Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

10 May 2024

Apam Pisang ~ Tempahan Dari Ina

Aq terima mesej dari Ina hari jumaat....
Shima, boleh tak buatkan apam pisang tapi hantar ke rumah Kak Chah untuk anak dia open house...
Boleh kata ku.. Jadinya seawal jam 4.00 pagi hari sabtu aq dah bangun...
Hari ni jadual pack... Dari pagi sampai la ke malam. 
Semua nak kena menghadirkan diri kan...
Open house sana sini....

Siap je aq buatkan apam... jam 9.00 pagi aq dah hantar ke rumah Kak Chah....
Alhamdulillah on time aq siap...
Walaupun order ni tak seberapa tapi jadi la duit masuk sikit sikit...
Kang dapat kuantiti yang besar jenuh lak aq nak membuatnya.... 

Sekotak ada 50 biji RM30.00
Lepas ni nak naik kan harga jadinya RM35.00 @ RM0.70 sebiji...
Barang semua dah naik harga... Bahan bahan pun bahan premium kan....

Alhamdulillah
#janganlupabersyukur...

Lepas ni kemana aq... ok next...



30 January 2024

Tempahan Roti Jala, Creampuff Dan Apam Pisang

 Hari jumaat 26/01/2024 aq cuti..
Hari ni lepas je Nadia balik sek kami nak bertolak ke PD dah....
Dalam aq sibuk nak ke PD, ada juga cikgu yang menempah juadah untuk dijadikan potluck pada hari jumaat tu.....
Alhamdulillah kan rezeki masuk...jangan kita tolak...

Yang ni pack kecik untuk Nozi...order last minit..
Nasib bahannya masih ada...

Cikgu order 1 set roti jala berserta kuah kari ayam...Ayam pula 1/2 ekor...

Kuah kari...ni kata nya tak cukup....

Roti jala aq...
Ada yang komen cantik nya... elok je sama saiz..
Ada la cara nya kan....

Selain roti jala, ada juga cikgu yang order creampuff..
Lama gak aq tak ambil order creampuff ni....
Creampuff ni nak ikutkan modal nya besar la juga...
Sebab tu kalau nak order aq minta min 2 kotak...



Ok dekat sikit gambar creampuff ni...
Berinti kan creamy custard....

Selain creampuff dan roti jala, ada juga cikgu yang order apam pisang...
Apam pisang pun laku juga...kata Nadia semua habis kuih yang mama buat tu....


Ni apam pisang aq.
Customer tak pernah jemu makan apam pisang...
Selalu je ada order masuk apam pisang ni...
Alhamdulillah
Perkembangan yang bagus....
#jangan lupa bersyukur..

Karipap Ranggup Berintikan Kentang & Ayam

 Karipap ni aq buat sendiri... Takat makan sendiri tu boleh la aq buat....
Teringin nak makan karipap ayam... Nak juga bawa ke PD nanti...
Kebetulan hari ni Hari Thaipusam, KL cuti...jadi aq pun buat la karipap..Rabu malam aq buat karipap ni....

Yang ni aq jadikan frozen,,, dapat la 5 pack

Aq goreng sikit untuk testing...heheheh

Siap goreng sejuk kan sebelum di pack

Karipap yang dh siap, tunggu masa mengoreng

Inti nya kentang campur ayam...

Yang ni pula aq suruh Alif ke kedai beli kentang...
Kentang kat rumah tak ada....tak cukup juga la
Pandai Alif beli siap tunjuk gambar ni ke...
Hehehehe

22 December 2023

Apam Coklat

 Sekarang ni apam coklat antara hot seller customer order
Buat masa ni aq masih menjual RM0.60 sebiji.
Selalunya customer akan minta sekotak bersamaan dengan 25 biji @ RM15.00


Macam ni la kalau rupa sekotak apam coklat


Kalau macam ni customer nak yang pack kecik...
Ada yang 6 biji ada yang 5 biji...
Terpulang pada mereka
Harga masih sama RM0.60 sebiji 
Buat memang seronok tapi masa nak mencuci acuan tu...
Adoiiiiii sadis...
Heheheh

