Jumaat minggu lepas sempena cuti tahun baru cina, kebanyakan syarikat mula menutup operasi pada hari jumaat la kan, jadi ini adalah percubaan buat kali yang ke 2 ku buat tauhu bergedil ni.
Sebenarnya aq mmg minat sekali dengan tauhu bergedil ni lagi lagi kalau kena sos nya yang menepati cita rasa ku...Selalu beli kat area ofis dengan harga RM5 6 ketul dengan sos kicap nya yang perh.......
apa lagi buat la sendiri kan nk makan lebih sikit boleh...ada juga ku jadikan frozen...senang kan..nak makan tinggal goreng je lagi...
apa lagi buat la sendiri kan nk makan lebih sikit boleh...ada juga ku jadikan frozen...senang kan..nak makan tinggal goreng je lagi...
Jadi jumaat lepas gigih ku ke Hero membeli bahan bahan untuk membuat tauhu bergedil ni..
Dapat pulak tauhu yang besar.... lagi la nikmat bila makan....
Puas makan sebab gemuk gemuk kan....
Tauhu bergedil bersama kicap cili...
Resepi Tauhu Bergedil Cara Aq...
~ Tauhu kering (sebungkus RM3.40 ada dalam 20-22 ketul - beli kt Hero)
~ Kentang dalam 5 biji rebus - lecek..
~ Bawang hollen -1
~ Bawang goreng - beli dah siap
~ Daun sup potong halus
~ Daging Kisar
~ Garam, Lada Sulah, Lada Hitam
~ Telur
Cara - Cara
Tumis bawang, masuk kan daging kisar
Masukan serbuk lada hitam, lada sulah, garam
Campur kan bahan tumis tadi ke dalam kentang yang dh di lenyek
Masukan daun sup, bawang goreng
Kacau sebati
Tauhu di potong X keluar kan isi ada tu aq tak keluar kan pun sebab tauhu kering ni dalam dah lopong.
Sumbat kan kentang yang bercampur tadi ke dalam. buat padat padat baru sedap
Celup dengan telur yang dh siap di kocak
Goreng
Sos Cili Kicap
Kicap
Cili Api Merah
Gula
Air untuk jalan kan blender
Masak sampai pekat (ikut korang la nk mcm mn)
Rasakan manis masin tu
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment