27 September 2024

Keropok Kak Tie

Sebelum balik ke KL kami ke Keropok Kak Tie Jalan Hiliran...
Kat sini kira HQ la..banyak produk ada kat sini...
Bagi peminat keropok lekor aq rasa keropok ni memang sedap...
Yang dah siap goreng RM5 ada 7 batang....
Gemuk gemuk pendek makan panas2... memang layan la...
Kalau ke KT korang wajib cuba ni ye...
 

Korang boleh tengok harga keropok kat situ


Yang ni jenis panjang RM8


Yang ni jenis gemuk pendek RM8
Aq rekemon yang ni

Satar frozen RM10

Satar gulung  harga dah lupa

Popia Satar




Keropok sliper atau keropok nipis 
RM10


Yang ni aq suka sangat....

Dah siap membeli kami menuju ke Dungun...
Nak singgah kat Merang Nak beli Roti Paung Cmah...
Korang kalau banyak beli boleh la booking juga...
Kalau roti panas panas susah nak bawa nanti terpenyek...
Banyak juga aq membeli...
Orang tu kata lain kali boleh je booking senang mereka simpan kan...
Bila dah sejuk sikit tak la terpenyek...
Bila kami nak makan dah jadi berkumpal roti tu sebab terhempap kan...

Balik singgah di exit tol Kuantan...
Jumpa abang aq sekejap...Bagi roti paung yang dia kirim...



Selfie...kali ni semua ada...
Bila dah naik ke highway masing masing berpecah....
Sampai di RNR Temerloh... makan, isi minyak dan meneruskan perjalanan ke KL.
Jem juga kat area Karak ke Gombak... 
Sampai rumah nak dekat jam 7.00 malam...
Alhamdulillah...sampai juga ke KL....



JJCM - Norra Rich Kerabu

 Hari terakhir di Kuala Terengganu...
Bangun pagi tu kami ke Norra Rich Kerabu...
Rasanya kalau ke KT, korang wajib cuba nasi kerabu kat sini....

Yang ni Fatahul punya


Alif punya... yang ni sedap..
Aq lupa dah nama nasi apa


Yang ni Nisa punya...
Dah add solok lada dh

Nasi dagang hb

Nasi dagang aq punya...
Lepas je makan kami menuju ke Keropok Kak Tie...
Beli ole ole sikit nak bawa balik ke KL....

Jalan Di Kuala Terengganu - Jambatan Angkat Di Waktu Malam

 Pada sebelah malam, sekali lagi kami memusing di Bandar KT.
Ambil gambar berlatar belakangkan Jambatan Angkat / Drawn Bridge .
Sekejap je rasa masa berlalu... Nak meninggalkan Negeri Penyu...







Me with my daughter in law Anisah...

Dah rasa puas melihat keindahan malam... kami menuju balik ke homestay...singgah makan lagi kat warung berhampiran dengan homestay.. Kebetulan malam tu ada bola... riuh rendah la warung tu..ramai yang datang kerana kat situ ada layar putih.
Alif dan Fatahul tak ikut bersama..kepenatan dari siang tadi berjalan...
Bila balik homestay ku lihat Alif dan Fatahul dah pun lena....

JJCM - Kopi Payung Batu Rakit Kuala Nerus

Dari Nizam ICT kami teruskan perjalanan ke Batu Rakit.
Jangan pergi lewat lewat nanti kedai tutup pulak...
Dalam jam 6.00 petang kedai ni tutup..
Kopi Payung ni ada 3 buah cawangan...
Yang aq pergi ni terletak di Batu Rakit...
Sambil order makanan tu kami tengok la keindahan ditepi pantai...
Angin yang bertiup...Damai sungguh berada di Negeri Penyu ni... 

Order kami dah sampai...
Aq beli kan untuk anak anak je...
Aq dah kenyang mkn ICT tadi tu....



Selfie lagi dengan family kecil ku...

Muka masing masing dah berminyak minyak....
Ok dah nak kul 7 dah ni jom kita balik...
Dah nak magrib kan...
Kita balik rumah bersihkan diri solat dan nak kemana lagi kita malam ni...
Esok dah nak balik ke KL dah kita ni..


Ke Pasar Payang

 Ketinggalan lak cerita ni...
Selepas keluar dari hoemstay petang tu kami menuju ke Pasar Payang.
Saja seronok seronok Fatahul nak drive kereta ke bandar...
Lalu di jambatan angkat....
Macam macam lak ditanyanya kita...
Macam mana jambatan tu terangkat la apa la....
Adoiiii pening..tengok tiktok je la Fatahul....

Sampai je Pasar Payang...cuaca panas terik...
Sampai hitam spek aq....

Wajib selfie kat depan ni dulu sebelum masuk ke dalam...

Beli makanan apa yang patut sambil tu kami jalan jalan je...
Ina kirim baju batik kelawar untuk Iris...
Susah juga nak cari baju untuk budak ye...




Pelbagai pilihan dan corak yang ada...
Last last Ina berkenan corak yang ini...
RM35.00 harga mati tak nak kurang dah...
Aq ngn Nisa pun beli baju kelawar pendek untuk dipadankan dengan seluar atau pun skirt....
RM50 sehelai...
Dah siap membeli kami berjalan di persisiran pantai depan Pasar Payang ni...



