Showing posts with label Bukit Besi. Show all posts
Showing posts with label Bukit Besi. Show all posts

12 August 2020

Hiking Di Bukit Besi @ 25/07/2020

 Cerita hari sabtu yang lalu..

Hari jumaat Sham menelefon untuk mengajak aq ke Bukit Besi.

Jadi pada jam 8.00 pagi macam biasa kami berkumpul di Restoran mamak sebelah OCBC Bank Alam Damai.. Setelah bersarapan kami pun memulakan pendakian. Naik semput juga almaklum la dah lama tak mendaki ni. Lelah juga la aq...

Me & Sham Family...

Track ada kala mudah adakala mencabar weh...

Sampai di stesen yang pertama. kita rehat dulu ye...

Macam biasa my baby boo sentiasa menemani ku


Stesen 2 dah panas terik



Kami berehat disini saja.. Malas nak naik ke stesen 3..

Masa untuk turun... Kami tamat dalam jam 11.00 tenghari juga la.
Lepas habis je aq terus pulang dengan Alif..
Macam biasa habis je my hb dah menunggu di parking kereta.
Apa lagi pecut ke kedai kuning la untuk menikmati makan tengahari...
Layan......


26 September 2019

Day 4 ~Kill The Kilo's @ Zumba & Hiking Bukit Besi

Yeah hari ni 15/09/19 dah hari yg ke 4 kami bersama sama dengan group Komuniti BTR 2019.
Hari ni macam ini pagi pagi diadakan acara zumba..habis je zumba kami akan memanjat Bukit Besi....buat kali yang ke 3 bagi ku memanjat Bukit Besi ni...
Tersenyum sendirian bila mengingati kembali trail di Bukit Besi ni....

 Hari ni Fatahul menemani aq...
My baby boo tidak dapat turut serta kerana ada masalah kesihatan...
Cepat sembuh ye sayang mama.....

 Yeah....zumba time....


 Selapas hbs je zumba, kami dibahagikan kepada 8 kumpulan.
Kumpulan kami dinamakan team 1. 
Bergambar bersama puan Emcee Onnie Karim...

 Muka happy je kan....
Ada kawan ku yang pertama kali akan berhiking ni....

 Permulaan..... steady boh....

 Disini sedikit sukar ye....




 Di check point 2



 Bersama dengan mummy vouge...sorang tu je bukan mummy lagi ye...



 Check point 3
Penerangan dari pada jurulatih apa yang dimaksudkan dengan simbol dan cara bagaimana caranya melakukan pertolongan dan juga meminta tolong sekiranya berlaku kejadian semasa di dalam hutan....

 Check 4.



 Demo pendaratan untuk melakukan pertolongan cemas....



 Kami berjalan pulang...
Ya ampun...team kami terpaksa melalui jalan yang amat sukar.
Ini lah pertama kalinya laluan hiking yang amat sukat bagi ku dan juga kawan kawan yang lain.
Kami terpaksa menuruni bukit yang curam dan perpaut pada tali...
Terketar ketar juga la lutut aq...Aq dah la fobia gayat.
Masa ni kekuatan tangan adalah amat amat membantu...
Alhamdulillah kami berjaya melalui semua ini....
Tapi tak aci la...team lain balik melalui jalan yang sama
huhuhu....

 Selepas itu acara lucky draw...

 Hari ini aq sangat bertuah kerana pertama kali nya no aq diumumkan...
Yeah....Mama menang u....

 Fatahul juga tidak ketinggalan...
Bersama dengan geng yang bertuah tu....

 Para pelajar dari UPNIN selaku urusetia dan juga membantu kami didalam hutan tadi....



 Habis je acara semua tu, kami dijemput untuk makan tengahari di Restoran Nasi Ayam Melaka Kak Sham Alam Damai...
Alhamdulillah...ingat kan sikit sikit menu rupanya macam macam kau....
Nasi lauk pauk, satay, laksa, bihun sup, cendol durian. ABC, kuih muih...
Tak larat nk makan...

