Setiap kali pulang ke kampung, pada keesokan pagi nya selepas solat subuh aq mesti ke kedai kopi yang terletak bersebelahan dengan masjid Titi Gantung. Orang kampung gelar kedai ni Kedai Puyuh. Sebab apa aq memang la tak tau kan...hahaha... Yang menariknya di kedai ni terdapat pelbagai kuih kuih tradisional dan juga nasi lemak packing yang cukup sedap. Sebab tu kalau nak beli nasi lemak ni kena keluar jam 6.30 pagi kalau pukul 7.00 tinggal bakul je la...
12 August 2020
JJCM Sarapan Pagi Di Kedai Puyuh Titi Gantung
Kali ke 2 Zumba Setiap Jumaat di IYC 07/08/20
Hari ni jumaat, macam biasa la, aq akan menghadiri kelas zumba, selagi aq tak capai berat yang ku impikan tapi macam mana nak capaikan diet asyik ke laut dalam. Dah la masa pkp dulu asyik makan je...Berat pun naik la... Hari ni tema kita pink ye.. tu yg pakai warna pink.
Pertama Kali Zumba Setelah PKP @ IYC 05/08/2020 Rabu
Setelah sekian lama PKP ni, Ini la pertama kali nya aq ke zumba. Di sini juga dikenakan SOP ye. Tak boleh nak walk in macam dulu dulu. Kena booking la kiranya. Kelas ni di IYC Cheras Bandar Tun Razak setiap rabu dan jumaat jam 9.00 - 10.00 malam. Bayaran RM8.00 je. Setiap hari coach akan bertukar.
Kek Alunan Kasih @ 31/07/2020 Raya Haji Pertama Ku Membaking
Ini cerita malam raya haji aq.. Esok baru kami akan pulang ke kampung. Jadi malam ni baru la aq nak buat kek.. Memang dah lama nak cuba tapi bila datang penyakit malas tu memang tak menjadi la kan. Kek ni pula aq buat 2 adunan.... haaaa tamak kau.. Ye la kang buang 1 habis dimakan oleh anak anak pula. Sebab aq nak bawa balik sebiji kek ni di kampung esok.
Ini lah dia kek alunan kasih.. beralun la gitu kan..
Bai Bai My Si Comei Viva @ 30/07/2020
Bila dah habis makan tenghari tadi, hb mengajak aq ke sini la. Berat hati weh nak pergi ku abadikan kenangan bersama si comei ku. Ini la si comei yang aq suka pandu kemana mana aq nak pergi.. Dalam 6 tahun juga la si comei ni berkhidmat untuk aq... Rasa sayang nak jual tapi apa kan daya bila nak kan sesuatu kita terpaksa melepaskan sesuatu yang kita sayang kan...
Lunch Hari Minggu 30/07/2020
Hari ni hari khamis esok nak raya haji dah. Kebetulan aq tak berapa sihat dapat la aq mc dok rumah la. Orang dok sibuk buat rendang rebus ketupat aq macam takde mood nak buat semua tu.
Makan Tenghari di Nasi Kukus Cik Ros Banting @ 26/07/2020
Cerita hari ahad ku pula, dah semalam seharian berjalan, hari ni pun berjalan lagi, hajat di hati nak ke Kerepek Cik Ros Banting. Minggu ni kan nak raya haji dah... Bila sampai ramai nya orang, beratur panjang dan stok kerepek banyak dah habis. Kerepek kegemaran juga dah habis begitu juga dengan cookies kegemaran...Dah pusing pusing aq mengajak hb balik dan singgah makan di Nasi Kukus Cik Ros. Macam la kalau ke Banting kedai ni la menjadi pilihan hati untuk menjamu selera.
JJCM @ King's Char Keo Teow Port Dickson@ 25/07/2020
Yang ini cerita malam minggu ku pula. Siang pergi hiking di Bukit Besi. Selepas pergi ke Kajang atas urusan my hb, hb tanya lepas ni nak ke mana pula.. aq cakap dah lama tak makan king char keo teow. Hb ok kan aje... apa lagi kita ke PD la pula. Dah lama tak ke PD, King's Char Keo Teow pun dah berubah wajah, besar dan selesa. Masa kita datang mcm biasa ada la SOP nya kan. Pelayan akan tentu kan meja so kita tak payah cari cari meja mana. Ikut la berapa orang yang datang kan...
Hiking Di Bukit Besi @ 25/07/2020
Cerita hari sabtu yang lalu..
Hari jumaat Sham menelefon untuk mengajak aq ke Bukit Besi.
Jadi pada jam 8.00 pagi macam biasa kami berkumpul di Restoran mamak sebelah OCBC Bank Alam Damai.. Setelah bersarapan kami pun memulakan pendakian. Naik semput juga almaklum la dah lama tak mendaki ni. Lelah juga la aq...