10 July 2024

Sarapan Pagi Di Pasar Bangan Serai

 Hari Ahad bersempena cuti Awal Muharram, abg aq mengajak kami ke Bagan Serai..
Bersarapan kat sana. Kalau nak ikutkan dari Bota ke Bagan Serai bukan la dekat ye...
Dalam sejam setengah juga la. Tapi disebabkan WCE dahpun boleh digunakan...
Kiranya kami dari Changkat Chermin turun ke Changkat Jering kemudian menyambung perjalanan mengunakan highway PLUS turun di Kemunting.
Seawal jam 7.30 pagi kami dah gerak ke sana.
Sampai kat Pasar Bagan Serai dalam jam 9.00 pagi.
Orang ramai juga kat pasar ni... Hari ni hari minggu kan..

Murtabak kucai RM3

Murtabak durian RM6

Murtabak Sardin RM3

Roti ni pula...RM8 sebungkus ada 10 biji...
Yang ni sedap korang datang wajib beli ye

Petai...segar segar kan

Aq tertarik dengan urat daun pisang tu

Ada jual pokok bunga

Kekacang, kerepek

Popis

Pisang emas..segar ooooo

Nasi lemak sotong kering Rm2
Sedap ooo cuba la ye

Tempeyak RM16 sebekas.
Dalam balang kt belah depan RM14


Nasi lemak packing RM1.50...sedap juga

Kuih muih... kenapa la kelabu jadinya

Kami makan roti canai, ada juga tu makan murtabak yang kami beli tu...
Abg aq makan pulut ikan masin....
Lepas je sarapan...perut pun dah kenyang...Kami menuju ke Taiping...
Pegi mana tu... Jom...



Ngeteh Kat Navy Base Lumut


Pada sebelah malam lepas je solat isyak, abg aq ajak ke Lumut.
Jom lepak lepak kat Lumut, Kita mengeteh...
Nak makan memang tak la...perut masih kenyang lagi makan kat Astaka tadi.

Sambil menunggu minuman sampai aq ajak SIL ke gerai gerai yang berhampiran.
Tengok apa ada kat situ...


Yang ni gerak kopok lekor semung......
Sedap keropoknya...RM1 3 batang

Hujung tu gerai burger... boleh lak kelabu camera hp aq...

Jalan malam yang berliku...sunyi je

Yang ada khemah putih tu la tempat jualnya char keow teow, laksa...tp malam tu laksa dah habis...


Yang ni jual air kopi.
SIL beli air mocha...sedap sangat RM10.00

Senarai harga...

Ambil gambar berlatar belakang kan laut Lumut.. Gelap gelita kan




Waktu ni air laut surut..jadi ada yang mengambil peluang menjala ikan... sayup sayup nampak lampu touch light diorg...
Sepanjang persisiran jalan tepi laut ni penuh orang melepak..
Ada yang bentang tikar, ada yang pasang kerusi camping...
Sambil makan bersembang....
Layan....





Layan Steamboat Di Astaka Sitiawan

 Sabtu minggu lepas aq balik ke kampung. Lama betul tak balik ke kampung.
Petang tu ajak mak ngn Alif ke Kampung Jering, kita p salon dulu...
Dah siap potong rambut, aq cuci kereta dulu kat Caltex Ayer Tawar....
Tengok jam dah pukul 6.00 petang...
Time time ni steamboat kat Astaka dah siap dah ni...
Aq ajak mak terus ke Astaka Sitiawan makan steamboat...
Mak ngan Alif ok je...

Yang ni Alif punya RM15.50

Yang ni mak punya RM11.00

Yang ni aq punya RM11.50

Kami suka ambil letak dalam mangkuk asing asing... 
Senang nak makan...kalau korang nak sekalikan pun boleh je...

Satay ni 25 cucuk RM22.50 free nasi impit...
@ RM0.90 secucuk

Lepas makan dah nak magrib mak kata...Aq terus pecut balik ke rumah...
Sampai je rumah dah pun malam... Mandi mandi solat lepas tu kami keluar lagi...
Kemana pula tu...Haaaa jom....




