Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

06 September 2022

Jom Makan Tengahari Selasa @ 06/09/2022

 Jom kita kurus....
Kita fight untuk 6 minggu ni ye.... Insya Allah kot ada rezeki kan....
Makan tengahari aku yang simple tapi bila aku makan ni terasa kenyang sungguh.

Murtabak atkin, terung bakat af, air asam atkin, milo kosong

Tengok je macam ni...cukup ke...bagi aku cukup sangat.
Jom aku share resepi ni....

RESEPI MURTABAK ATKINS

2 biji telur
1 ketul ikan sardin tin
Sedikit kobis dihiris 
2 batang buncis
2 biji cili api merah. Nak pedas buh byk pun takpe
Sedikit daun sup, nak ganti daun bawang pun ok, tak nak letak pun takpe
Sedikit karot potong dadu kecil
Sedikit garam
Sedikit minyak

CARA - CARA

Semua sayur dihiris halus
Campurkan kesemuanya kecuali minyak
Panaskan minyak, aku guna nonstick pan
Nak guna kuali biasa pun ok je
Masak api perlahan kalau nak tutup pun ok...Boleh masak sekata
 ** Sayur kalau boleh guna yang tak berair. Kalau nak letak tomato pun sedap tapi nanti bila makan tghr dia akan berair... Macam sayur brokoli, kobis bunga pun ok juga..

RESEPI TERUNG BAKAR AF

3 Biji terung belah 2 kemudian potong 2 bahagian dapat la 4
Taburkan sedikit garam
Bakar dalam af suhu 200 selama 10 minit

RESEPI AIR ASAM ATKINS

Sedikit asam jawa - campur kan dengan air suam
Sedikit cili api tengok nak pedas mana
1 biji bawang kecil dihiris
Sedikit garam
** Campurkan kesemua sekali. Asam jawa tu buang la biji nya ye...

05 September 2022

Makan Tenghari Kami Di Hari Minggu @ 04/09/2022

 Hari minggu... aku masak awal hari ni... Sarapan pagi pun hb beli nasi lemak RM1 kat Masjid Saidini Othman je.... Petang ni aku ada program... Kena la masak awal untuk mereka... Seawal jam 9.00 pagi aku dah mula memasak.....


Menu kami hari ahad.....

Sotong ni aku guna sotong dalam tin jenama REX tu....
Aku buat masak asam je...tak la hanyir... Aku campur kan dengan petai sikit...
Berselara makan kena pula nasi panas...


Yang ni pula sambal telur puyuh ku campur dengan ubi kentang dan juga sosej...
Tumis kering kering


Sayur pucuk paku.. 
Semalam balik kampung.. sepupu aku sedekah pucuk paku ni....


Ni la penyedap makanan....
Telur asin dan sambal belacan...

Bila masak awal ni, Nadia pun lunch la awal. Aku pun makan awal juga...
Jam 12.30 aku dah keluar menuju ke Seri Kembangan... Sebelum tu singgah di BWY dulu... Beli apa yang patut..... Kat Seri Kembangan ada apa tu...
Tungguuuuu....

RESEPI SOTONG MASAK ASAM

1 Tin besar sotong jenama REX
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 tangkai daun kari
4 biji cili api merah
6 biji cili api hijau
1 biji tomato
Semangkuk kecil petai
Air Asam
Garam
Secukup rasa

CARA - CARA

- tumis bawang putih, bawang merah, daun kari, tomato dan cili api
- masuk kan air asam, masuk kan secukup rasa, garam
- masuk kan sotong yang dah di hiris kecil kecil
- akhir sekali masuk kan petai dan juga bawang yg di hiris bulat


01 July 2022

Menu Pertama di Bulan Julai @ 01/07/2022

 Salam Jumaat....
Hari ini sudah pun memasuki bulan Julai 2022...
Bermula la ceritaku yang pertama di bulan Julai...
Menu masakan aku untuk hari jumaat.... Macam biasa menu yang cukup simple...


Ayam goreng tepung bestari...
Alif tengok wow besar nya ayam goreng hari ni....
Hehehe... selalu mama potong kecik Alif tu yang bila goreng kecik je....

Terung sambal... Last dah sayur aku dalam peti ais yang tinggal cuma cupsium dan juga karot...
Petang ni balik kerja nak singgah NSK topup sayo....


Cocktail 
Ni untuk bekalan Alif...Hari ni ada sukan di sekolah Alif tapi sukan tu diadakan di Stadium Mini Permaisuri.... Jadi jauh sikit la dari rumah ada la 1km..Alif pergi berjalan kaki je dengan Boboi... nanti ada la kawan kawan yang lain tu...Tak perlu la aku menghantar Alif ke sekolah...

Cukup la 3 saja menu untuk hari ini...
Ini pun anak anak sudah pun bersyukur diatas rezeki yang dikurniakan pada hari ini....

24 July 2020

Bayam Brazil Masak Lemak Putih

Yang ni pula lauk hari khamis.
Aq ni memang jenis suka bawa bekal ke pejabat.
Mudah dan jimat kan....
Selain ayam masak sos aq juga buat bayam brazil masak lemak putih.
Bayam brazil ni sebenarnya banyak khasiatnya.
Sebab tu aq setiap hari makan bayam ni pun tak pernah rasa bosan.
Lagi bila kita pelbagaikan cara masakan nya.
Lagi sedap kan.......



Sedap nya bayam brazil ni masak lemak putih kena pula ikan gelama jeruk, telur dadar dan ayam masak sos... Boleh bertambah makan... Disebabkan bawa bekal tak la nak menambahkan....
Hahaha....

