25 March 2024

Bazar Ramadhan Di Changkat Jering @ 23/03/2024 Sabtu

 Hari sabtu lepas je bersahur, kami bersiap siap balik kampung...
Dah 2x balik kampung dalam bulan puasa ni... takpe la teman mak berbuka...
Kesian lak kat mak kalau anak anak tak balik takde la mak nk makan yang istimewa sikit kan...
Sapa pula nak beli untuk mak...
Abg dan SIL dan balik dah hari jumaat. Sampai ke Bagan Serai mencari juadah berbuka... mentang mentang la highway WCE dari Beruas ke Changkat Jering tu free kan....

Sampai je kat kampung dalam jam 12 tengahari...aq lelap dulu sebab pagi tadi dah telan ubat selsema...
Bersin la sebab makan bihun goreng tu aq letak udang kering...
Haaaaa rasakan....
Dalam jam 3.30 petang aq ke Changkat Jering...
Dah tau dah... nak beli apa....
Hari tu dah terkena tak kan la terkena kali ke 2 kan...
Hehehe....

Aq beli ABC RM5 hari dah beli sedap sangat ni beli la lagi


Satay ayam / daging/ perut RM1.00



Air Balang
Kecil RM4, besar RM6

Lemang pun ada.... lemang kan sini sedap tau







Comei kan apam apam kartun ni....

Ni disebelah luar pula... masa ni pengunjung tak ramai lagi mungkin dalam kul 5 baru ramai kot..









Donut susu 
Aq rekemon sangat sedap
Ni penjual yang disebelah luar... pakai khemah tu

Karipap yang dalam kertas tu karipap sardin RM3 ada 5 pcs
Pun sedap juga.... yang tepi tu karipap kentang


HB beli kuih wadai... mereka kata sedap...

Air tembikai ni pun sedap pekat tak la rasa sirap je


Siap membeli aq pun balik ke Bota.... Dalam perjalanan aq terima mesej dari J2 Optometry.
Katanya spek aq dah siap... jadi nya dari Changkat Jering terus ke Sitiawan melalui WCE.
Perjalanan menjadi mudah dan cepat.....



Menu 11 Ramadhan 1445H @ 22/03/2024 Jumaat

 Salam ramadhan...
Bangun pagi ni kepala berpusing... diam sekejap atas katil...
Bila dah rasa ok sikit... aq ke dapur... dari semalam lagi dah plan nak masak mee goreng basah untuk bersahur... masak sambil melayan kepala yang berpusing...

Aq makan sedikit je memang tak boleh telan.
Separuh je aq makan tengok selera tapi tekak tak leh terima...
Lepas makan, aq telan panadol actifast sebiji... lepas tu lelapkan mata sekejap....
Ingat nak mc hari ni... erm...bangun pagi badan rasa ok sikit...
Mandi siap siap p kerja...

Mee goreng basah 
Tengok Nadia & Alif laju je makan...
Berselera mereka...

Menu berbuka untuk petang jumaat...
Disebabkan esok kami nak balik kampung, jadi aq tak nak la masak banyak banyak menu...
Simple dah la tak penuh peti sejuk dengan makanan yang tak habis nanti....

Ni je menu aq...

Bihun goreng....
Tawar sikit bihun goreng aq ni...esok nya masih ada berbaki aq panas kan untuk sahur,,, letak sikit garam... Baru la syok makan...

Yang ni nasi ayam goreng kunyit pemberian Nana jiran sebelah rumah dengan 3 biji kurma...
Rasanya ni pun Nana dapat dari orang sedekah ni....

Kuih kasturi berbaki 5 ketul goreng je la..."
Potong sebiji buah mangga...
Ok settle menu macam ni...
Malam lepas je isyak aq dah tidur awal... selepas makan ubat...
Lena tidur ku sehingga la bangun sahur esok nya....
#janganlupabersyukur


22 March 2024

Menu 10 Ramadhan 1445H @ 21/03/2024 Khamis

 Salam ramdhan.... Hari ni puasa yang ke 10...
Sekejap je masa berlalu...lagi 20 hari nak rayakan...

