06 January 2020

Jalan Jalan Di Bukit Fraser

Hari sabtu yang lalu 04/01/2020 kami ingin ke Tanjung Malim untuk menghantar barang barang yang di pesan oleh Nadia. Dalam perjalanan tu masih awal kan nak pergi ke Tanjung Malim awal awal pun takde apa nanti. Aq mengajak HB naik ke Bukit Fraser. Lagi pun perjalanan kami hanya lah sekadar suka suka...Kali terakhir kami ke Bukit Fraser ialah pada 5 tahun yang lalu itu pun sementara menunggu Nadia temuduga di MRSM...
Masa dalam perjalanan tu macam biasa la keadaan jalan yang berliku dan sesekali pohon buluh merentasi jalan raya. Pada aq la...biar pandu dengan kelajuan yang sederhana tak yah la nak laju laju ye...bukan apa kang pening kepala pula....
Setelah melalui liku liku kehidupan di sini..akhirnya jam 11.00 pagi sampai juga kami di Bukit Fraser...
Sejuk dan nyaman sekali cuaca di sini....



Mengabadikan kenangan di signboard Bukit Fraser...

Selangor / Pahang...


Keunikan reka bentuk bangunan nya yang ala ala inggeris...

Pejabat Pos di sini...

Jalan sehala semasa datang...


Di kejauhan mercu tanda Bukit Fraser Menara Jam....

Puncak Inn Hotel

Axia Merah.....
Gerai di tepi jalan berhampiran Padang Golf..
Harga boleh la tak la mahal mana untuk tempat seperti ini....

Padang golf


Keluarga Kecil ku....



Hadapan Restoran Mini Strawberry....
Jagung Cup Rm3.50

Lunch Untuk disini
Mee Goreng Basah...memang aq rekomen ssgt......
Mee Goreng Basah - RM8.90
Bihun Tomyam - RM9.90
 Coklat Panas - RM3.00
Teh Tarik - RM2.50

Bihun tomyam untuk aq....

Muka puas dah kekenyangan....

Senarai harga - air

Senarai harga - makanan

Total makanan...

Public Toilet pun ada...



Di sini ramai pencinta haiwan serangga mengambil gambar....
Taman Lady Guillemard
Selepas itu dalam jam 1.30 ptg kami mula turun menuju ke Tanjung Malim...
Meninggalkan Bukit Fraser yang penuh kedamaian dan kehijauan alam semulajadi nya....
HB kapan kita ke sini lagi...Kalau boleh kita bermalam disini dan berjalan jalan meninjau alam semulajadi nya di banyak tempat lagi yang belum kita jelajahi.
Disebabkan kawasan nya yang sunyi tu baik kami turun dahulu la ye...
Bai bai Bukit Fraser....
Apa - apa pun Korang
Layan Je....

Lempeng Kelapa Bersama Sambal Sardin Pembukaan Cerita 2020

Hari minggu yang lalu... Aq sediakan sarapan pagi untuk mereka iaitu lempeng kelapa dengan sambal sardin.. Masakan ini juga pembukaan cerita masakan ku untuk permulaan tahun 2020.
Seawal pagi aq sudah pun bangun untuk menyediakan lempeng kelapa....

Lempeng Kelapa dengan sambal sardin...

Ku campur semua bahan bahan untuk sebatikan...

Bila dah sebati, ku blender lagi untuk mendapatkan aduan yang lebih halus....

Ku guna non stick pan je...tutup dengan tudung periuk untuk cepat garing....


dah pun siap....

Mereka lebih suka garing begini terpulang pada korang la ye nak macam mana cara masaknya tu

Resepi Lempeng Kelapa
~ Tepung Gandum
~ Kelapa Parut
~ Santan Kotak
~ Sesudu Gula
~ Garam
~ Air
~ Telur 1 biji

~Kacau sebati tengok pada kepekatan adunan lepas tu blander...

30 December 2019

JJCM @ Pulut Durian Pak Yeop Corner Changkat Jering

Habis dah jelajah makan di Penang,
Dalam perjalanan pulang.. melalui Jalan lama Changkat Jering ke Beruas. Singgah di Warung Pak Yeop Corner. Sudah semestinya kita mencuba Pulut Durian la ye...
Terletak di Changkat Jering dekat dah nak ke susur Tol Changkat Jering.


Selain pulut durian ada juga makanan lain....


RM8.00 se set.

Tak sempat nk tangkap...sampai je terus ngap...
Baru teringat nk ambil gambar.
Dalam set tu ada pulut, durian dalam 6 ketul, semangkuk kecik santan.
Gula pula diletak kan balang...terpulang banyak mana nak ambil....
Ok...dah kenyang kan...Jom balik
Perjalanan jauh lagi ni nk ke KL pula...
Apa apa pun Korang
Layan Je..

JJCM @ Kuih Cakoi & Pau Goreng Kampung Melayu Ayer Itam

Berhadapan dengan Nasi Kandar Kampung Melayu ni
ada 3 orang anak muda menjual kuih Cakoi dan Pau goreng.
Lepas je makan nasi kandar aq ke gerai mereka.
Tengok kuih cakoi n pau goreng mereka...Macam best je kan....


