01 August 2024

Masak Menu Tengahari Ahad Hasil Dari Kebun Ina

 Hari ahad lepas je balik pasar dengan Nurin, aq pun mula la memasak menu makan tengahari kami....
Nadia pun ada kat rumah jadi masak la lebih sikit...
Tapi aq tak masak awal pun dalam pukul 2 baru aq masak.
Sarapan pagi aq belikan nasi lemak untuk Nadia dan Alif masa kat pasar tadi.



Pucuk ubi masak pecal.
Pucuk ubi ni aq petik dari kebun Ina.
Pecal pula yan dah ready made tinggal bancuh dengan air panas je lagi

Ketam ni semalam aq beli kat pasar.
4 ekor RM4.20
Tak la besar pun...saiz tapak tangan budak je
Jadi la buat rasa rasa...

Siakap masak sos berempah...
Diorg suka masak macam ni berbanding sweet sour tu...
atau 3 rasa...

Dalam aq tengah makan..hb call kata nak keluar petang ni...
Memang pada mula nya aq dah cakap ngan hb... jom kita keluar petang ni...boring dah dok rumah.
Jadinya aq makan ala kadar je la...
Ketam pun tak sempat nak kokak... Makan pucuk ubi je gaul dengan kuah pecal...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...