14 December 2023

Happy Birthday Fatahul Yang ke 21 Tahun @ 05/10/2023

 Happy birthday abg....
Hari ni 05/10/2023. Mama tak dapat menyambutnya kerana abg masih di dalam latihan PUSASDA...
Takpe la nanti kita jumpa...kita sambut bersama ye....
Mama ucapkan semoga abg selamat sihat berbahagia panjang umur dan dimurah kan rezeki nya...


















Mama rindu abg..... Semoga sihat sihat sahaja...
Amiin....



Teman Kakak Interview SPP @ Putrajaya 09/08/2023

 Hari ni 09 Ogos 2023. Kakak ada temuduga SPP di Putrajaya..
Alhamdulillah kakak berjaya ke sesi temuduga...

Sesi temuduga jam 8.00 pagi. Dalam pukul 6.30 pagi kami dah bertolak dari rumah.
Saja bertolak awal..takut nanti takde parking. Lagi pun datang awal ni boleh la tenangkan fikiran dan minda kan.



Perjalanan kakak melangkah ke bilik temuduga... Semoga ada sinar buat kakak.
Ibu bapa atau pun peneman boleh la menuggu di Cafe kat situ... Ramai orang menunggu disitu...sambil sarapan pagi dan berborak...

Aku dan Emma jalan jalan di luar kawasan bangunan sambil menunggu Ila ambil order nya iaitu apam pisang dan juga cheese tart... Cuaca cantik hari ni...Cerah je...



Kami bersua photo dulu....


Ila dah datang.... Ila tetap macam dulu.....
Terima kasih Ila beli kuih dengan akk... Ada masa kita jumpa lagi......

Balik dari temuduga tu aq dan Emma ke IOI Mall Putrajaya... Saja jalan jalan... 
Sebabnya hari bekerja tak la ramai orang kat IOI kan...

Singgah di kedai kesukaan ku.... Dah aim dah 1 beg ni.... erm nanti la ye.....

Alhamdulillah akhirnya keputusan temuduga hari tu dah pun keluar...
Kakak berjaya... cuma nya dimana penempatan tu belum diumumkan lagi...
Takpe la janji dah tahu kan...


Selamat menjadi warga pendidik kakak.....







Hari Pertama di PUSASDA ( Pusat Latihan Asas Tentera Darat)

 

Assalammualaikum....
Dah la aq tak mengupdated blog kesayangan ku ini... kadang rasa malas kadang takde masa nak buat...
Tapi bila tengok kat galeri hp banyak nya gambar sayang nanti kalau terdelete kerana setiap gambar tu ada memori nya yang tersendiri.....
Cerita pertama aku untuk pembukaan kali ni... mungkin cerita seterusnya akan jadi caca marba gitu la ye.....
Pada 12/07/2023 hari rabu seawal jam 5.00 pagi kami dah bertolak dari KL ke Port Dickson... 
Alhamdulillah Fatahul diterima masuk menjadi Perajurit Muda siri ke 198/23. Beliau akan menjalani latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat atau singkatannya PUSASDA. 
Ni kira lapor diri je baru belum lagi diterima sepenuhnya menjadi perajurit muda ye...kena angkat sumpah dulu baru la sah menjadi PM dan seterusnya menjalani latihan ketenteraan....
Hari angkat sumpah iaitu 24/07/2023 hari isnin.... berdebar aq menunggu panggilan telephone dari Fatahul. seawal jam 6.00pagi Fatahul call.... 
Fatahul : Hello mama, ni orang ni....
Alangkah gembira nya hati dah seminggu tak mendengar suara nya....
Fatahul pun bercerita la hari ni dia dapat hp, hari ni saja sebab hari angkat sumpah.
Jangan la nanti ada yang kata boleh guna hp ke.... Hanya hari angkat sumpah sahaja ye...dari pagi sampai tengahari untuk anak anak call ibu bapa masing masing... Dah tengahari hp akan dipulangkan semula dan bermula la angkat sumpah... Masa ni anak anak dah pakai baju celoreng celoreng nampak la anak anak yang selfie hantar ke keluarga masing masing.... 

Kalau yang tanya ada ke anak anak yang ditolak...ye ada atas beberapa faktor... mungkin kesihatan tidah mengizinkan mereka untuk mengikuti latihan atau mungkin yang tidak berminat (sampai PUSASDA dah berubah hati ke) 

Ok la cukup cerita mengenai angkat sumpah... sambung balik cerita mengenai pendaftaran.

Kalau ibu bapa datang awal dapat la parking kereta di sebelah masjid ni sebelah ye bukan yang dalam kawasan masjid tu...tu terhad je.....

Sebabkan lapor diri Fatahul seawal jam 8.00 pagi jadi tak la ramai orang...
Lapor diri ni berperingkat ye.... dah di bahagiakan dalam group group dulu...
Masa ni Fatahul masuk kumpulan Bravo.... 
Mereka dibahagikan dalam 5 kumpulan... Alpha, Bravo, Charlie, Delta & Echo.
Ikut abjad tau....
Nanti dah masuk PUSASDA mereka akan rombak balik campur campur semua negeri...
Sebelum sampai sini...mereka dah pun di invite ke group Whatsapp... dari situ setiap info akan disalurkan... dan ada yang berkenal juga la....

Kami tak lupa mengabadikan gambar kenang kenangan bersama...
Masa ni boleh tahan saiz Fatahul XL...muka bulat.... Nanti korang tengok cerita aku yang lain...kurus dah......






Siap dah bergambar kat sini kami bergerak ke Padang Kawad di sebelah masjid tu...

Belakang tu masjid.....

