Ini cerita malam raya haji aq.. Esok baru kami akan pulang ke kampung. Jadi malam ni baru la aq nak buat kek.. Memang dah lama nak cuba tapi bila datang penyakit malas tu memang tak menjadi la kan. Kek ni pula aq buat 2 adunan.... haaaa tamak kau.. Ye la kang buang 1 habis dimakan oleh anak anak pula. Sebab aq nak bawa balik sebiji kek ni di kampung esok.
Ini lah dia kek alunan kasih.. beralun la gitu kan..
Potong panas panas..sedap sangat...
Tapi ku layerkan dengan serbuk koko tu tak berapa banyak jadi kurang la nampak lis hitam tu...
Meh ku kongsi kan resipi. Resepi ni pun ku ambil dari blog Secubit Garam...
Bahan bahan nya
1. 5 biji telur
2. 250g buttercup (1 biji tu je)
3. 2 1/2 cawan tepung gandum
4. 1 sudu kecil baking powder
5. 2 cawan gula halus (ku kurang kan ke 1 1/2 cawan je)
6. 1/2 cawan susu cair
7. 1 susu esen vanilla
8. Serbuk koko secukupnya
9. Pewarna (ikut selesa masing masing
Cara - Cara nya
1. Butter dan gula di pukul sehingga kembang
2. Masukan telur sebiji demi sebiji
3. Masukan tepung dan baking power yang telah di ayak sedikit demi sedikit
4. Masukan susu cair, esen vanilla
5. Bahagikan mengikut citarasa - aq buat 3 warna je
6. Alaskan tray dengan baking paper
7. Masukan lapisan pertama
8. Ayak serbuk koko sehingga memenuhi ruang adunan
9. Masukan lapisan ke 2 dan masukkan serbuk koko ulang hingga habis lapisan
10. Panaskan oven bakar dalam suhu 170 selama 45 ikut kepanasan oven masing masing.
No comments:
Post a Comment