08 September 2019

Day 2 ~ Kill The Kilo's

Hari ke 2, Kill The Kilo's. 
Hari ini kami macam biasa la ye, seawal jam 8.00 pagi sudah pun berkumpul di Padang Bola Taman Tasik Permaisuri. Datang je disini, kami dikehendaki mengecop kad kehadiran dan juga untuk mendapat no lucky draw.
Hari ini selain zumba kami juga akan suruh berjalan mengelilingi Tasik Permaisuri iaitu dengan kiraan 10,000 langkah.
Haaaa kau rasa...dah la zumba selama 1 jam, lepas tu kena berjalan mengelilingi tasik lagi...
Pewai weh.... Hiking pun tak melepek macam ni.....
Tapi apa apa pun memang la seronok di samping rakan rakan kan...kot buat sorang sorang memang tak la...hahaha....

 Macam biasa sebelum zumba kita selfie dulu....


 Diantara rakan rakan aq....


 Selfie bersama puan emcee, Onnie Karim

 Selepas habis zumba dan sebelum acara 10,000 langkah...

 Me, Kak Ani & Kiah

 Hang dah kenapa Liza ooooiiii....

 Yeah...10,000 langkah.....

 Dah pun habis, sambil sambil tu kami berselfie lagi. Sementara menunggu no lucky draw..
Kita lihat siapa yang kena....

 Kusyuk masing masing...
Mendengar no siapa kan yang terbit nanti...

 Ini lah rakan yang bertuah pada hari ini...
Ezan

Kiah juga bertuah [ada hari ini..
Yang lain mana..yang lain macam aq juga la, tak bertuah ye....
hehehe takpe lain hari ada lagi...
Habis je acara lucky draw, majlis pun bersurai...
Minggu depan kita jumpa lagi ye kawan kawan...
Di mana lokasi nya....
Tungguuuuuuu....
Apa apa pun Korang
Layan Je....

Jalan Jalan di Selangor Agro Fest Stadium Shah Alam

Selepas makan dari Nasi Kukus Sotong Besar, Hb ajak pergi ke Selangor Agro Fest di Stadium Shah Alam. Disini terdaapt banyak pameran serta info info berkaitan dengan pertanian dan juga penternakan. Terdapat juga gerai gerai jualan buah buahan dan juga makanan.






Jualan buah buahan....


FAMA

Dibelakang mereka ialah info mengenai pertanian.

Laman Vetarina.
Ada pameran pelbagai jenis haiwan, makanan serta cara penjagaan haiwan..

Banyaknya buah nenas

Teka berapa jumlah buah nenas..

Boleh juga kalau nak beli nenas


Disini HB membeli buah Duku Langsat & juga buah rambutan.
Terdaapt juga gerai menjual makanan.
Gerai Abam Bocey pun ada. Beliau menjual Mee & Keo Teow kuali besar.
Terdapat bermacam macam jualan makanan.
Kot nak beli benih pokok pun ada juga ye.
Hari ni adalah hari pertama diadakan.
Ada lagi 2 hari berakhir pada hari Isnin ni.
Apa apa pun Korang
Layan Je.

07 September 2019

JJCM @ Nasi Kukus Sotong Besar Shah Alam

Hari ni disebabkan masuk program Kill The Kilo's, aq tak masak tengahari.
Bila petang aq ajak HB ke Nasi Kukus Sotong Besar di Shah Alam.
Aq dan anak anak ke sana dengan menaiki Grab saja disebabkan HB masih lagi di Stadium Shah Alam keran event tak habis lagi.
HB tunggu aja kedatangan kami di situ..
Meh tengok antara menu yg aq order ye..

Nasi Kerabu Sotong Besar - RM15.90


Nasi Kukus Sotong Besar - RM14.50

Nasi Kukus Bawal Gesek - RM12.50
Nasi Ayam Bakar Herba - RM11.32

Nasi Air - RM5.30
Ais Kosong - RM1.00

Kami makan dengan berselera lagi bila makan dah petang tak la berapa ramai pengunjung yang ada tetapi jika kita datang waktu tenghari memang ramai pengunjung...
Habis makan je kami ke Selangor Agro Fest yg diadakan di Stadium Shah Alam.
Apa apa pun Korang
Layan Je..

Day 1 ~ Kill The Kilo's

Untuk Kali ke 3 Fit Komuniti Bandar Tun Razak menganjurkan program seperti ini.
Kali ni namanya ialah "Kill The Kilo's" 
Untuk pendaftaran aq harus pergi di Pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bandar Tun Razak untuk membuat pembayaran dan juga timbang berat..
Penyertaan kali ini RM20.
Aq diberikan baju...Cantiknya warna baju kali ni...

 Baju Kill The Kilo's

 Me & Ezan memcuba baju 

 Ini lah hari pertama kami di program ini.
Hari pertama bertempat di Padang Bola Taman Tasik Permaisuri
Diantara kawan kawan yang menyertai program ini...
Dari kiri : Ezan, Kiah, Liza, Emma, Kak Ani & Me....

 Sebelum kita senam aerobik, kita selfie dulu ye 


 Korang bincang apa tu....

 Last bergambar sebelum berpeluh..
hehehehe....



 Baru selesai zumba. Semput juga ye...adalah dalam sejam kita berzumba.
Selepas ini ada talk about kesihatan
Diet Suku Suku Separuh.....
Selepas itu diadakan acara lucky draw...Pandai pihak penganjur..kot tak dah lama peserta pulangkan ..
hahaha...



 Pada hari ini ke semua kawan kawan adalah bertuah kecuali aq je...
takpe lain kali ada lagi...Happy je mereka....
& I'm happy for them....

 Sesi bergambar bersama peserta yang lain. Baju merah tu pelajar pelajar dari UPNIM
Terima kasih kerana sudi datang.
Dimana aq...cuba korang cari..hehehe....

 With Puan Emcee..terhibur dengar celoteh puan emcee ni..

Mereka dengan hadiah masing masing...
Si Puan Emcee ni mmg kelakar.
Ada ka patut di gelarnya kami Geng Longkang ngn Geng Kerusi..
Siapa itu...biarlah rahsia...
Hahaha...nak suka dengar...
Apa apa je lah Cik Puan Emcee oooiiii...


Minah rempit..eh eh eh ada lak 1 ni mat rempit..
Harus lah si Man ni ambil isteri terchenta nya kan...
Kot naik kereta mmg tak la...
Parking susah benor..Tu pun ada yang kata kereta kena kopok parking depan petron...
OMG.. mcm ni pun ada ke....
esok ada lagi ye kawan kawan...
Program ini sepanjang bulan September ni setiap sabtu & ahad...
Ok la kan ada juga keluar peluh kan...
Jumpa esok ye...
Apa aktiviti kami seterusnya...
Tungguuuuuuuu....
Apa apa pun Korang
Layan Je....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...