23 February 2020

Latihan Badminton Kali Ke 4

Habis je bersenam di tasik, apa lagi merempit la balik rumah.
Pergi ke Pejabat JMB nak tukar sticker & parking kad kereta.
Kang tak memasal kereta kena kunci.
Habis je balik rumah mandi bersiap. Get ready nak ke latihan badminton Alif untuk kali ke 4.
Kali ni bertempat ni Dewan Kg Cheras Baru.
Makin jauh pulak... Letih mak...
Kadang kala Alf sampai takde mood dah nak main...
Janji tak betul pihak penganjur ni...
Latihan kali ni pada jam 11.00 - 1.00 petang.
Pergi hb hantar, balik kena la naik grab...
Erm....Masa tunggu Alif ya Allah punya la mengantuk...
Mengantuk... mengantuk nak tidur mana..
Didi & Friend... Ketawa Alif bila dengar mama nyanyi kan...
Hahahaha....




Boleh la kan. Makin lama Alif dah ada keyakinan untuk bermain badminton...
Kita asah bakat ye sayang mama...
Erm...habis je...
Balik rumah... kita rehat kan diri je malam ni...
Tak pergi ke mana mana...
Layan...

Brisk Walk 2020

Sabtu pagi, aq dan kawan kawan yang lain ke Taman Tasik Permaisuri kerana disitu ada program Brisk Walk 2020. Aq tak joi pun program ni. Peserta program ni memang dah daftar lama.
Erm... takpe la aq ke sini hanya untuk bersenam beramai ramai bersama Coach kesayangan Kak Herni. Kak Herni kata adala dalam 20-30 minit je. Erm... ok la kan...
Ada gak keluar peluh pagi minggu kan...



Antara kawan kawan yang hadir....
Kak Herni, Kak Ani, Kiah & Kak Linda...

Sebelum kuar peluh achem...kita selfie dulu....

AE Aerodance Group...



Ramai kan yang hadir. Mengikut kata pengacara adalah dalam 350 peserta.....



Bila dah habis...kita bersua photo dulu bersama Kak Herni..
Jom balik lepas ni ada lagi aktiviti kami...
Sabtu yang sibuk...
Kih...kih...kih...
Layan...

Aerodance Bersama Coach Azam

Setelah 2 minggu aq tidak menghadiri mana mana kelas aerodance / zumba.. Mood bercuti masih ada lagi kan... Lagi pun kekangan kerja yang banyak bertimbu... memang memenatkan... Lemau rasa badan. Jadi hari jumaat lepas 21/02/20 ada kelas Coach Azam di Komuniti Bandar Tun Razak. jam 9.00 malam. Ok la lagi pun esok sabtu cuti kan... Boleh la....
Macam biasa mungkin coach ni salah sorang coach kegemaran aq kan...
Ada juga step yang aq memang dah biasa buat..
Jadi... Jom...


Me & Kiah je malam ni...




Yeah... ada kawan kawan yang memang dah aq kenali. Ada tu yang pertama kali jumpa.
Tapi apa apa pun mereka sporting je...
Aq...Layan Je...
Jom korang mana yang berkelapangan tu sudi sudi lah ke Komuniti Bandar Tun Razak Tingkat 7, Gym 1 Malaysia... Jam 9.00 malam...
Layan....

20 February 2020

Bihun Goreng Tomyam Seafood

Dinner untuk malam ini...
Bihun goreng tomyam seafood.
Jom layan...




Alhamdulillah...
Hb & anak anak suka sangat...
Jom layan resepi cara aq....

RESEPI BIHUN GORENG TOMYAM SEAFOOD

Sebungkus bihun (jenama jasmine) direndam
2 ulas bawang putih di cincang
2 sudu cili kisar
2 sudu chicken stok maggi
1 paket perencah tomyam adabi
1 biji kiub tomyam
1 sudu sos tiram
2 susu maggi sesedap rasa
3 ekor sotong
1 biji bawang holen
Karot
Kobis
Sawi
Daun limau purut
1 biji buah tomato
1 biji limau nipis - ambil air
Sebatang serai di hiris kasar
Cili api - kalau nak pedas

CARA - CARA

Tumis bawang putih dan serai
Masukan cili kisar
Masukan semua sos, pes tomayam, kiub tomyam kecuali sesedap rasa
Masukan sotong , bawang holen
Masukan 3 cawan air (cawan ikea - in sha Allah tak lembik tak keras)
Masukan sayur, daun limau & air limau
Masukan bihun
Jangan digodak ye...nanti bihun hancur
Sesekali balik kan
Last masuk kan sesedap rasa
Rasakan garam....
Siap...