Ambil gambar disini...tanda kami dah sampai kat Pasar Payang...Hehehehe..
Dah siap semuanya baru la kami menuju ke Nizam Celup Tepung...

JJCM - Nizam Celup Tepung

 Pada sebelah petangnya kami merounder lagi ke area Pantai Teluk Ketapang.
Saja jalan jalan kat situ waktu petang... 
Masa lalu tu ternampak Ketupat sotong.
Aq kot jumpa ketupak sotong ni wajib beli... lagi lagi Ganu punya sedap tak manis...
Lemak lemak santan kan....
Lepas dah memusing tu kami patah balik ke Kuala Nerus.
Macam biasa kalau makan Ikan Celup Tepung atau ICT mesti kami ke Nizam Celup Tepung ni.
Harga yang berpatutan dan sedap la kan....


Abadikan kenangan kat sini.....
Nak sama tinggi dah Alif ngan Fatahul... 


Sebelum makan selfie dulu.

Macam biasa la disebabkan ini la pertama kalinya Fatahul nak makan ICT....
Mesti la dia akan rasa kekok sikit.


Menu yang kami order

Udang 5 ekor RM11
Kopok lekor sebatang RM2
Crab stik RM2 
Goreng pisang RM2 - 5 pcs

Sotong ni RM25 semangkuk.
Aq ambil 2 mangkuk.
1 Fatahul kongsi dengan Alif
1 lagi aq makan dengan Nisa n hb

Ikan goreng RM2 seekor
Satar RM0.50 sebiji


Yang ni ketupat sotong yang aq beli kat Pantai Teluk Ketapang
Harga hari ni RM15.00 ada 3-4 ekor sotong..
Hari tu masa aq pergi dengan kak ipar aq RM20.00 sebekas ni...

Bila makanan dh terhidang aq cakap makan la... tunggu apa lagi..
Fatahul kata makan macam ni ke...
Kita ratah lauk ni ke mama... ye jawap aq...
La ingat kan makan dengan nasi putih...tu psl org tunggu je nasi nya mana...
Alahai kesianya Fatahul... memang Fatahul terpisah dengan aq dari umurnya 13 tahun sehingga la 17 tahun tinggal di asrama... jadi bila aq ke mana mana Fatahul tak dapat ikut sekali...
Lepas tu sambung pengajian kat USAS pula...sesekali cuti Sem baru balik ke KL...
Lepas je diploma sambung ke PUSASDA pula... dan seterusnya menjalani latihan ketenteraan...
Kesian nya anak mama sorang ni... 
Sebab tu setiap kali Fatahul bercuti setiap kali tu la aq akan membuat perancangan untuk nya...
Lepas makan kami berphoto dan menuju ke Kopi Payung....

Sarapan Di Suarasa Nasi Kerabu @ 03/08/2024

Hari ke 2 di Negeri Penyu ni...
Selepas sola subuh kami bersiap siap ke Kem 18 Batalion Melayu di Kuala Nerus.
Pukul 8.00 pagi aq wasap Fatahul... Mama dah sampai kat pintu masuk utama Kem.

Kami tidak dibenarkan masuk ke dalam... tunggu diluar saja...
Sampai je Fatahul terus Fatahul yang memandu kereta... Kita sarapan dulu kata ku...
Anak anak hanya menuruti kat mana aq ajak mereka...
Ok waze je Suarasa nasi kerabu... Review kata sana sedap kata ku...

Sampai dah kat Suarasa ni...
Ambil gambar dulu bukti Fatahul dah balik dengan parent...
 



Dengan berpakaian begini, kedai tahu dah ni mesti budak rekrut...
Hehehe...dengan seluar hitam, baju putih bertai dan berambut 1 inci je
Hehehe....
Walaupun kursus di KT, bukan nya Fatahul dapat berjalan kecuali masa outing saja....
Ok mama belanja makan kat Nasi kerabu ye....

Masuk je kedai ni banyaknya pilihan menu... Tak tahu nak lauk apa..

Kami ambil keropok lekor

Nasi minyak ayam bakar untuk Along


Yang ni untuk Alif

Nasi kerabu kambing bakar untuk Fatahul


Yang ni nasi kerabu daging bakar untuk Nisa n hb


Yang ni untuk aq... Nasi kerabu daging bakar, solok lada dan juga jeruk bawang.
Aq tanya Nisa n Fatahul nk cuba tak jeruk bawang ni...
Aq beri mereka 2 ulas bwg dan sedikit solok lada...
Mula mula Nisa tak nak solok lada..dah makan kat KL, Nisa tak suka...
Aq cakap cuba yang ni mesti Nisa suka...
Bila Nisa n Fatahul rasa...aah la mama sedap betul la...
Aq bagitahu mereka kalau ke KT wajib makan solok lada dan juga bawang jerut ni memang sedap kata ku...


Antara lauk pilihan

Keropok


Kambing bakar


Kambing bakar, daging bakar dan ayam bakar..

Kami makan ber 6.
Total makanan kami dalam RM84 termasuk air dan juga kuih.
Lupa nak ambil gambar kuih....
Lepas makan, Fatahul memandu balik ke homestay yang terletak di Kuala Nerus...
Nanti petang kita JJCM tempat lain pula ye....
Perut pun dah kenyang kan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...