03 March 2023

Popia Carbonara In Da Houz

Hari Rabu aku sebenarnya dah buat pun inti carbonara ni. Cuma aku tak upload je kat sini.
Hari khamis balik kerja, lepas je ambil Nadia hujan selebat lebatnya... Lenjun la kasut aku.
Sekarang ni musim hujan balik kot. Setiap hari cuaca mendung je....
Lepas je mandi solat magrib, aku pun memulakan la projek popia ni.
Macam biasa bab bab asingkan kulit popia ni memang aku akan suruh Alif yang buat. 
Lagi pun popia ni memang kegemaran Alif.
Sambil buat popia ni Alif kata... Mama.. abg suka kan makan popia ni. 
Tiba tiba perasaan rindu aku pada Fatahul menyapa hati aku. Ye sunggu aku rindu anak itu.
Kali terakhir Fatahul balik ke KL pada cuti sem bulan 2 hari tu.
Pada 16/02/2023 Fatahul dah pun bertolak balik ke Kuala kangsar. Sekarang ni dah sem akhir.
Cepat la habis sem nya....
Kalau aku buat popia ni Fatahul la akan makan banyak dari yang lain. 
Hari ni aku saja buat lebih. Sampai aku beli 2 paket kulit popia bersaiz besar tu.
Tapi paket ke 2 aku tak habis kan sebab inti dah pun habis... Jadi aku simpan elok elok dalam peti sejuk. Esok aku akan masak jenis yang lain pula....


Yang ni popia dah siap goreng.
Berinti kan carbonara dan juga sardin lebihan aku buat roti sardin


Ni inti carbonara aku.
Nadia tanya kenapa pekat...
Memang la pekat kalau cair bocor la dia.

Ni kulit popia yang Alif asing kan

Aku campur dengan crab stik yang aku belah 2.
Kalau nak buat 1 pun ok cuma aku nak jimat kan belah la 2

Time mengulung.
Aku gulung 2 lapis. Kalau selapis kadang bila goreng dia akan pecah.
Habis minyak nanti bercampur aduk.
Kalau 2 keping rasa lebih tebal dan ranggup.


Yang dah siap di gulung. Mana yang dh siap tu aku beku kan.
Aku jarak jarak kan dulu.
Bila dah keras baru aku susun dalam bekas kalau tak bekukan nanti kulit popia ni melekat.
Masak orang nak ambil untuk mengoreng nanti.
Aku buat dapat la dalam 35 biji.
25 biji aku frozen kan lagi 10 biji aku terus goreng.
Diorang nak makan cicah dengan mushroom soup....
Lagi pun hujan je kan...perut pun lapar.
Tapi aku makan maggi sup ayam je.... Suruh Nadia yang masak...
Senang kan.... mak mak ni kalau ada anak dara dh...gitu...

09 February 2023

Apam Pisang Dan Roti Sardin

 Apam pisang ni order dari Ina. Katanya Ina tak tau nak bawa makanan apa untuk ke rumah Nurin.
Ina ni bz setiap ahad ada kursus haji. Aku tempah dengan mu la Shima apam pisang...
Ok je kata ku takde masalah...
Nurin menjemput kami ke kedai nya yang akan dibuka tak lama lagi.
Kiranya nak buat doa selamat dah bacaan yassin la....



Apam pisang ni memang lembut gebu dan terasa puas di setiap gigitan tu...
Aku jual sebekas RM18 / 25 biji.


Yang ni pula sedekah aku untuk Nurin.
Roti sardin je

16 December 2022

Minum Petang Semalam

Cerita petang semalam masa balik kerja.
Punya la teringin nak makan kuih ketayap berinti kan kelapa durian.
Minggu lepas SIL ada beli ketayap tapi inti kelapa je. Kebetulan masa nak balik KL, jiran sebelah rumah bagi sebekas durian ada la dalam 7 ulas kot. Kalau nak makan memang la tak cukup.
Takpe la baik aku buat inti kelapa buh durian simpan dalam esbox. Bila rasa nak makan ketayap tinggal buat crepe nya je lagi. Aku buh dalam 3 bekas inti tu... Tak la terusik semuanya kan.....