RESEPI BAYAM BRAZIL MASAK LEMAK PUTIH

1. 1 Mangkuk bayam yang dah siap di potong dan ku rendam dengan air garam.
2. 2 bungkus cendawan inoki - terpulang nak letak ke tak.
3. Segenggam suhun yang di rendam 
4. Segenggam ikan bilis
5. 1 biji bawang besar
6. 1 biji cili merah yang di hiris
7. Sekotak santan kara
8. 1 sudu sesedap rasa maggi


CARA CARA NYA

1. Masukkan sedikit santan + air, ikan bilis, bawang, cili, sesedap rasa & garam - biarkan merenih
2. Masukkan bayam biarkan layu - kacau
3. Masukkan cendawan & suhun
4. Kacau sebati
5. Akhir sekali masukkan lebihan santan
6. Siap.    



18 June 2020

Makan Malam Hari Rabu @ 17/06/20

Makan malam ni rajin pula aq nak masak nasi berlauk.
Sebenarnya lauk sambal sardin yang ku masak untuk makan tengahari masih berbaki lagi.
Sayang la pula kan...
Jadi ku tambah sayur labu air dan juga telur dadar....


Ni sambal sardin....

Labu air tumis sos tiram bersama soohun...

Telur dadar krispi....

RESEPI LABU AIR TUMIS SOS TIRAM 

Bahan Bahan Nya

1 biji labu air
1 biji bawang besar di hiris
2 ulas bawang putih di hiris
1 biji cili merah dihiris
Sedikit ikan bilis
Semangkuk kecik soohun - direndam
1 sudu sos tiram
1 sudu sesedap rasa
Sedikit garam

Cara Cara Nya

1. Tumis bawang, dan ikan bilis sehingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan cili merah - aq suka cili merah ni layu je
3. Masukkan labu air, sos tiram, sesedap rasa dan juga soohun
4. Tutup sayur biar masak sekata
5. Bila dah layu masukkan garam...
6. Kacau dan tutup api..

21 March 2020

Makan Tengahari Menu Simple Sabtu 21/03/2020


Macam biasa...aq masak menu untuk makan tengahari lewat sedikit.
Lepas solat zohor baru ku ke dapur...
Tung tang tung tang...
Siap 2 menu....
Hari pun hujan renyai renyai...
Makan dengan nasi panas...
Layan...


Sup telur

Pajeri terung

Tembikai

Hb kata hari ni masak simple simple dah la...
Sebab tak mo makan banyak banyak dah...
Hahaha...Baru 4 hari perintah kawalan pergerakan..
dah takut gemuk...
Apa apa pun Korang
Layan Je...




07 February 2020

Menu Makan Malam 06/02/2020


Pulang dari kerja semalam ku masakan menu ringkas untuk keluarga kecil ku...
Hari ni kena cepat sikit kerana malam ini ada kelas aerodance....
Dari pejabat lagi dok pikir apa la menu ringkas cepat dan mudah tu kan....
Dan ini lah hasil nya...

Sambal sardin cili api

Tauhu telur bersama puchuk & suhun....

Telur dadar menu yang paling mudah
Hehehehe...

Resepi Tauhu Telur Bersama Puchuk & Suhun

~ 1 bungkus suhun & puchuk di rendam
~ 3 biji tauhu telur - potong 4
~ Sedikit tepung jagung
~ Lobak merah 1/2 batang
~ Capsium Merah & Hijau
~ 2 ulas bawang putih
~ 2 biji bawang merah
~ 1 biji kiub ayam
~ 1 sudu serbuk sesedap rasa maggi

Cara cara

Tauhu potong 4 - salut dengan tepung jagung - goreng
Tumis bawang merah & bawang putih
Masuk kan 2 cawan air
Masukan lobak merah
Masukan capsium
Masukan kiub ayam
Masukan puchuk & suhun
Masukan tauhu telur yang dah di goreng
Masukan sesedap rasa
Akhir sekali rasa kan garam nya...
Siap


08 September 2019

Pecal Step By Step

Hari ni teringin nak masak menu sihat. Asyik makan salad je jelak la pula.
Lepas je habis program di Tasik Permaisuri, gigih aq ke Hero mencari bahan untuk di masak.
Kali ni aq nak masak pecal. Aq buat step by step juga.
Mungkin ramai yang dah tahu membuat pecal, tapi takpe aq kongsi kan juga untuk rujukan aq di masa akan datang.

 Tadaaa... ini lah dia rupa pecal versi aq....

 Aq cuma guna 4 bahan sayur saja. Kot ada yang nak tambah sayur lain pun boleh.
Ikut selera masing masing la ye...

 Ni bahan asas untuk kuah....

 Mula mula celur kacang panjang dahulu.

Pucuk Paku

 Goreng tauhu...

 Goreng kacang tanah.

 Goreng cili kering, bawang dan juga belacan

 Cili kering, bawang & belacan boleh la kita kisar bercampur dengan air.
Aq juga campurkan sedikit gula, garam & asam jawa didalam pengisar.
Seterusnya kisar sebati bahan tersebut.

 Kacang tanah pulak aq tumbuk...Gigih aq tumbuk tau.
Sebab nak dapatkan kacang yang tak halus atau pun kasar.
Kalau korang nak kisar pun boleh. Guna je pengisar kering tu...

Tadaaaaaa.... dah pun siap.
Jom makan.
Diet aq Suku - suku separuh...
Alhamdulillah buat sendiri puashati....
Apa apa pun Korang
Layan Je....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...