Pagi ni menu bersahur aq cuma la 2 keping roti yang ku sapu dengan jem strawberry dan juga peanut butter. Bersama sama dengan semug vivo...

Semug vico dan 2 keping roti gandum


Selamat berbuka puasa korang.... 
Menu apa korang hari ni.....

Hari ni sempat lagi aq singgah kat Hero beli barang sikit...
Sampai rumah dah jam 5.45 petang...
Lepas cuci bersih ayam tu semua... aq mula la memasak....

2 jenis menu je hari ni....

Ayam masak kicap

Brokoli tumis sos tiram

Balik je kerja hb beli roti john....
Roti john ni memang kesukaan Alif...

Tak lupa...hb beli ayam popcorn...
Ni pun sama memang kegemaran anak anak la berbuka berlauk kan chicken pop corn

Tembikai...
Ni last dah...hari hari makan tembikai.... 
Clearkan stock tembikai dalam esbox... hehehehe...

Kak ipar kata hari ni tak masak ada majlis berbuka puasa. 
Untung diorg ni selalu ada jemputan berbuka puasa.....



Ni je menu yang dia hantar... diet kot tunjuk kt aq makan buah je...
Ye la sangat tu... Padahal penuh lagi lauk atas meja tu...
Apa apa pun syukuri nikmat yang Allah berikan....
#janganlupabersyukur

21 March 2024

Makan di Medan Selera BTR dan Bayu Malam Bagan Lalang.

Hari sabtu sebelum puasa kami ke Medan selera Bandar Tun Razak. 
Pergi ber 2 dengan Nadia. Lepas makan tu plan nak ke Lotus Taman Midah pula...

Aq makan bihun kari RM7.00

Pada sebelah petangnya kami ke Bayu Malam Bagan Lalang. Dah lama tak makan kat situ....
Ramainya tengok orang yang camping kat situ... Hari sabtu kan jadi ada yang mengambil kesempatan untuk bercamping bersama keluarga dan kawan kawan... Kami sampai kat Bayu Malam dalam jam 6.30 petang... Masa ni tak ramai orang sangat tapi lepas je jam 7.00 malam orang dah berpusu pusu datang untuk menjamu selera kat sini...... Sekejap je penuh dah tempat tu...

Sabar menunggu makanan...


Menu yang kami order untuk 5 jenis ni RM175.00
Aq order siakap masak pedas, udang goreng butter, sotong goreng tepung, kerang bakar dan juga pepahat masak sos telur... 
Nanti mereka akan bagi kicap cili ni...sedap ooo kicap ni buat cicah gorengan.

Roti Jala ~ Permintaan Cikgu SMK P Bandaraya

Order sebelum puasa...
Cikgu kat sek Nadia nak kan roti jala untuk dijadikan potluck kt sekolah. 
Macam biasa la selalu roti jala aq kira untuk sekilo tepung aq tak juga sekeping keping kecuali pack kecil tu je...

Macam ni RM4 ada 6 keping dan juga kari ayam + kentang

Yang ni aq kira sekilo tepung dapat dalam 80-85 pcs dan juga kuah kari ayam + kentang.
Kali ni cikgu nak kuah biar lebih sikit.... Hari tu tak cukup kata nya....
Balik je sekolah aq tny pada Nadia...kuah tu cukup tak...Nadia kata cukup ada lebih sikit2 tapi roti jala habis... Macam ni aq kira RM60 untuk 1 set roti jala dan juga kuah kari ayam + kentang.

 

Makan Di RHB Permaisuri

Hari ahad lepas cerita sebelum bulan puasa....
Aq bagitau hb teringin nak makan nasi kandar... tapi makan kat Hajris je la...
 

Ni nasi aq... 
Nasi separuh, telur ikan, telur sotong dan juga sayur kobis, teh ais....

Manakala hb makan roti telur dan teh ais manakala Alif makan roti nan cheese dan juga horlick ais...
Kesemua makanan kami berjumlah RM45.00
Sesekali boleh la makan dengan harga macam ni kan...
Kot selalu tumpor la....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...