09 January 2019

Hiking Di Bukit Kembara @ Ampang

Assalamualaikum....
Untuk pembukaan tahun 2019 iaitu 06/01/2019, dan ini cerita pertama aq di bloq kesayangku ini...
Kisah suka duka kami pada hari ini....Kisah pendakian kami ke Bukit Kembara Ampang.
Macam biasa ini lah kawan kawan yang akan memeriahkan lagi program pada hari ini...


Setelah perbincangan dipersetujui kami sepakat untuk pergi menerokai ke Bukit Kembara di Ampang. Lokasi berhampiran dengan Kelab Darul Ehsan iaitu Jalan 1, Taman Tun Abdul Razak...

Tapi sebelum hiking kami singgah sarapan dulu di area Kampung Pandan.. 
Muka gumbira je kan pagi pagi ni....dari mak pak sampai la ke anak anak...
hahaha...

Dari hasil pembacaan aq titik permulaan hiking Bukit Kembara ada lah bersebelahan dengan banglow lama, tetapi kawasan disitu sudah pun ditutup dan orang ramai tak dibenarkan masuk melalui disitu lagi... Jadi kami terus ke Jalan 1, Taman TAR...iaitu kawasan baru...sebelah dengan kondo...aq lupa nak ambil nama kondo tu...sebelum tu kami berjumpa dengan sekumpulan auntie dan uncle chinese yang berjogging disitu.. Mereka pelik kenapa kami nak masuk melalui situ... Mereka kata dari situ nak ke sampai ke kolam sangat la jauh...dan ini kawasan baru tak ramai hikers yang panjat...
erm...takpe la uncle kami dah biasa hiking ni...takbur kan...kih..kih..kih...
auntie tu bila siap lambai n wish us good luck....
erm...bestkan...best la sangat...korang tunggu...
 Permulaan pendakian, keadaan kawasan adalah terus mendaki dan mendaki...ini lah bukit yang paling mencabar yang pernah kami lalui... Kami mulakan pendakian jam 9.30 pagi.. 
Jauh nya...tapi sebelum tu kami berselisih dengan seorang uncle cina ni...bertanya kan jauh lagi ke perjalanan nk ke kolam..dia cakap jauh lagi...naik di sini turun di Bukit Indah....
Mana pulak Bukit Indah ni...erm takpe la...kami terus kan juga...
Sebelum tu uncle tu dah bagitahu kt sini banyak pacat....alamak...ni la menakutkan,...masing2 dah susup seluar ke dalam stokin...konon x mo pacat gigit....

Lihat la trail ni banyak daun daun kering yang jatuh. Ini bermakna tracking kt sini tak ramai yang lalu... Masa naik je pendakian dah pacak... Naik turun bukit la kiranya... Semput memang semput.... 

Tengok la si cilik kami...memang bersemangat habis.....

Sepanjang perjalanan kami tak berselisih pun dengan orang... Rasanya macam group kami je... Tak macam selalu kita akan berjumpa dengan ramai hikers kental... Erm... Takpe kita teruskan misi kita... 
Sampai dah kat air terjun yang pertama... Kami berhenti sebentar disini untuk berehat... Masa kay sini kami dah nampak bumbung rumah orang... Sangkaan kami mungkin tak jauh lagi kolam tu dari tempat kami.... Masa ni baru la jumpa beberapa chinese dan melayu... Orang orang muda la... Lepas tu mereka meneruskan perjalanan dan kami masih disitu.... Macam tak mau move on je.....

Masih di kawasan air terjun... 

Selepas itu perjalanan diteruskan.... Ayuh kita bergerak hari dah makin menginjak ke tengahari... Selalunya time time macam ni kami dah bergerak turun... 

Bergambar bersama mummy vouge..  

Setelah sekian lama perjalanan baru kami jumpa signboard Bukit Kembara...

Ini lah dia couple of the day.... Sweet gitu....  


