Yeah hari ni 15/09/19 dah hari yg ke 4 kami bersama sama dengan group Komuniti BTR 2019.
Hari ni macam ini pagi pagi diadakan acara zumba..habis je zumba kami akan memanjat Bukit Besi....buat kali yang ke 3 bagi ku memanjat Bukit Besi ni...
Tersenyum sendirian bila mengingati kembali trail di Bukit Besi ni....
Hari ni Fatahul menemani aq...
My baby boo tidak dapat turut serta kerana ada masalah kesihatan...
Cepat sembuh ye sayang mama.....
Yeah....zumba time....
Selapas hbs je zumba, kami dibahagikan kepada 8 kumpulan.
Kumpulan kami dinamakan team 1.
Bergambar bersama puan Emcee Onnie Karim...
Muka happy je kan....
Ada kawan ku yang pertama kali akan berhiking ni....
Permulaan..... steady boh....
Disini sedikit sukar ye....
Di check point 2
Bersama dengan mummy vouge...sorang tu je bukan mummy lagi ye...
Check point 3
Penerangan dari pada jurulatih apa yang dimaksudkan dengan simbol dan cara bagaimana caranya melakukan pertolongan dan juga meminta tolong sekiranya berlaku kejadian semasa di dalam hutan....
Check 4.
Demo pendaratan untuk melakukan pertolongan cemas....
Kami berjalan pulang...
Ya ampun...team kami terpaksa melalui jalan yang amat sukar.
Ini lah pertama kalinya laluan hiking yang amat sukat bagi ku dan juga kawan kawan yang lain.
Kami terpaksa menuruni bukit yang curam dan perpaut pada tali...
Terketar ketar juga la lutut aq...Aq dah la fobia gayat.
Masa ni kekuatan tangan adalah amat amat membantu...
Alhamdulillah kami berjaya melalui semua ini....
Tapi tak aci la...team lain balik melalui jalan yang sama
huhuhu....
Selepas itu acara lucky draw...
Hari ini aq sangat bertuah kerana pertama kali nya no aq diumumkan...
Yeah....Mama menang u....
Fatahul juga tidak ketinggalan...
Bersama dengan geng yang bertuah tu....
Para pelajar dari UPNIN selaku urusetia dan juga membantu kami didalam hutan tadi....
Habis je acara semua tu, kami dijemput untuk makan tengahari di Restoran Nasi Ayam Melaka Kak Sham Alam Damai...
Alhamdulillah...ingat kan sikit sikit menu rupanya macam macam kau....
Nasi lauk pauk, satay, laksa, bihun sup, cendol durian. ABC, kuih muih...
Tak larat nk makan...
Dah melantak lupa nak snap kan...
ni je yg dapat aq abadikan...
Terima kasih kepada tuan tanah, tuah kemah, tuan rumah,
tokey Nasi Ayam Melaka Kak Sham Alam Damai.
Lokasi belakang Petronas Alam Damai...
Alhamdulillah...kenyang sudah...
Jom kita balik...
Apa apa pun Korang
Layan Je...
No comments:
Post a Comment