Balik je kerja gigih ke dapur. Bancuh kulit ketayap... Sambil tu aku potong 2 tongkol jagung yang aku beli kat kampung hari tu.... Hiris isi jagung tu buat cucur jagung.... 


Siap 2 jenis kuih... Nurin kata rajin nya ko Shima...Tak keje ke....
Nak layan anak tekak sendiri kena la rajin.... Gitu.....

Kuih ketayap buat 6 ketul je... Ada baki lagi bancuhan tepung tu...
Aku simpan dalam esbox esok nak sambung lagi untuk sarapan pagi aku...
Jimat kan....


Cucur jagung...
Goreng se goreng je.... Baki buh dalam peti...esok sambung goreng lagi....

Bila dah malam terus bersiap nak ke Bangsar ambil Nadia...
Malam ni kita sambung makan kat mana pula....

16 November 2022

Cheese Tart & Takoyaki Order By Nozi @ 08/11/2022

 hari isnin Nozi mesej nak kan cheese tart denga takoyaki.
Katanya hantar kat rumah Ida.
Rupanya order ni untuk harijadi Ida.
Senangkan... order je...akk siap hantar kan.
Tapi masa Alif hantar kat rumah Ida, Mereka sekeluarga tolak makanan ni...Katanya takde pun order.
Dah Alif balik... Marah Alif... Rupanya Ida tak tahu pun makanan ni Nozi yang order.
Konon nya Nozi nak buat surprise la ni kat Ida...sudah nya Alif yang kena prank. 
Bila aku call Ida n explain... 
Alif sekali lagi hantar ke rumah Ida.



Aku cuma buat macam ni je la...
Ida pun tak baca mesej yang aku tampal kt kotak cheese tart.
Kata Ida sedap kak... tak tau pun akk pandai buat cheese tart n takoyaki.
Ingat kan akk tau berzumba je....
Haippppppp...
Malam tu Ida mesej lagi.. Nak order tako 5 pack untuk hari jumaat.
Ok bereh.... akk terima pesanan ni....

04 October 2022

Dinner Hari Jumaat Lepas @ 30/09/2022

 Cerita minggu lepas.... 
Balik je kerja hari jumaat tu..apa la yang aku nak masak untuk mereka ni... 
Esok dah la nak hantar Fatahul balik... Ku lihat peti ais ada mee dan juga sawi yang dah nak layu...
Goreng mee je la rencah kan dengan daging sedap juga dalam hati ku...
Apa lagi mula aku memasak... Ada karipap sardin ada nugget... Jadi la simple dinner untuk mereka...


Mee goreng basah

Karipap sardin

Nugget Nutriplus tempura pedas...

Bila makan panas panas sedap la kan...
Aku buat juga air teh tarik sejug kecil...
Habis juga menu aku untuk malam ni....

22 September 2022

Karipap Sardin By IbuDida Kitchen

 Karipap berinti kan sardin ni aku beli yang frozen je dari jiran ku. 
Inti sardin nya yang penuh dengan sardin tanpa kentang. Inti sardin ni ialah sambal bukannya kari. Tu yang aku suka.... Kalau goreng makan panas panas memang sedap sangat. 

Kalau nak order call je no tu

1 pack ada 10 biji RM7.00

Packing nya didalam bekas macam ni...Jadi mudah la kalau tak habis goreng kita simpan balik dalam peti sejuk.... Aku beli 3 pack. Aku pun dah re order lagi 5 pack untuk dibawa balik kampung dan ke Cameron Highland nanti....

Linda ni selalu je ada tempahan... Kalau nak tempah kek harijadi pun boleh nak tema apa...boleh je kalau nak minta... Mungkin rezeki aku kot...masa anak Linda ni hantar karipap, Linda bagi aku 2 biji muffin tengah panas panas lagi... ada la yang menempah tu gamak nya.....
Bau semerbak wangi bila ku buka bungkusan muffin ni...
TQ Linda....