Kali ni aq jauh ketinggalan... Kental betul semangat budak budak ni... Selalu menerajui barisan hadapan... Sham macam biasa la jadi cameraman untuk kami.... Eh mana gambar kami... Mmg la takde dh jauh ketinggalan kan... Sadis betul...huhuhu.... 



Setelah naik turun bukit sampai juga kami ke kolam... Dari jauh nampak kolam... Happy sesangat tau..... 

Tengok aq dah kepenatan... Muka bahagia... Sampai je kat kolam tak sah kalau tak melepak kt situ..... Tapi hati hati ye jangan nak bersandar kat besi tu... Almaklum la besi dah lama kan.... Apa apa risiko tanggung sendiri... 

Lepas kat sini je.... Sambil makan dan minum..... Aq tak lalu nak makan dah dek kerana kepenatan ya amat.... 

Setelah berehat dalam 1 jam kami meneruskan perjalanan balik... Sebelum tu kami ada bertemu dengan group memancing....bertanyakan arah jalan pulang.... Dan jumpa dengan sorang brother ni.... Salute ooo dia masuk hutan sorang sorang... Setelah berbual dengan brother dia pun pergi... Jadi kami pun bergegas untuk meneruskan perjalanan pulang.... Masa ni nak masuk waktu zohor dah.... 

Couple ambil gambo kat sini pulak.... 
Soooooo sweet.... 🐜🐜🐜🐜🐜

Happy nya korang melompat erk..... 