Dah melantak lupa nak snap kan...
ni je yg dapat aq abadikan...
Terima kasih kepada tuan tanah, tuah kemah, tuan rumah,
tokey Nasi Ayam Melaka Kak Sham Alam Damai.
Lokasi belakang Petronas Alam Damai...
Alhamdulillah...kenyang sudah...
Jom kita balik...
Apa apa pun Korang 
Layan Je...

20 April 2019

Hiking Di Bukit Besi @ Alam Damai

Assalammualaikum...
n3 tertunggak aq kali ini...berabuk dah kot belog kesayangan hamba ni
Setelah sekian lama tidak mendaki bukit, meredah hutan...kali terakhir aq n the geng ke Broga Hill...
Jadi kami sepakat untuk pergi ke Bukit Besi...Hiking kali ini cuma kami sahaja kerana Abg Aziz n Family tak dapat nak join sekali....Lain kali kita plan lagi ye....
Macam biasa pada 09/03/2019 seawal jam 8 pagi kami dah bergerak dari Penara ke OCBC Alam Damai...
Ina & Sham bergerak dari Pandan Mas....
Jadi bila semua dah tiba kami pun memulakan pendakian....macam biasa kami masih memilih untuk mengikuti track sebelah kondominium putih tu.....

 Sebelum memulakan expedisi macam biasa, kami mulakan dengan bacaan doa...
n selfie...

 Selepas membelok ke tangki air sebelah kanan...kita akan jumpa tangga batu ni...



 Trail yang agak mencabar....

 Sicilik yang setia menemani dan sentiasa ke hadapan....


 Jika trail yang mencabar, disitu terdapat tali untuk berpaut...so tak la risau kan...

 Sampai dah stage 1...dulu takde pondok...sekarang ada pondok mungkin pondok ni dibina oleh hikers yang ingin bermalam disini kerana terdapat kesan pembakar....
Kami pun tumpang untuk berehat...

 Happy.....1 2 3 jump.....
Hehehehe....

 Hari ini hanya 3 orang mummy vouge yang mengikuti pendakian...

 Me & my baby booooo....

 Dibelakang kelihatan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur....

 Teruskan....

 Trail yang ini agak mencabar sikit...

Hari ini hanya 2 jejaka idaman Malaya..
Kemain posing kat atas batu tu...
Hati - Hati yek....

 

 Group photo...
Muka gembira...masa ni baru jam 9.30 pagi...
So masih awal lagi la kan...

 Kali ini kami membuat keputusan untuk sampai disini saja...
Sambil berehat dan makan bekalan yang di bawa....
Matahari dah mula menerbitkan diri nya...
Kami sudah kepanasan dek panahan sinaran dari mu....

 Si cilik Alif dan Daniel merehatkan diri..
Mereka ni dah pandai membawa diri...

 Tiba masa untuk kami pulang..
Masih ikut laluan yang sama...

 Sporting habis doh kawan kawan ku semua...

 Bila sampai di tangki air kami memilihan untuk ke kanan melalui pagar di sebelah tangki air...
Kiranya ikut track lain la....


Ok dah sampai pun di bawah....di pinggir jalan besar...

Happy doh...dh nampak OCBC

Macam biasa selepas habis hiking...kita minum dulu......
Kali ini Man belanja minum...
Terima kasih Man belanja kami semua....moga murah rezeki hang noh....
Amiin...
Jam 1.00pm berakhirnya misi pendakian kami ke Bukit Besi buat kali ke 2...
Apa apa pun pendakian ke Bukit Besi memang tidak pernah menghampakan...
Trail yang mudah dan tidak la sesukar mana. Sesuai la untuk yang baru berjinak jinak untuk menjadi salah seorang hiker kental kan....
Bukit Besi pun tak ramai hiker yang pergi tidak seperti Bukit Broga atau pun Bukit Gasing....
so....next kemana kita kawan kawan.....
Apa-apa pun Korang
Layan Je...
Wassalam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...