13 September 2018

Hari Pertama Nadia @ UPSI ~ 01/09/2018

Assalamualaikum...
Hari ni pendaftran kakak di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim. Kakak ditawarkan kursus ISMP (Kimia) Dengan Kepujian selama 4 tahun di Fakulti Sains Dan Matematik. Akhirnya setelah melalui 2 kali ujian, kakak berjaya ditawarkan. Jadi dengan rasminya kakak menjadi salah seorang Anak Kandung Suluh Budiman.
Masa pendaftran adalah jam 2.30 - 4.30 ptg iaitu sessi 4
Jadi kami bertolak dari KL jam 12.30 tghr.
Disebabkan highway PLUS jem, kami tiba di UPSI Kampus Sultan Azlan Shah jam 3.00 ptg.
Ramainya pelajar dan ibu bapa yang sudah tiba.
Rupanya banyak lagi pelajar sessi 3 tidak selesai lagi.
Semua pelajar berkumpul di Dewan Tuanku Canselor (DTC)


Kakak di hadapan DTC

Lorong Red Carpet kih..kih...kih... Parents boleh je nk masuk dalam tapi kena ikut tangga kiri atau kanan, lorong ini dikhaskan pelajar sahaja.

Kakak : Mama, org ikut mama la naik tangga
Fasi : Tak boleh dik, adik ikut jalan ni, parents naik ikut tangga

Ramai kan students tapi ini masih sessi 3
Kakak habis pendaftran dalam jam 6.00 ptg.
Lepas dah tahu Kolej, apa lagi jom cari kolej...

Keluar je DTC mmg akan jumpa mercu tanda ni, aq tgk ramai yang ambil gambar, aq apa lagi layan dulu....

Walaupun dah pukul 6, cuaca panas terik..

Bila HB ambil gambo dia tak sedar tangan tertutup camera, kami ni main tgk je camera padahal tak tau la nampak ke tak, tu yg muka berkerut tu dek kerana panahan cahaya matahari.

Kakak di tempat kan di Kolej Ungku Omar (KUO) Block 1,
Jadi kami pun pergi la ke blok 1 dah turun semua barang dari kereta, fasi pun datang, dia kata semua pendaftran di blok 4, blok 1 takde kosong dh penuh.
Aq dan kakak pergi ke blok 4 untuk sessi pendaftaran n my HB terpaksa memasukkan semua barang barang ke dalam kereta dan pergi ke blok 4....erm...takpe sabar...sabar....ni semua dugaan...

Bila dah dapat kunci bilik, kami pun mengangkut la semua barang barang ke blok 4 nasib dapat kt gf jek, keje mudah la kan, kakak yg memang dah kelaparan kerana dari tghr tak makan lagi, nasib mama dah siap bungkus nasi kan...
Besar kan bilik KUO ni

Bergambar bersama parents pelajar yang lain,
Cantik kan kaler bangunan ni, mcm Legoland..hehehe...

Lepas je bergambar kami pun pulang, tapi sebelum tu aq hantar kakak balik ke DTC kerana ada sessi taklimat pelajar, so bertapa la kakak kat situ setiap hari dari pagi sampai ke mlm selama seminggu. Selama seminggu ni makan di taja oleh pihak UPSI, jadi jimat la duit kan. Kot tak silap kakak kata ada 5x makan, haaaa byk kan...hahahaa
tp dr tarikh aq mengupdated cerita ni kakak sudah pun pindah kolej, sekarang kakak tinggal di Kolej Aminuddin Baki (KAB).
Dan selepas semua nya selesai, aq meneruskan perjalanan ke Ipoh dan terus pulang ke kg.
Apa-apa pun Korang
Layan Je..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...