nak ke Kea Farm perjalanan ok lagi cuma nya dari Tanah Rata nak ke Kea Farm punya la jem. Selalunya aku akan naik melalui Simpang Pulai dan turun mengunakan Jalan Tapah. Jadi nya kalau nak beli apa apa..beli je lepas tu kami tak kan patah balik ke tempat yang sama....
Dek kerana sampai pun dah tengahari...perut pun dah lapar nak check in awal lagi.... Takpe la kami ke Taman Awam di Tanah Rata... Berhenti kan bus stop je makan kat situ... Nikmat nya makan...sejuk sejuk macam ni kan... Lauk ikan masin dan telur dadar pembuka selera makan kami... selain ayam masak merah yang mak buat tu....
Bila jam 2 petang along berpisah...along menuju ke Kampung Taman Sedia... Manakala aku pula dalam jam 2.30 menuju ke Golden Hill. Aku menginap di situ. Mengikut SOP apartment cuma max 10 orang saja jadinya Along dan Anisah kena la ke tempat lain....
Jom layan gambar aku di gerai berhampiran dengan bee farm ni

Anak anak dan hb suka makan lolipop....tu yg mulut tersembul tu

Mak beli ubi keledek dan juga buah limau


Buah Plum...manis

Anggur ni manis dan segar...
Aku beli 2 pack RM25.00

Kami menginap di My Sweet Journey Golden Hill.
Apartment ni ada disediakan 1 parking di basement selebihnya boleh la parking kat visitor tu...
Apartment ni dalam RM500 untuk semalam boleh menempatkan 10 orang.

Yang ni hall 
Tak sempat nak ambil gambar banyak banyak

Yang ni bilik master
Untuk aku hb Alif dan juga Fatahul

Yang ni bilik no 2
Untuk abg ngn kak ipar mak dan Pikah
Bilik no 3 untuk Nadia dan Shahira

Bila kak ipar sampai terus dibuatnya cucur jagung dan aku buatkan teh tarik berselera kami makan... Dah la sejuk sejuk macam ni kan.....Laju je habis...
Sebelah petang selepas asar kami ke pasar malam yang terletak di tepi apartment ni je. Sebab tu aku memilih untuk menginap di Golden Hill. Bila sampai je park kereta malas dah nak keluar. 
Rupanya kat area sini ada je perkhimatan sewa moto...Kalau tahu boleh la kami sewa...pusing pusing kat sini... bagi aku la tempat macam ni sesuai naik moto je kot....

Kat pasar malam punya la ramai orang. Penuh tangan masing masing memborong makanan...
Kami tak la beli banyak pun. Beli ala kadar je. Sebabnya kami selesa masak sendiri. Kerana boleh la menjimatkan kos. Dah ramai ramai macam ni kot membeli memang tumpo la...

Ada kambing bakar. Kami beli di tempat lain....

Penuh kan.
Kabus petang menyelubungi Cameron...Sejuk....

Ada steamboat Rm3 sebiji.
Mula nya ingat nak membeli...eh tak jadi la 

Tengok la tak pun ruangan kosong

Aku tertarik labu jepun ni Rm12 sekilo.
Aku beli 2 biji dalam RM11 untuk mak...
Mak dok tanya tanya labu apa ni labu apa ni...Kesian kan...

Pokok ati ati...cantik nya warna

Aneka warna buah ceri tomato

Jagung bakar jagung rebus.
Setongkol jagung susu RM7 manakala jagung madu RM6

Buah merah ni wajib kot...hehehe

Sayur ni unik kan nampak macam berair embun padahal tak pun..
Nama nya crystal ice plant. Orang jadi kan sayur ni sebagai ulam...
Sebekas ni RM5 




Beraneka sayur
Kat sini kak ipar beli cendawan tiram... Kak ipar buat cendawan goreng beli 2 pack puas kami makan...
Pada beli yang dah siap goreng Rm5 sebekas...berapa bekas pulak nak beli...
Dah la macam pirana...letak habis letak habis kena lak makan panas panas...

