10 July 2024

Jalan Jalan Ke Raintree Wall @ Taman Tasik Taiping

 Lepas je sarapan kat Pasar Bangan Serai... 
Kami sepakat menuju ke Taman Tasik Taiping.
Nak balik pun hari masih awal lagi....
Lagi pun kami tak pernah bergambar kat Taman Tasik yang pokok tua tua berumur 100 tahun tu.
Sekarang ni situ dah dijadikan salah satu tempat pelancong...



Boleh nampak kan pokok yang dah tua masih terjaga dengan rapi. Kat sini korang boleh je buat aktiviti berbasikal, jalan jalan, joging ke...

Layan dulu gambar kami kat sini...
Dalam sejam juga kami kat sini...
hari pun dah mendung nak hujan...Ok kita balik la




















Tempat ni memang seronok dan sunyi... 
Tak ramai yang datang sebelah sini...Kat sini ada 2 enterance...
Aq masuk enterance yang ke 2 dekat ngn roungdoubt kecil tu...
Kalau enterence yang pertama ramai orang..
Masuk kat sini percuma je... Tak dikenakan bayaran pun...



Sarapan Pagi Di Pasar Bangan Serai

 Hari Ahad bersempena cuti Awal Muharram, abg aq mengajak kami ke Bagan Serai..
Bersarapan kat sana. Kalau nak ikutkan dari Bota ke Bagan Serai bukan la dekat ye...
Dalam sejam setengah juga la. Tapi disebabkan WCE dahpun boleh digunakan...
Kiranya kami dari Changkat Chermin turun ke Changkat Jering kemudian menyambung perjalanan mengunakan highway PLUS turun di Kemunting.
Seawal jam 7.30 pagi kami dah gerak ke sana.
Sampai kat Pasar Bagan Serai dalam jam 9.00 pagi.
Orang ramai juga kat pasar ni... Hari ni hari minggu kan..

Murtabak kucai RM3

Murtabak durian RM6

Murtabak Sardin RM3

Roti ni pula...RM8 sebungkus ada 10 biji...
Yang ni sedap korang datang wajib beli ye

Petai...segar segar kan

Aq tertarik dengan urat daun pisang tu

Ada jual pokok bunga

Kekacang, kerepek

Popis

Pisang emas..segar ooooo

Nasi lemak sotong kering Rm2
Sedap ooo cuba la ye

Tempeyak RM16 sebekas.
Dalam balang kt belah depan RM14


Nasi lemak packing RM1.50...sedap juga

Kuih muih... kenapa la kelabu jadinya

Kami makan roti canai, ada juga tu makan murtabak yang kami beli tu...
Abg aq makan pulut ikan masin....
Lepas je sarapan...perut pun dah kenyang...Kami menuju ke Taiping...
Pegi mana tu... Jom...



Ngeteh Kat Navy Base Lumut


Pada sebelah malam lepas je solat isyak, abg aq ajak ke Lumut.
Jom lepak lepak kat Lumut, Kita mengeteh...
Nak makan memang tak la...perut masih kenyang lagi makan kat Astaka tadi.

Sambil menunggu minuman sampai aq ajak SIL ke gerai gerai yang berhampiran.
Tengok apa ada kat situ...


Yang ni gerak kopok lekor semung......
Sedap keropoknya...RM1 3 batang

Hujung tu gerai burger... boleh lak kelabu camera hp aq...

Jalan malam yang berliku...sunyi je

Yang ada khemah putih tu la tempat jualnya char keow teow, laksa...tp malam tu laksa dah habis...


Yang ni jual air kopi.
SIL beli air mocha...sedap sangat RM10.00

Senarai harga...

Ambil gambar berlatar belakang kan laut Lumut.. Gelap gelita kan




Waktu ni air laut surut..jadi ada yang mengambil peluang menjala ikan... sayup sayup nampak lampu touch light diorg...
Sepanjang persisiran jalan tepi laut ni penuh orang melepak..
Ada yang bentang tikar, ada yang pasang kerusi camping...
Sambil makan bersembang....
Layan....





Layan Steamboat Di Astaka Sitiawan

 Sabtu minggu lepas aq balik ke kampung. Lama betul tak balik ke kampung.
Petang tu ajak mak ngn Alif ke Kampung Jering, kita p salon dulu...
Dah siap potong rambut, aq cuci kereta dulu kat Caltex Ayer Tawar....
Tengok jam dah pukul 6.00 petang...
Time time ni steamboat kat Astaka dah siap dah ni...
Aq ajak mak terus ke Astaka Sitiawan makan steamboat...
Mak ngan Alif ok je...

Yang ni Alif punya RM15.50

Yang ni mak punya RM11.00

Yang ni aq punya RM11.50

Kami suka ambil letak dalam mangkuk asing asing... 
Senang nak makan...kalau korang nak sekalikan pun boleh je...

Satay ni 25 cucuk RM22.50 free nasi impit...
@ RM0.90 secucuk

Lepas makan dah nak magrib mak kata...Aq terus pecut balik ke rumah...
Sampai je rumah dah pun malam... Mandi mandi solat lepas tu kami keluar lagi...
Kemana pula tu...Haaaa jom....




Apam Pisang Order Hari Jumaat Lepas

 Hari Jumaat malam... 
Layan dulu order apam pisang ni...
Customer nak tak banyak pun 50 biji je...
Buat je la sebelum balik kampung esoknya....

Apam pisang 50 biji ni kejap je nak siapkan...
Sambil tengok tengok tv kan...


Customer nak 50 biji letak dalam 2 kotak...
Ok siap....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...