Apam Pisang Order Hari Jumaat Lepas

 Hari Jumaat malam... 
Layan dulu order apam pisang ni...
Customer nak tak banyak pun 50 biji je...
Buat je la sebelum balik kampung esoknya....

Apam pisang 50 biji ni kejap je nak siapkan...
Sambil tengok tengok tv kan...


Customer nak 50 biji letak dalam 2 kotak...
Ok siap....

05 July 2024

Panaskan Makanan Semalam Bawa Bekal

 Salam Jumaat....
Pagi ni aq sarapan kat rumah je...
Malas aq nak bungkus bungkus makan kat ofis....

Nasi goreng semalam aq panaskan, goreng ikan bilis, telur rebus lebihan sandwich telur semalam..
Semug coffee

Nasi goreng aq bawa untuk bekalan makan tengahari...

Ada lebih 4 keping roti...
2 aq buat untuk Nadia letak timun dan tomato banyak banyak...
Telur rebus pun buh sebiji...

Yang ni pula untuk Alif...
Ada sayur tu...laju je Alif makan...
Sedap la tu..lama dah aq tak buat sandwich untuk bekalan dan makan kat rumah...
Esok cuti 3 hari... Jom aq nak balik kampung...
Lama aq tak balik ke kampung...

Sambutan Hari Lahir Raisya

 Semalam sambutan hari lahir Raisya. Miza sambut kat pekarangan surau je..
Miza jemput pun kawan kawan rapat sahaja...



Bz mekna nak pasang lilin, cabut plastik...







Diantara mak mak yang hadir...
Birthday anak, yang ramai nya mak... asal boleh la kan....




Antara menu yang ada...


Kenyang juga la... Mungkin dah malam pun orang tak berapa nak makan dah...
Aq pun bawa balik nasi goreng, kek dan juga kuih seri muka...
Ina bagi agar agar, Emma bagi kuih apam...
Jadi la hari ni panaskan lagi...



Takoyaki Dan Sandwich Telur

Hari khamis....
Balik kerja aq ke Hero sekejap.. Beli barang barang keperluan... 
Balik nak masak takoyaki yang Liza order...
Hari ni Liza nak 2 pack je...mungkin untuk di bawa ke tempat kerjanya...
 

Siap 2 pack takoyaki... Lepas magrib Alif hantar ke rumah Liza... 

Siap je takoyaki aq teruskan membuat sandwich telur..
Sandwich ni untuk aq sedekah kan kepada Miza bersempena biithday nya Raisya....


Aq buatkan sandwich telur yang ditekapkan dengan 3 keping roti...
Nampak gemuk sikit kan... ada la berbaki lagi 5 aq beri kepada Ina.
Alif tanya ada lebih tak mama... ok ada la lebih dalam 4 keping...
Yang lain semua aq bawa ke surau....
Yang pastinya... sandwich aq dulu licin orang ambil...
Ni pun aq buatkan 2 bekas...
Alhamdulillah...



04 July 2024

Bekal Hari Khamis @ 04/07/2024

 

Salam hari khamis...
Sarapan aq pagi ni roti paratha. Dalam esbox ada lagi 2 keping...
Selalu lupa nak masak. Bila ingat perut dah kenyang.
Jadi pagi ni aq olah letak telur.
Alif makan roti ni ngn telur je... Alif tak nak makan dengan kuah...
Kosong pun dah sedap katanya...

Roti paratha aq ni aq letak telur... Dan aq panaskan kuah sardin masak asam pedas yang aq frozenkan...
Minum bersama semug coffee...
Alhamdulillah kenyang...

Manakala makan tengahari aq buatkan sup ayam ala ala thai...
Ada rasa masam, manis, masin...
Aq guna kan rempah bunjut dari thai juga yang pack warna oren tu.
Campur dengan sos sotong, air limau, daun ketumbar...
Kebetulan dalam esbox aq ada bunga kobis..makanya aq campur la sekali...

Aq ratah sup ni je dengan buah tembikai...
Aq tak makan nasi...
Macam ni pun dah kenyang...
Alhamdulillah...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...