Beraneka bunga

Avocado...kami tak beli pun
Tak reti macam mana nak tahu yang dah masak ke belum....

Ubi madu kat pasar malam murah
Kalau tempat lain Rm20 3 kilo...
Kena la pandai pandai cari kan

Sedap nya udang goreng tepung ni...Sebekas Rm15

Nasi ayam pun ada. Kot tak masak tu beli je la

Aneka gorengan... sebekas RM5











Selesai membeli kami selfie selfie je la kat sini...
Nak p jauh jauh hari dah nak senja... Nak balik nak masak lagi...

Sampai je rumah kak ipar terus buat cendawan goreng tepung manakala aku membancuh sejug teh tarik. Manakala Anisah tolong menghidangkan makanan... Masa menghidang ni memang nak tergelak la... Meatball yang kami beli tadi aku suruh Anisah potong 2 manakala kepak ayam tu potong 2 juga... Nampak la banyak sikit... Ok la kan merasa sorang sikit....Along dan Anisah membeli roti john 3 biji, sebiji RM12.00 ha ambik kau.... dengan jagung selain tu aku pun ada juga belikan Alif strawberry coklat... 
Makan nasi berlauk kan ayam masak merah, telur dadar dan juga ikan masin. Kak ipar ada bawa serunding daging dan sambal hitam pahang...Sedap berselera masing masing makan.... Memang puas la kan kalau ke sini kita yang masak sendiri... Dapat la makan panas panas.
 Nak ikutkan bawah apartment kami ni ada je steamboat tah berapa RM la 1 kepala....

Bila dah tengah malam sambil layan cerita Mat Kilau... mata mula la mengantuk....
Aku mandi dulu dah la dari siang tak mandi lagi.
Kena lak mandi dengan air panas..badan kembali segar... Mata mula la mengantuk.
Berjaket berstokin berselimut.... Aku pun lena....
Esok la pula hari yang ke 2 ye...
Nak ke mana tu.... Jom...






Kek Butter Yang Tak Berapa Nak Gebu

 Bila aku teringin sangat nak makan butter kek....
Baik aku buat sendiri kerana butter yang aku gunakan nanti adalah pure butter.
Kali ni aku gunakan butter ausicows salted. 
Walaupun kek aku tak berapa nak gebu gebas tapi rasa ok la juga.
Fatahul pun ada mencubanya...walaupun kek mama tak berapa nak jadi tapi rasa sedap...
Kena praktis banyak kali lagi ni...baru lah menjadi dengan jayanya... Mungkin ada juga kesilapan teknik ke....kadang kadang bahan semua kita ikut cuma teknik je jadi tak betul...



Kek aku tak berapa nak naik.
Ketinggian dalam 1.5 inci je. Kalau betul betul naik gebu gebas mesti boleh mencecah 2 inci.
Mungkin juga faktor suhu oven...tu pun boleh memainkan peranan juga....
Resepi kali ni aku ambil resepi kek butter dari Che Nom

BAHAN BAHAN
* 250g mentega unsalted (aku guna Ausicows salted)
* 200g gula kastor
* 1 sudu kecil baking powder
* 250g tepung naik sendiri
* 4 biji telur (saiz A /B)
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 80ml / 1/3 cawan susu penuh krim
* sedikit garam (aku tak letak sbb butter dh masin)

CARA CARA

* Pukul butter dan gula sehingga kembang atau bertukar warna putih
* Masukan telur 1 per 1
* Masukan esen vanilla
* Masukan tepung berselang seli dengan susu. Tepung dan baking powder diayak terlebih dahulu
* Masukan kedalam loyang saiz 8 x 8
* Hentak kan loyang untuk mengeluarkan angin
* Bakar suhu 150 selama 50 minit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...