Kami bertolak seawal jam 4.30 pagi.
Berhenti solat subuh di Petronas Bentong.
Kami meneruskan perjalanan ke Terengganu.
Berhenti sarapan ni RNR Temerloh.
Banyak juga gambar yang malas nak diambil.
Kami mengambil keputusan keluar susur tol Dungun.
Saja ikut jalan dalam nak ke Kuala Terengganu.
Mungkin yang mana nak tahu tu, tujuan aq ke KT bukan la untuk berjalan.
Aq ke sini nak mengambil Fatahul balik selepas Fatahul menamatkan kursusnya.
Saja katanya, Nak mama ambil...malas nak naik bas...
Ok la kan dapat la kami berjalan jalan ke sini.
Kebetulan pula kt KT ni ada Jom Heboh. Dan Along ada buka booth di sana. Jadi sekali jalan la orang kata.
Aq tiba di Merang masa tu dah tengahari. Ok berhenti beli Roti Paung Cmah.
Kami setiap kali ke Ganu ni memang tak sah la kalau tak beli roti paung ni...
Sedap makan cicah kopi...
Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke KT. Singgah kat Marang makan tengahari kat situ.
Kami ber3 je ke KT. Aq, hb dan Alif. Nadia tak ikut sebab ada urusan di sekolah.
Di KT kami menginap di Penginapan Hidayah kat Kuala Nerus.
Murah je homestay ni semalam RM180.00 2 malam RM360.00 tapi owner bagi diskaun RM300.00 je.
Jimat dah tu....
Homestay sebelah ada jual celup tepung juga....
Masa sampai tu owner kata masuk je tak perlu tunggu pukul 2.00 nak check in..
Akk sampai boleh terus masuk kata nya...
Kami sampai pun dalam jam 1.00.. masuk berehat, solat jamak dan lena ke petang...
Bangun tidur kami ke warung sebelah homestay.
Order mee goreng instant dan juga keropok lekor RM1.50 sebatang.
Dan juga ABC. cuaca panas panas ni memang sedap la pekena ABC kan.
Lepas je magrib kami ke gerao yang terletak berhadapan homestay kami...
Tak la depan sangat jalan kaki dalam 500 meter itu la...
Kul 12 malam baru balik ke homestay...
Rindunya lama tak jumpa Fatahul....
No comments:
Post a Comment