Anak muda ni malu bila Nadia snap gambar dia...
Hehehe....

Sorang melayang pelanggan
sorang lagi tukang goreng

Yang ni kuih cakoi...makan dengan kuah kacang
Rasa sedap sangat...Rugi ye kalau dah datang sini tak mencuba kuih mereka.
Yang lagi 1 tu pau coklat....

Yang ni pau goreng tabur coklat....

Harga
Cakoi RM1 sebatang beli 6 batang dapat RM5
Pau Kacang / Pau Coklat RM5 = 3 biji (Blh campo)

Yang ni pau kacang..
Sedap dan lembut sangat puas la makan
Sebiji ni besar tau boleh kongsi 2 orang
Jadi jangan lepas kan peluang kalau dah datang di Nasi Kandar Kampung Melayu boleh la singgah di gerai anak muda ni.
Selain gerai cakoi ni ada juga gerai apam balik...yang nipis dan juga yang tebal.
Rasa sedap sangat menurut kata SIL aq.
Bila aq nak p beli...gerai pun dh ditutup kerana ada tempahan kenduri kawen. Selalunya kul 1.00 pm baru tutup menurut kata anak muda yang jual cakoi ni.
Takpe la takde rezeki. Lain kali kita p cuba lagi ye...
Apa apa pun Korang
Layan Je...

JJCM @ Nasi Kandar Kampung Melayu Ayer Itam

Disebabkan kepala tin tong lagi...mana taknya tido kul 2.00 pagi....
Jadi bila bangun jam 7.30 pagi...tunggu yang lain lain bersiap...kami check out jam 9.00pg...
Konon nak makan di Gerai Abang & Adik area Permatang Pauh..
Bila tengok waze tah mana dia bawa...haish pening...
Dok pikir baik kita ke Nasi Kandar Kampung Melayu je...
Senang makan pagi memerangkap makan tenghari sekali....
1 lagi cabaran disini ialah tempat parking yang amat terhad, maklumla Nasi Kandar ni di bawah Flat Kampung Melayu kan....


Barisan lauk lauk yang mengoda kalbu....
Diet...lupakan sebentar ye...


Gigih weh beratur demi sepinggan nasi....


Kami ber3 je yang berbaris... yang lain mana...
Harus la cari tempat duduk kan....

Sibuk benar pekerja tu....


Roti Canai...sedap RM1 sekeping...Wajib cuba ye...


Ni pinggan kami 4 beranak...
Pinggan Alif takde coz dok meja dengan atok....


Licin weh...Teh ais sedap benar....
Kaw..kaw....

Harga makanan....
Semua sekali RM38.00 sahaja...
Murah kan....
Ok dah kenyang jom balik..
Kesian ramai lagi dok menunggu meja...
Jangan la dok berlama ye...kesian kat yang lain...
Orang tua, yg bawa anak kecik tu berdiri tunggu turn meja...
Apa - apa pun Korang
Layan Je...

JJCM @ Kompleks Medan Renong Padang Kota Lama Penang


Percutian singkat tanpa di rancang bersama keluarga kecil ku pada 28/12/2019.
Penutup percutian kami pada tahun 2019.
Kali ini kami sepakat ingin ke Pulau Mutiara. 
Konon nak main redah je kan....
Kami bertolak dari Bota dalam jam 7.00 malam dan sampai di Penang dalam jam 9.00 mlm...
Punya la jem nak masuk ke Medan Renong Padang Kota...Parking punya la susah...setelah 2 kali pusing baru la jumpa parking dah la jalan di sana kebanyak kan nya sehala.
Dah gigih cari parking, lagi 1 cabaran ialah tempat duduk nak makan.
Punya la ramai orang kena menunggu la...
Dan berbaris panjang untuk mendapat kan sepinggan pasembor ni.
Aq memilih gerai Hussain  Pasembur.


Gerai sotong bakar pun ada..



Keluarga kecik ku pada malam ini...semua ada...
Kecuali Fatahul je yang takde...




Harga Pasembur ni
Sebelah kiri atas - RM22.00 SIL punya
Sebelah kanan atas - RM33.00 aq punya
Sebelah kiri bawah - RM45.00 Iqhwan punya
Kerang & 2 pinggan sotong bakar - RM57.00
Seronok sebenarnya makan beramai ramai ni....
Selepas makan dalam jam 11.30 kami decide nak cari hotel...tempat nk ting tong malam ni.
Nasib kami tak berapa baik kerana semua hotel di area Georgetown semua nya penuh...
Jadi kami terpaksa keluar pulau dan menuju ke Seberang Perai disitu hotel masih banyak yang kosong. Jadi kepada sesiapa yang nak menginap di area Geoargetown baik korang buat booking awal2...jangan main terjah je...
Sudah nya jam 1.00 pg baru la kami dapat check in di hotel D Garden Hotel Seberang Perai...
Esok kita sambung JJCM lagi ye...dimana tu...
Tunggu......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...