24 April 2024

Menu 26 Ramadhan 1445H @ 06/04/2024 Sabtu

 Hari ni sabtu. Kul 11 pagi dah gerak dari KL.
Saja gerak lambat. Konon nak singgah kat bazar Langkap nak cari satay RM0.80 secucuk... Satay ni bukan setakat murah je...Rasa pun sedap...
Masa kami balik tu jalan tak la jem mana...cuma kereta banyak je.... Sampai di Langkap dalam jam 2.30 petang.... Erm bazar belum buka la lagi...
Kami meneruskan perjalanan ke bazar di Kampung Gajah la pula...dalam jam 4.00 petang macam tu sampai di Kampung Gajah...
Cuaca punya la panas terik... Langsung takde hujan kat sini... Tak macam KL asal petang je hujan.

Alif nak kan nasi arab RM10.00

Pizza RM10.00

aq beli soto, yong tau fu.
Nadia beli kuih dan juga rangka ayam.
Tembikai tu aq beli kat Econsave Slim River.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...