16 August 2022

Cucur Kucai VS Potato Fritters Minum Petang Sabtu @ 13/08/2022

 Habis je bengkel Smart Kreatif tu memang terasa letih la juga kan.... Balik je rumah mandi solat makan selain mengedit gambar terlena juga la aku... Bangun je dah petang. Lapar la pula...
Pergi ke dapur tengok apa yang aku nak masak ni....
Akhirnya.......

Aku buat cucur kucai dan juga potato fritters...Ku habiskan kentang 2 biji tu je...
Panggil yang lain lain makan time panas panas ni cicah sos...Sedap nya...

12 August 2022

Cucur Jagung Menu Petang Semalam

 Menu petang semalam... Kadang buntu juga memikirkan apa la yang nak di masak ni. Teringat jagung masih berbaki 5 tongkol dah nak kekuningan. Sayang nya rasa kot dibuang macam tu je kan.. Balik kerja aku terus ke NSK. Tengok kat NSK cantik pula daun kucai ni. Otak terus ligat memikirkan balik ni buat la cucur jagung campur dengan kucai... Yes dah dapat idea.....
Maka terhasil la cucur jagung campur dengan kucai...

Makan masa panas panas sedap oooo... 
Non stop makan... hb sampai surrender dah nak makan lagi.
Bila kita buat cucur jagung ni kena la berhati hati sebabnya...kalau terkurang tepung terlebih jagung atau tercair adunan masa nak goreng tu biji jagung akan tertanggal dari tepung tu. Nanti masa dah panas boleh meletup letup jagung tu dah jadi macam popcorn pula... Jadi kena pandai pandai adjust kan adunan tepung biar sebati dengan jagung. Tapi kerana jagung aku ni mungkin jagung dah layu masa tertanggal dari tepung tu takde la beriya iya dia nak meletup mungkin sebab jagung lama... kot jagung segar tu mau dia berjoget berirama termasuk aku juga la berjoget untuk mengelakkan dari terkena letupan tu.... Nampak mudah je kan cucur jagung ni tapi ada rahsia tu... mungkin ada yang pernah kena kan...paham sangat la apa yang aku nak sampai kan ni...hehehehe.....
Bila aku buat lebih ku berikan pada jiran sebelah rumah... Suka nya dia..Sedap kak makan panas panas saya suka... Alhamdulillah kata ku......

    RESEPI CUCUR JAGUNG CAMPUR KUCAI

1/2 kilo tepung gandum
5 Tongkol jagung di hiris
Secekak kecil daun kucai di potong dalam 1 inci
1 biji bawang besar di mayang
2 biji cili merah potong kecil nak ganti cili api pun boleh
2 biji telur
sedikit ikan bilis nak ganti udang, udang kering pun boleh
2 sudu secukup rasa
Sedikit garam
Air panas secukup nya.

Campur kan ke semua bahan sehingga sebati
Goreng sehingga kekuningan / garing
Makan masa panas bersama dengan sos cili....
Perh.......



08 August 2022

Sambung Balik Karipap Ranggup

 Habis je makan malam, aku menyambung semula karipap yang berbaki pada hari jumaat tu. Doh karipap tu masih elok lagi. Kali ni aku gunakan inti kentang kari je. Malas la pula nak buat inti kentang sambal sardin.

Testing untuk makan kami

Aku minum bersama dengan strawberry pudding semalam beli lupa nak makan.

Yang ni dah siap aku tak guna acuan karipap. Tu pasal saiz ada macam macam....
hehehe...

Yang ni aku goreng untuk dijadikan frozen....
Alhamdulillah tak membazir doh karipap aku tu..dh 2x keluar masuk dari esbox.....

07 August 2022

Cucur Jagung Tea Time Kami @ 07/08/2022

 Bila dah petang terasa lapar la pula. Mula la otak ligak memikirkan apa yang nak di masak. Tengok jagung ada lagi. Aku pun buat cucur jagung ranggup.


Licin kami sekeluarga makan....

