Seawal jam 4.30 pagi kami bertolak dari Kuantan ke Terengganu.
Terpisat pisat masing masing bangun nak meneruskan misi ke sana.
Kami ke Terengganu bukan nya apa. Tujuan nak melawat Fatahul yang sakit..
Fatahul dimasukan ke wad HSZ pada hari jumaat pagi... Kira emergency la masuk wad kul 3.00 pagi.. tapi petangnya dalam kul 5.00 petang dah pun balik..
Kiranya esok sabtu kami cuma melawat di kem sahaja tak perlu ke hospital.
Alhamdulillah.... lega dah hati aq mendengarnya....
Kami bergerak berpandukan waze je la... sampai je di susur keluar tol Ajil, berhenti solat subuh sekejap...Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Nasi Dagang Atas Tol.
Sampai je kat sini... parking pun mudah dalam jam 7.30 gitu la sampai... orang pun tak la ramai sangat.
Rupanya sistem nak buat pesanan kat sini... sorang berbaris order makanan...sorang ke 2 orang ke tak kisah la... yang lain tunggu je di khemah menunggu...jangan terus ke meja...
nanti bila kita dah siap beli makanan... cashier akan tanya berapa orang ke semua nya...
Macam aq ni jumlah 6 orang... Beliau akan walki talki kat staff mereka meja mana yang kosong....
Bila cashier bagi arahan no meja baru la kita pergi ke meja tersebut...
Disebabkan kami ber 6 dapat la duduk di meja bulat... Meja A.
Nasi dagang 2, nasi lemak 1, keropok lekor dan juga air teh buih
Manakala aq dalam RM58 macam tu untuk 1 nasi dagang, 1 nasi minyak ayam masak merah, 1 nasi madu (nasi dagang, bihun goreng dan pulut kuning), karipap dan juga teh madu buih 2 dan 1 teh hijau madu buih..
Tak lupa juga aq bungkus 3 nasi dagang untuk Fatahul.
Menyelerakan
Ok la kan tak la mahal sangat.
No comments:
Post a Comment