Anak anak diminta berkumpul diatas..... Beg diletakan dibawah tu...
Masa ni acara spotcheck dokumen... Macam pegawai tu akan tanya ic, surat beranak, sijil spm..
Ni semua ori ye....tu yang mereka tunjuk tu.....
Pasal dokumen nya pula memang banyak kot nak cerita penat...hehehehe.....
Dah siap check mereka diberi masa 10 minit untuk berjumpa dengan yang tersayang sebelum diarahkan naik bas atau truck ke Company masing masing.....

Berlari Fatahul mencari kami...
Selepas bersalam salaman...kami berpisah........

Dikejauhan aq melihat Fatahul...Aq zoom kan gambar...Nampak beg ECO merah dia tu....


Tu nampak Fatahul melihat kami...melambai ke arah kami buat kali terakhir sebelum menaiki bas yang disediakan... Selepas bas berlalu pergi...kami pun meninggalkan padang kawad.
Perjalanan diteruskan ke KL. Mata mengantuk berat.... Mata tak nya seawal jam 4.00 pagi dah bangun... Jumpa lagi abg.....

Yang gambar pengkongsian rakan aq... anak buah nya lapor diri sama macam Fatahul.
Tapi anak buah nya naik truck askar ke Port Dickson. 
Masa ni kat depan Aman Jaya depan Mydin Meru Ipoh.
Nampak wajah gembira mereka... Wajah sedih kerana terpisah dengan keluarga...
Demi cita cita dan masa hadapan kamu...kami ibu bapa, tunang, isteri dan anak anak terpaksa merelakan pemergian mereka... 
Semoga beroleh kejayaan.....















20 April 2023

Biskut Coklat Chip Azlina Ina

 Semalam bos kata 3.45pm dah boleh balik....
Nadia pula ajak makan kat luar lagi.
Jadi sampai je rumah terus keluarkan butter. Biskut yang paling mudah tak payah nk pikir kecik besar tekan guna acuan bagai..... Ya.... biskut coklat chip la jadi nya...
Biskut ni memang mudah dan menjadi kegemaran anak anak kalau masa raya nanti....
Selalunya biskut ni akan habis dulu....


Sudu kan saiz sebesar guli... kalau besar nanti biskut ni melebar besar pula....
Jom kita tengok resepi biskut coklat chip ni....

BISKUT COKLAT CHIP AZLINA INA

* 250gm butter
* 1 cawan gula perang ( aku kurangkan sikit)
* 1 biji telur
* sedikit esen vanilla
** 3 cawan tepung gandum
** 1 sudu besar tepung beras
** 1 sdk baking powder
** 1 sdk soda bikarbonat
** bahan yang di ayak sekali
*** 1/2 cawan minyak
* coklat chip 1 cawan
* badam cincang (aku tak letak)

CARA CARA NYA

* Pukul butter dengan gula perang, bila sebati masuk kan telur dan esen vanilla
* Masuk kan bahan yang di ayak
* Masuk kan coklat chip
* Akhir sekali masuk kan minyak
* Simpan adunan dalam peti sejuk dalam 1/2 jam 
* Sudu kan adunan besar sikit dari saiz guli
* Bakar dengan suhu 170 selama 25 minit....
* Aku suka bakar garing... nanti ranggup sikit....

Menu 26 Ramadhan 1444H @ 17/04/2023

Salam Ramadhan....
Hari ni kebetulan hari lahir Nadia.... Aku ajak mereka berbuka kat luar... Tapi lepas isyak la..
Masa berbuka aku dah serik nak makan kt kedai... Lebih baik berbuka kat rumah dulu....
Dah solat baru la pergi ke kedai....


Sambung balik makan kek Emma

Bubur lambuk ada baki aku panaskan....

Gulai ikan tongkol baki semalam panaskan balik

Ayam percik Kak Ani...yang ni aku kukus..... Harum semerbak....

Jadi la 
Ni semua lauk semalam....
Lepas berbuka solat, kami ke C10 Food Court....
Belanja sempena hari jadi Nadia...
Happy Birthday Kakak yang ke 24 tahun......

 

Menu 25 Ramadhan 1444H @ 16/07/2023

Salam Ramadhan....
Hari ahad... Alhamdulillah hari ni banyak betul rezeki yang datang....

Kek batik pemberian Emma... Tersangkut kat pengantung S kat grill aku....
Rupanya Emma kirim kat Alisya untuk hantar kat aku...

Yang ni pula menu hari ni...
Ayam percik dan buah melaka pemberian Kak Ani.
Ayam percik aku simpan...sebab kami dah ada lauk yang lain..
Ayam masak lemak pemberian Ina....
Aku pula masak gulai ikan tongkol, sayur kobis panjang, telur dadar dan juga kacang kuda....
Hari ni dapat juga bubur lambuk Surau Al Amin....
Alhamdulillah.... Jangan lupa bersyukur...

 

Daging Masak Hitam Berempah

 Daging masak hitam berempah....
Menu ke 2 lauk raya yang aku jadikan frozen...Lauk ni permintaan Nadia...
Alif pun suka juga.... tapi kalau termakan bintang (bunga lawang) tu yang Alif tak suka...
Kalau tergigit buah pelaga ke, kulit kayu manis... potong stim nak makan kata Nadia....
Ye la tapi kalau tak letak 4 sekawan tu mana ada feel masak hitam ni kan....
Nak tak nak kena la bubuh juga....
Ni aku masak lepas berbuka..... nasi berbuka ada sikit lagi...
Bila dah siap masak... anak anak apa lagi...habiskan la nasi makan bersama lauk ni...
Sedap kata Alif ngn Nadia...


Minyak berlinang ni aku ceduk buang la... Masak ni kalau kurang minyak tak feel....
Baru la sedap rempah rempahnya garing sebatikan....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...