Note : kalau ada daun ketumbar boleh dipatah patah kan.. masuk bersama sayur tadi.
Di kedai takde ketumbar so aq tak letak...
Tabur kan dengan daun ketumbar yang dihiris halus...
Sebabkan takde aq tabur dengan daun sup je....

Percutian Ke Kota Kinabalu ~ Day 4 & 5

Hari ke 4 & ke 5 di Kota Kinabalu.
Tak ada apa yang menarik.
Plan asal nak ke Pulau Manukan tapi disebabkan hb tak berapa sihat, 
percutian ke pulau dibatalkan...
Selepas bersarapan di hotel kami pusing bandar KK saja.
Terus mencari car wash untuk mencuci kereta. 
Walaupun ini kereta sewa tak sampai hati pula nak pulang kan kereta dengan keadaan kotor...
Kesian ownerkan....
selepas tu kami pulang ke hotel...
Nadia pula keluar bersama Shaf...
Bila tengahari kami makan di mana entah la ku tak pasti...

 Rasa.. bagi aq tak menepati citarasa ku....
Maaf...
Bila waktu malam kami pusing di pasar malam biasala kan
Tujuan mesti la mencari cenderahati, kerongsang mutiara...
Jom layan...


 Brooch RM15 - 2 pasang....


 Butang baju melayu 3 - RM20.00

 Gelang dalam RM25- RM40

 Keronsang kecil RM35.00
Tapi pasar malam / pasar pagi RM30 je...
Rugi...huhuhuhu....


 Kerongsang kecil 13 biji RM10.00

Gelang - RM25.00

 Gelang - RM15.00
Halus hati hati jangan putus

Hasil jalaan.......


PERBELANJAAN HARI KE 4 & 5 (RM711.50)

Mutiara / Kerongsang - 300.00
Makan - 237.50
Car wash - 15.00
Massage - 60.00
Bas TBS - 53.00
Grab - 36.00
Musk - 10.00

BAJET PERCUTIAN DI KUNDASANG 5D4N (RM4,311.48)

Day 1 - 276.00
Day 2 - 367.30
Day 3 - 282.90
Day 4/5 - 711.50
Flight 4 orang - 1,214.28
Flight Nadia - 427.00
Myvi 4 hari + 3 jam - 470.00
Kiram's Village 2 malam - 300.00
Hotel Yomi 2 malam berserta sarapan - 262.50

Ini adalah perbelanjaan +- RM4,311.48 selama 5 hari 4 malam untuk 5 orang.
Kalau kawan kawan mungkin pandai bajet mungkin akan dapat kurang dari perbelanjaan ku.
Kalau nak jimat lagi rasanya booking la homestay yang ada dapur..
Boleh la masak sendiri kan jika pergi berkeluarga..lebih jimat.
Macam percutian ku yang mula mula sekali aq lebih gemar memasak bersama kakak ipar.
Terpulang pada kawan kawan...
Selera masing masing kan.
Ku harap dengan perkongsian ini dapat memberi serba sedikit gambaran kepada yang ingin ber kunjung ke Kundasang....
Lagi 1 mula mula aq berasa takut untuk membeli kerongsang dengan handcarry tetapi in sha Allah kastam ok je...
Aq tak booking luggage / kargo pun..semua nya handcarry. Dah nama percutian bajet jadi kita kena minimize  seboleh mungkin...
Selamat Bercuti...
TAMAT sudah... Layan...


Tips Of Borneo Tanjung Simpang Mengayau @ Kudat ~ Day 3


Setelah menempuh perjalanan selama 3 jam dari Kundasang ke Kudat, akhirnya kami sampai juga di Tanjung Simpang Mengayau atau dikenali sebagai Tips Of Borneo.
Ini bermakna sudah 2 kali juga kami sampai ke sini.
Kenapa aq sangguh menempuh perjalanan yang jauh untuk ke sini...
lihat lah keindahan ciptaan tuhan ni... sungguh mendamaikan ...
Dikejauhan sudah nampak globe tu.... mercu tanda Tips of Borneo...


Jauh juga la nak menapak dari parking kereta untuk sampai ke globe tu..


Lihat ini Laut China Selatan...






Akhirnya sampai juga aq ke sini...
Selalu lihat dalam peta je kan....

Kiri - Laut China Selatan
Kanan - Laut Sulu



Laut Sulu

Laut China Selatan



Dah puas bergambar.. jom balik...
Perjalanan diteruskan ke Pekan Kudat...
Untuk menikmati makan tengahari...
Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke KK pula...
Sampai di KK jam sudah pun pukul 7.00 malam..
Aq memilih Yomi Hotel kerana hotel ni strategik berdekatan dengan pasar malam, pasar filipine dan juga kedai kedai yang lain....
Esok kita cerita dimana kita berada....
Layan...
Jom......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...