20 December 2017

Percutian Sempoi ke Melaka @ 21/10/17-22/10/17

Assalamualaikum...
Dah lama aku tak berceloteh kat sini...
Sebenarnya banyak cerita yang nak dikongsikan...cuma aku je yang takde masa nak menaipnya..
Dipendek kan cerita hari sabtu, aku nak pergi lepak kat PD kiranya malam minggu disitu..
tapi masa otw nak ke PD jalan jem dekat Seremban highway...kat situ je jam dh menunjukkan pukul 7.00 malam...lagi 45 minit juga la nak sampai PD..
Masa tu aq yg drive, HB tanya nk pergi PD ke sampai dh pukul berapa lg pun dah malam malam ni apa yang ada kat PD selain pergi lepas di tepi pantai atau pasar malam PD...
Erm.....kan...so nak pergi mana sekarang...
Kita terus je la ke Melaka...
Alamak nak pergi Melaka...dengan baju apa pun tak bawa ni...
takpe kita cari baju kat uptown Melaka nanti kata HB...
So aq pun apa lagi terus kan la ke Melaka...
sampai di RnR Senawang, kita tukar drive pulak...
Then HB yg sambung drive la sementara aku masuk ke laman web trivago cari hotel bajet....
buat apa nak cari hotel yang mahal, bajet sudah sekadar nak tido malam ni n mandi je kan...
Cari punya cari dapat la Hotel AL-Nur di area Jalan Laksamana.


 Bila kami sampai Hotel Al -Nur dah penuh tapi dia bagi Hotel T kaler kuning berhadapan je...dengan harga RM68 semalam...jadi la kan...bilik pun kecik je...tak la besar...yang penting bersih n selesa...
So dh pun sampai lebih kurang pukul 9.00 malam...
Kalau kita walk-in atau booking online pun harga hotel ni tetap sama RM68.00 semalam...
Dan harus di ingat parking dia bandar Melaka ni mengunakan kupon ye...walaupun hari ahad / ph ada orang majlis ni bekerja...macam aku konon ala parking kejap jek...tup tup kena saman RM30...padan muka aq...hehehe
Lepas dah mandi solat, kami pun decide nak makan mee besen ori..
Nak ikut kan guna waze je cari Restoran Mee Besen Original, rasanya dari hotel tu tak sampai 10 minit...

Meh tengok ni harga dia, aq cuma ambil besen saiz S
sini ada saiz S, M, L. boleh juga pilih sama ada nak mee atau bihun.
Bihun Sup (S) - RM6.00
Western Kecil - RM17.90
Western pun ada yang besar - RM35.00 boleh makan untuk 6 orang
saiz S blh la makan untuk kami ber3 je
Kot yang tak tahu saiz besen tu langgut / tengok je kt tepi dinding ada dia lekat besen tu...ha pilih jek...kot orang ramai, jangan risau jumpa je pekerja kat situ tulis nama n berapa orang, nanti bila ada meja kosong dia panggil nama kita, kot dh p malam malam macam aq ada je tempat. kiranya teratur la sistem diorg ni...apa apa pun kena bersabar yek, almaklum la restoran ni tengah ngetop skg ni kan...^_^...

Air dia mahal sikit la, air dia pun banyak yang special la...tp kalau nak jimat minum je air kosong percuma dah disediakan sila layan diri sendiri ye...hehehe
Muka happy nak makan...perut lapo weh...
Lepas habis makan kami pusing pusing la ke uptown cari baju untuk tidoq pulak...hehehe...


Kalau pergi ke Melaka tak sah, kalau tak sarapan di Warung Hajah Robiah kat Jalan Tengkera.
Disebabkan banyaknya gerai gerai kecil kat situ bermaksud memang banyak la makanan yang dijualkan..Kami memang selalu memesan makan dengan kuantiti yang sedikit je sbb nak merasa semua jenis makanan ni kan
Meh layan aq nak habaq harga dia erk...hehehe
Roti Canai - RM1
Lempeng Kelapa - RM2.00 (ni aq rekemen sedap ooo)
Cucur Bawang - 5 biji RM1
Nasi Lemak packing - RM1.50 (ni aq lupa)
Kuih Muih - RM0.40 sebiji


Habis makan, jalan jalan kat pinggir Sungai Melaka, masa ni orang tak ramai memang best la dan belum panas lagi..




Ni air tembikai, harga sebijik RM10.00
memang puas sedut sampai 3 org pun tak larat aku...
Lokasi dekat roundabout kecik bandar hilir tu tepi sungai selain tembikai ada juga cendol.
Gerai ni buka jam 10.00 am

sambil minum pun sempat nak berselfie...konon sweet la tuh...haish...
Lepas tu balik hotel pulak sbb check out pukul 12.00 kan so sempat la nk membuta 1 jam lagi kan...
HB tido la mcm aq dok kemas kemas la kan...nanti dalam kete turn aq lak membuta...
Disebabkan ala kejap je ada la dlm 1 jam lebih sikit so HB pun x letak kupon kat kete
turun je kul 12 dah ada surat chenta atas wiper...haaaaa...padan muka...dh kena saman..



Perjalanan diteruskan ke Kampung Sungai Putat, Batu Berendam. Kot p Melaka mmg tak cukup rasanya kalau tak ke sini. Tempat yang harus di terjah untuk mengisi perut kan..
Aq ringkas kan cerita la erk...
Mango Float Royale - RM5.00
sbb aku x suka letak ais krim dia tolak singgit jadi RM4.00
Meat Ball - RM10.00 
Keria - RM1.00 (3biji)
Nasi Goreng Cili Api - RM5.00 (ni aq rekemen, terbaek ooo)


Lepas habis makan apa lagi terus pecut balik ke KL sebab nak hantar Nadia balik Matrik pulak...
Apa apa pun percutian sempoi / tak dirancang ni menambahkan balik berat aku
Diharap sedikit sebanyak info aq ni boleh bagi rujukan pada yang nak pergi holiday ke Melaka..
Apa-apa pun Korang
Layan Je...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...