Showing posts with label Ketam. Show all posts
Showing posts with label Ketam. Show all posts

20 March 2020

Menu MakanTengahari 19/03/20 - Lockdownday2

Walaupun PM telah umumkan kena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi hari ni aq kena juga pergi kerja. Balik dari kerja gigih aq ke dapur buka peti ais tengok apa yang nak di masak...
Nasib la masih ada lai bahan mentah. Itu pun dalam 2-3 hari lagi habis la tu..

 Menu tengahari..
Puas makan...
Ketam masak lemak cili api
Telur dadar
Ulam salad dan timun jepun
Tembikai

 Ketam masak lemak cili api


Jom makan...
Meh tengok resepi ketam masak lemak cili api

BAHAN - BAHAN NYA

4 ekor ketam
5 biji cili api
1inci kunyit hidup
1 inci halia
1 biji bawang besar
1 batang serai di ketuk
1 kotak santan kara
Garam
Gula
Ajinomoto

CARA - CARA NYA

1. Kisar semua bahan dan masuk kan ke dalam periuk
2. Letakkan 1 cawan air bersama sedikit santan
3. Masukkan gula garam ajinomoto
4. Bila dah mendidih masukkan ketam
5. Akhir sekali masukkan baki santan
6. Dah siap..

18 March 2020

Menu Makan Malam Hari Isnin 16/03/2020

Hari isnin malam lepas balik kerja aq buat menu yang paling mudah dan cepat.
Almaklum la lepas ni nak hantar anak ke pusat tuisyen.
Gigih balik kerja masak...
Makan dengan nasi panas memang layan tau...


 Ketam masak rebus

 Telur dadar lauk wajib backup kot ada yang tak menjadikan ketam lauk nanti...

Sambal belacan dan ulam timun jepun..

Pecah peluh makan dengan nasi panas pekena lak ngn sambal belacan....
Jom layan resepi ketam cara aq...

BAHAN - BAHAN NYA

3 ekor ketam
2 biji bawang merah - dihiris
2 biji cili kering - digunting
1 inci halia - dihiris
1 batang serai diketuk
Garam

CARA - CARA NYA

1. Masukkan semua bahan kedalam periuk
2. Bila dah mendidih, masukkan ketam
3. Rasakan dengan garam
4. Masak sehingga ketam masak
5. Taburkan dengan daun sup
6. Siap..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...