Masa untuk bergerak pulang... Masa dah dengar azan berkumandang... Nak ikut kan sebelah ni je Taman TAR.....Rupanya sangkaan kami meleset sangat....
Dan bermula episod suka duka kami...ehhh....banyak duka kot.... 
Selepas dari rumah kolam tu kami ambil jalan ke kiri...
Selepas itu kami jumpa simpang ke kanan... Tapi kami jalan terus ke kiri menyusur melalui tepi kolam sehingga lah kami berjumpa 1 simpang ke kanan...kira nya ada titi kecik disitu..Kami ikut situ, kerana kami tidak berjumpa dengan hikers lain untuk bertanya kan arah jalan nak ke Bukit Indah.
Selepas itu kami berjumpa dengan 1 jalan nak menghala ke bukit...kiranya pendakian bermula.
Kami mula la mendaki...Tinggi nya bukit ni mencanak...naik semput dibuat nya...
Tapi bila Man melihat arah kompas, macam kami tersasar jauh ke arah jalan raya...bila sudah menghampiri kemuncak Bukit Kembara, kami mengambil keputusan untuk turun semula ke arah kolam. Bila dah turun kami pergi semua ke simpang sebelah kanan yang kami temui sebelum mendaki. Masa ni jam dah menunjuk kan pukul 2.30 petang.
Kami mengambil keputusan untuk turun ke bawah...Melalui tangga dan terjumpa kebun sayur dan berjumpa dengan tokong cina yang dah lama ditinggalkan. Selepas itu kami sepakat untuk turun ke bawah. Sebelum tu aq ada beritahu pada kawan yang lain kalau nk ikut kan disitu lah permulaan pendakian jika ikut banglow lama tu. tapi situ sudah pun di tutup dengan pagar dan mereka menebang pokok untuk menghalang laluan perjalanan....
Kami terpaksa naik semula ke atas untuk pergi ke arah simpang yang kami turun tadi...
Kalau kata letih penat, hanya Allah je yang tahu...tp aq tahu semua kawan kawan sudah pun keletihan dari reaksi wajah mereka...Allahu...kesian nya...lebih lebih lagi hikers cilik kami...
Kami naik semula dan mengambil simpang ke kanan..kira nya ikut jalan raya semak tu..korang akan berjumpa dengan 2 buah rumah usang. Bila sampai je...Ya Allah...rupanya berpagar juga...
Abg Aziz cadangkan supaya angkat je pagar tu...untuk kami membolos keluar...
huhuhu...nasib tak buat macam tu...rupa nya ada cctv...kot tak mmg kedalam la kami semua...
adoiyai.....
kami mengambil keputusan untuk mendaki semua ke puncak Bukit Kembara..
Kalau nak kata letih mmg letih..
Masa tu dah ada perasaan putus asa...bayangkan 3 kali cari jalan keluar tak jumpa...
Sebelum tu kami mulakan dengan bacaan doa semula semoga Allah permudahkan urusan kami...
Muka masing masing still nampak cool je....tapi dalam hari Allah je yang mengetahuani....
Dalam perjalanan kami baru la terjumpa dengan seorang apek ni...syukur alhamdulillah, dari situ kami tahu tunjuk arah dah
Masa tu Sham, Abg Aziz, si cilik, Ina & Kak Ani sudah pun mendahuli Aq, Man & Kiah.
Kami 3 orang sudah tak berdaya lagi untuk menlangkah...Walau bagaimana pun kami harus meneruskan juga langkah tu..walaupun setapak 2
Janji jalan kan...Bila sampai di kemuncak Bukit Kembara, Ina dan Kan Ani menunggu kami untuk sama sama meneruskan perjalanan...Kami sampai di kemuncak dan berjumpa dengan ramai apek hikers..so ada sorang apek ni menawarkan diri untuk membawa kami turun ke bawah..
Masa ni muka dah happy sangat...walaupun pun penat, aq dah terbayangkan jalan nak balik dah...hehehe...Dalam perjalanan turun aq melihat ada seseorang melukis diatas tanah petunjuk arah. Mati mati aq ingat apek tu yg buat utk kami, rupanya Abg Aiz yang lukis untuk rujukan kami...
Terima Kasih bang....
Bila sampai je kt bawah dalam jam 5 ptg aq, Man, Kiah, Ina dan Kak Ani duduk je ditepi jalan....
Man & Ina dah pun landing tepi jalan raya...tak kisah la apa pun orang nak kata....
Apek tadi menawarkan khimat untuk menghantar kami ber5 ke Caltex yang berhampiran. Boleh la u orang pergi tandas & beli air...Yang aq pulak salah paham...ermmmm...takpe la uncle nanti kawan kami mari....
Tunggu Sham lama la juga sebab Sham kena naik Grab untuk pergi mengambil kereta di Tmn TAR.
Si cilik kami, Abg Aziz yang jaga...
Lepas tu Ina cakap kalau kita ikut apek tu pun bagus juga....
Laaaa ye ke...sori guys...miss communication.....maaf banyak....
Nampak je Sham datang...air mana..air mana...mcm dh 10 hari tak dpt air...
Selepas itu kami menuju ke masjid untuk ke tandas dan beli air dan ada yang solat.
Lepas tu Sham bawa kami ke kedai mamak untuk makan dan minum...bayangkan seharian tak makan kan...

Dah siap makan minum & muka pun dah happy bateri pun dah caj balik kan...
Balik kami naik kereta Sham untuk ke Taman TAR.
Nasib la kereta ni kan...
Tengok happy je si cilik & pak si cilik kan....
Nasihat aq, untuk Hikers yang nak ke Bukit Kembara.
Sila guna laluan dari Bukit Indah.
Landmark : Berhadapan Emerald Hills Kondominium Bukit Indah.
In sha allah tak kan sesat dan tersasar.
Apa - apa pun semua nya happy je...
Ini lah yang dinamakan team works....
Berkerjasama untuk menyelesaikan setiap masalah dan kesukaran yang dihadapi...
Korang memang terbaek....
Kalau yang tanya..Shima nak pergi lagi ke Bukit Kembara, bagi aq cukup la sekali, kenangan yang terindah yang aq tak kan lupa kan sampai bila bila...
Apa Apa pun Korang
Layan Je...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...