02 July 2024

Selamat Hari Raya Qurban 2024 M - 1445H @ 17/06/2024

Selamat Menyambut Hari Raya Qurban....
Tahun ni aq tak balik ke kampung.. Raya kat KL je...
Ramai juga kawan kawan yang tak balik ke kampung.
Semua pakat beraya kat sini je... 




Tahun ni sebanyak 4 ekor lembu yang akan menjadi qurban kat Surat Al Amin.
Cukup la banyak tu... tu pun penat juga nak mengerjakannya...


4 ekor lembu yang akan di qurban kan...

Aq di antara barisan crew atau pun pertugas kat Surau Al Amin ni...



Bersama kawan kawan yang tak balik kampung...







Bersama barisan AJK perempuan...
Aq bukan ajk surau, tapi aq ikut join mereka...
Hehehe...

Bersama pengerusi Surau Al Amin.... Tuan Ku Nazri

Kita masak ye.... nanti tengahari boleh makan bersama..

Khusyuk mendengar taklimat dari pengerusi surau

Daftar nama...ambil daging qurban

Menu yang dimasak untuk makan tengahari...

Sedap...dapa makan daging fresh...

Sup tulang...

Kali ni raya haji Fatahul pun tak dapat balik untuk beraya...
Beraya bersama sama dengan rakan rakan nya di 18 Melayu....

Kat dalam masjid... nak solat raya

Dengan rakan seperjuangan...
Kata Fatahul kat Masjid Al-Ansar Kem Seri Pantai ni sebanyak 8 ekor lembu dan 14 ekor kambing dijadikan qurban... ni la 1st time orang mengerjakan ibadah qurban dengan kawan kawan yang lain... 
Melapah daging.... tengok daging, perut, hati, limpa kata nya....
Seronok tapi penat juga la....
Mmg la penat kan..kat sini 4 ekor pun dah letih ni kan banyak macam tu....

Alhamdulillah... siap dah perjalanan hari raya qurban kami masing masing...


14 June 2024

Makan Hari Jumaat @ 14/06/2024

 

Hari ni aq bersarapan kat rumah je...
Hari ni bos nak belanja lunch. Jadinya aq makan yang ringan ringan je la

Sarapan pagi semangkuk tembikai dan nenas

Manakala makan tenghari kami ialah KFC.
Kenyang weh makan ayam 2 ketul je pun...

Yang ni buah kiwi dan nenas...Untuk snacking aq....
Alhamdulillah perut kenyang




Makan Malam Di 501 Tomyam Taman Tenaga

 Kami makan kat 501 Tomyam Taman Tenaga.
Kalau dulu namanya Saiful Tomyam...
Kadang bila dah sampai kedai pening juga memikirkan apa la yang nak dimakan nanti....

Aq memilih nasi goreng ikan masin


Hb nasi goreng biasa

Alif nasi goreng cili api

Untuk Nadia, aq bungkus kan Mee Bandung Seafood Pedas...
Ok la dah makan balik je...mata pun dah ngantuk ni..

Creampuff Order By Miza

Pada sebelah malam nya...sampai je rumah apa lagi terus la buat creampuff....
Inti nya aq dah buat siap siap...
Dalam kul 8.15 macam siap la 2 kotak creampuff... 



Siap je terus hantar ke rumah Miza.
Dah alang alang keluar hb ajak makan kat luar pula...
Jom makan kat Teman Tenaga kata nya....

Bekalan Hari Khamis @ 13/06/2024

 Bekalan hari khamis.....
Hari sarapan pagi aq makan sekeping roti dan juga telur mata dan semug coffee...


Manakala makan tengahari pula aq makan nasi putih, ikan siakap masak asam dan buncis tumis telur

Simple je sesekali ikan masak asam...sedap oooo

Hari niaq bawa bekal buah kiwi dan juga blueberry

Bekalan Hari Rabu @ 12/06/2024

Dah sampai pertengahan bukan June.
Menu bekalan aq hari ini.... 

Sarapan pagi aq makan 2 keping kek chiffon dan sekeping kek coklat yang aq beli kat Pasaraya Hero..

Makan tengahari aq makan simple je lupa nak ambil gambar...
Sardin masak asam pedas, ikan masin kerisi dengan telur mata...

Manakala makan petang aq... aq bawa buah je

Buah Kiwi, Bluebarry dan juga muscat anggur

Pada sebelah malamnya pula aq ada tempahan takoyaki...
1 pack je... Rezeki datang sikit sikit tanpa di undang....
Janji ada kan

Ni takoyaki aq...RM10.00 12 pcs




JJCM - Norra Rich Kerabu

Cerita hari ahad @ 09/06/2024...
Hari ni hari terakhir kami kat Negeri Penyu ni...
Bangun pagi bersiap check out dari chalet.
Jalan jalan cari sarapan pagi...
Kami cuma jumpa yang menjual laksam, laksa terengganu dan juga nasi lemak.
Dah alang alang kat sana kita cari la nasi kerabu... semalam dah makan nasi dagang kan...
Tanya la orang kedai tu... Nasib la kedai tu peramah kata nya cuba cari Norra nasi kerabu...
Berpandukan waze akhirnya aq jumpa juga kedai ni...
*NORRA RICH KERABU KAMPUNG GONG PAK JIN* 

Yang ni aq punya
Nasi kerabu campur RM14.90 seiap sekali dengan air teh o ais
Lauk tu semua diorg yang letak ye...pakej nasi dihidangkan macam tu.
Dan ini la pertama kalinya aq makan jerut bawang putih....
Aduh...sedap weh....