RESEPI CUCUR JAGUNG RANGGUP

4 tongkol jagung (saiz kecik )
2 cawan tepung gandum
2 sudu tepung beras
1 biji bawang besar
1 sudu pati ikan bilis nak buh ikan bilis pun boleh
1 biji telur
sedikit garam

Masukkan kesemua bahan. Kacau sebati.
Goreng nipis..sehingga garing
air sejuk secukup nya

05 August 2022

Karipap Sardin

 Gigih weh.... balik kerja hari khamis terus pergi Hero beli bahan bahan untuk karipap sardin. Memang aku berniat esok nak bersedekah dengan kawan kawan di pejabat. Sampai je rumah apa lagi, mula la aku buat projek karipap tu. Bila dah siap buat inti karipap kali ni aku buat karipap inti sambal sardin. Anak anak memang suka karipap inti sardin kentang. Ada orang kalau sardin tu buh bawang je aku suka macam tu tapi anak anak mereka nak kan berkentang ok la kita ikut kan je...
Dah siap dalam 20 biji mula la aku mengoreng. Tapi bila aku berdiri kenapa la karipap aku ni minyak nya macam tak panas. Sekali tengok gas habis sudah.... Aish.... Tengok jam 9.30 malam memang kedai dah tutup la kot buka pun tak kan la ada yang nk menghantar dah malam malam ni. Takpe la aku baru teringat yang aku ada dapur elektrik. Aku salin semua karipap ke dalam kuali non stick. Dugaan betul la....


Tengok la gorengan nya ada dah nk hangus sikit sebab masa mula mula tu aku tak pandai kawal suhu dapur tu...dah la pertama kali aku guna...


Ni dok dalam kuali...Jangan gaduh gaduh semua sama je masak nya nanti.

Kali ni aku guna acuan...biar sama saiz...


Adunan yang aku dah siap potong potong tinggal nak lenyek je lagi

Inti karipap sambal sardin kentang 

Masa melayan karipap ni teringat aku masa aku kecil dalam umur 10 tahun macam tu.
Masa tu kami tinggal di estet. Pagi pagi mak akan jual nasi lemak, mee, kuih muih.
Antara kuih hari hari yang wajib ada ialah karipap. Masa tu mak guna ubi keledek sebagai inti. 
Balik je dari sekolah aku dan abg memang kena tolang mak buat karipap kalau tak buat alamatnya petang nanti tak leh la aku nak main dengan kawan kawan. 
Jadi aku akan kupas kulit ubi keledek lepas tu aku dengan abg akan potong dadu ubi keledek tu.
Bila dah siap mak akan masak la ubi keledek tu menjadi inti karipap. Bila mak dah siap kan doh tu apa lagi kami 3 orang pun akan buat la karipap tu sekali buat dapat la 50-60 biji. Masa tu harga cuma RM0.20 je sebiji itu pun ada lagi untung mak kata. Selain karipap macam macam lagi kuih yang mak buat. Mungkin dari situ mengalirnya darah peniaga makanan kecil kecilan di dalam diri aku. Walaupun untung tak seberapa tapi aku rasa puas bila mana pelangan aku memuji kesedapan kuih aku tu...
Nostalgia sungguh.....


Ni aku goreng buat makan aku ngn Nadia.
Tak leh tahan weh... mengoda sebab lama dah aku tak makan karipap hasil air tangan ku sendiri.
Jom tengok resepi aku. Aku kongsi kan cara nak buat doh je la...Inti tu kemudian la ye....

DOH KARIPAP

1 Kg tepung gandum ( aku guna cap sauh)
1 cawan minyak masak
2 sudu planta
1 sudu garam
1 sudu minyak
2 sudu jernih air kapur
380 ml air sejuk

CARA CARA NYA

Minyak dan planta disatukan masak sehingga panas.
Masukkan garam dan gula kedalam air. Kacau hingga larut
Bila minyak dah panas masuk kan kedalam tepung. Kacau dan gaul sehingga menjadi serbuk roti.
Masuk kan air kapur. Ramas ramas tepung sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga sebati
Tutup dengan plastik perap dalam 1 jam.
Dah tu boleh la dicanai kan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...