05 July 2019

Tip / Cara Masuk ke Hatyai Menggunakan Kereta 2019


CARA CARA UNTUK MEMASUKI KE HATYAI MENGGUNAKAN KERETA

Disini aq akan kongsikan pengalaman aq memasuki Hatyai menggunakan kereta.
Mungkin banyak blog blog yang lain dah kongsikan bagaimana untuk memasuki ke Hatyai.
Aq memasuki ke Hatyai menggunakan kereta Aq sendiri bermaksud tidak menggunakan kereta syarikat atau pun kereta sewa. Kiranya owner kereta ni adalah aq sendiri.

1. Passport (pastikan tarikh tamat sebelum 6 bulan)

2. Geran Kereta ( Aq bawa yang ori dan juga photocopy)
    Tapi masa di kastam Thai mereka lihat photocopy je
    Bagi aq bawa juga adalah lebih baik, mana tahu ada yang nk lihat yg ori kan

3. Insuran Kereta 

Bila sudah sampai area Changlun, Kedah sebelum memasuki border Imigresen Bukit Kayu Hitam,
Korang bolehlah membeli Insuran Kereta Thai, White Card (TM6), Borang TM2 & TM3 (2 set) dan juga Simcard Thai. Ini harus la ye...sebab kita akan gunakan 100% Waze untuk memasuki Hatyai nanti.

Aq beli semua ni di kedai sebelum Petron. Aq cakap nak beli insurance kereta, lepas tu brother tu tanya nak tak beli white card, borang TM2 & TM3. Untuk yang pertama kali macam aq, semestinya la aq nak kan..biar diorg settle semua nya...kita tak yah nk pikir benda benda ni lagi...Mereka lebih arif bab bab ni. Kot ada yang kata mahal la baik buat sendiri la..bg aq takpe janji segala urusan lancar kan. Jadi kita bagi je semua passport, geran & insurance kereta kt mereka. Mereka akan isi semua borang tu.


Ini la dia white card (TM6), borang TM2 & TM3 tu
 4. Kita akan dapat :
     ~ White Card (TM6) RM2.00 setiap 1
     ~ Borang TM2 & TM3 (2 set - depan & belakang)
     ~ Insuran Thai RM15.00 seminggu
     ~ Simcard Thai (AIS) RM20.00 @ 2 kad
     ~ Total RM70.00 (utk 5 orang)

Lepas tu korang mesti blur lagi kan macam mana nak meneruskan perjalanan ke sempadan tu.
Takpe nanti orang yang korang beli insurance tu akan bagi penerangan macam mana nak memasuki boarder tu nanti.


Ni serba sedikit gambaran kemasukan situ nanti

1. KASTAM MALAYSIA
    yang ni korang lalu je, macam rumah tol tu je.

2. IMIGRESEN MALAYSIA
    yang ni bagi je passport untuk di cop, tak perlu turun dari kereta, Imigresen tu tengok je dari           dalam. Kira berapa orang.

3. IMIGRESEN THAILAND
    yang ni kena turun kereta untuk di scan muka
    serahkan passport, white card (TM6), dan TM2 & TM3
    kami diminta 45thb untuk caj overtime fees 
    Driver : 25 thb, setiap penumpang : 5 thb 
    lepas tu pihak imigresen akan bagi sekeping borang TM2 & TM3 tu, so simpan sebab nanti          balik nak bagi kat imigresen Thai balik.

4. KASTAM THAILAND
    Owner kereta kena pergi ke kaunter kat luar je.
   Berbaris - Step 1 : Bagi passport owner, geran kereta n insurance kereta Thai (aq bagi juga                   insurance kereta Malaysia, senang nk tgk, ke tak nak ke...tu hak dia..hahaha)
   Dah siap dia akan bagi 2 keping Kastam Form, kita sain form tu.
   Pergi ke kaunter sebelah - Step 2 : Bagi form kastam yang kita sain tu, dia akan pulangkan                   sekeping  untuk kita tunjuk masa balik nanti.


Serba sedikit gambaran laluan ke Imigresen & Kastam Malaysia Thailand

5. Bila dah siap buat 4 perkara tu bermakna korang dah pun berjaya melepasi sempadan                          Thai...Jangan lupa aktifkan simcard Thai korang tu erk...apa lagi buka la waze & GPS            serta data la kan...tu wajib...
     Kot ada yang tak paham nk kena download ke Waze Thailand...jawapannya tidak perlu...sama je         mana mana waze Malaysia atau pun Thailand. Kat sana pun kalau nak naik Grab pun, guna je             Grab yang korang guna masa kat Malaysia, sama je...x yah nk setting Grab Thailand pun...mudah       kan...yang penting Data mesti ada la kan...

6. Bila dah on data buka waze search location mana nak pergi, sebelum melepasi Pekan Danok,              korang akan di tahan Kastam Thai, beliau meminta Kastam form, korang bagi je dia lihat...Lepas        tu apa lagi...Jalan....lalalala........


Tadi aq cerita cara nak masuk...Mungkin ada yang nak tahu cara nak keluar pulak macam mana kan.

1. Baca betul betul setiap signboard tu.
2. Masuk di Imigresen Thailand (semua kena turun kereta utk di scan muka, dan tapak tangan)
    bagi juga borang Kastam n TM2 & TM3, Passport & White Card (TM6) pastikan semua      ni ada.
    Masa aq balik tak dikenakan bayaran mungkin disebabkan bukan masa overtime fees kan iaitu jam      4 petang waktu Malaysia.
3. Lepas tu terus ke Imigresen Malaysia, serah semua passport yang ni tak payah turun kereta.
4. Ok...jalan terus...ba bai Thailand......hahahaha....

Yang ni no tel orang yang buat insurance kat Changlun tu. Dia kata boleh booking n transfer je duit nya..nanti bila sampai sana tinggal nak ambik je lagi...kdg2 cuti cuti sek orang ramai, jenuh menunggu....
Kedai dia sebelah Petron je

Sebelum memasuki Thailand pasti kan isi minyak penuh penuh ye...last petrol station ialah Petronas...kiranya stesen petron ni ke 2 last la....

Masa Thailand : Lewat sejam dari Malaysia
Tukaran wang : 100THB - RM13.00 

P/S : Nak mudah korang download je CURRENCY PLUS kat HP.
         Senang je korang taip je nilai RM kita, so boleh tau dah THB berapa.....

Semoga perkongsian ini dapat membantu urusan anda.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...