Yang ni hb punya
Nasi kerabu daging bakar RM11.90

Yang ni Alif punya
Nasi kerabu ayam bakar RM11.90

Tak lupa juga aq bungkuskan untuk Nadia...
Aq kata nak beli bungkus basi tak...
Nak balik mana... KL jawap ku.
Jadi mereka bungkuskan semua diasingkan...
Aq sampai kul jam 6.00 petang... nasi ni masih elok dan tak basi...
Alhamdulillah memang rezeki Nadia.

Siap makan kami pun bergerak pulang...
Lalu ikut Marang... tengok keindahan pantai...
Sambil membeli keropok lekor, satar, keropok keping....

Benda wajib sebelum balik KL... aq akan singgah di Cmah roti paung yang terletak di Kg Pasir Puteh Merchang. 

Yang ni roti paung campur RM4.50 sebiji...
Aq beli tak banyak pun... Lah rupa rupanya kawan kawan aq sangat menyukai roti paung.
Lain kali kalau ke Ganu... beli yang ni je la buat ole ole kan....

Bila sampai rumah dah pun pukul 6 ptg... Perut pun dah lapar balik.
Teringat kan laksa ganu yang kak ipar bagi...
Aq pun buka dan cium...wah tak basi...
Apa lagi makan la

Laksa ganu semua ok...sambal tu masin... nasib aq makan sikit je sambal tu...
Allah sedap sedap nya makanan kat ganu ni...
Simpan duit...nanti kita repeat lagi bang kata ku...
Ok jawap hb.
Tamat dah cerita pasal Terengganu Darul Iman...
Tu pun pergi emergency nak tengok Fatahul kot tak plan banyak tak jadi...
Disebabkan Fatahul la aq ke sini...
Hari jumaat masuk wad.... Hospital Sultanah Zanariah...
Tapi petang dah discharge.....
Ingat sabtu tu nk ke hospita la melawat....
Bila dah balik aq pergi ke kem je la...
Tapi tak la masuk kem... Incaj hantar kan ke masjid.. Jumpa kat situ je...

Ni gambar masa kat dalam wad....
Hitam nya dah muka....
Semoga abang terus sihat dah didalam lindungan NYA.....



13 June 2024

Lepak Makan Makan Kat Kedai Depan Chalet Teratak Samudera Kita

 Balik dari bandar terus menuju ke Chalet.
Park kereta kat chalet dan kami berjalan kaki ke warung berhampiran.
Kat situ hb dan abg aq dah sedia menunggu.
Mereka tak ikut sekali...
Kita santai santai je la kat kedai kata abg aq...

Kat kedai ni ada jual roti canai... laris jualan roti canai dia...
Hajat dihati aq nak makan roti canai...
tapi tak jadi la
Bila tengok Alif dan Pikah order Maggi goreng telur mata


Maggi goreng telur mata untuk Pikah dan Alif

Maggi tomyam untuk aq...
Dah siap makan... apa lagi saat yang di rindu rindu kan...
Tak sabar nak merebahkan kepala ke bantal..
Lena aq dibui mimpi...
Esok last kami kat Terengganu...

Pameran Kereta Berhiasa Di Terengganu

Selepas je menunaikan solat magrib kami bersiap siap nak menuju ke bandar lagi.
Nak pergi melihat kereta berhiasa.
Perarakan kereta berhias telah diadakan pada hari jumaat.
Jadi bila kami datang hari sabtu tu kira tengok kereta tu park je la kat situ...
Kereta berhiasa ni adalah dari semua daerah yang terdapat di Terengganu.

Yang ni Besu

Hulu Terengganu


Dungun



Marang


Ada juga pameran beca yang bagi aq sangat unik ni





Kemaman

Habis je melihat kereta berhias tu kami ke tengah padang.
Ambil gambar berlatar belakang kan Jambatan Angkat

Kemudian kami menuju ke seberang jalan. Kat situ ada jualan makanan..
Alif pun dah lapar.. Jom kita tengok...

Aq beli sosej pulut...


Sambil menunggu jagung susu mantul..
Manis nya jadi tak lalu nak makan....
Ingat nak jalan ke atas lagi...
Sekali hujan menderu...kelangkabut aq lari ke kereta...
Balik je la terus kat Chalet... 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...