20 December 2018

Happy Birthday To Nur Iris Marissa Turn 5 @ 05/12/2018

Happy Birthday to Nur Iris Marissa...Semoga menjadi anak yang solehah dan membanggakan abah dan mie.... Hari ini genap umur Iris 5 tahun....
Rindu kat budak kecik petah bercakap ni...Bdk kecik ni dah tak duduk di Penara lagi...Ini lah kali terakhir acik Shima ke rumah Iris di Penara...
Malam lepas je isyak, aq pergi ke rumah Ina, nak sambut birthday Iris...untuk kami kami je...
Sukanya Iris bila tgk kedatangan kami....

Comei tak syayeeeeeee....

Kek birthday Iris...

Coklat bouquet untuk Iris...

Iris bersama Haikal abg nya dan Alif...
Eh...baru perasan..warna baju Iris sama ngn Alif...

Sukanya...birthday girl...

Acara nyanyi lagi birthday...

Potong kek
Iris : Iris tak ngeti nok potong kek...
Mie : Potong je la....

Kenangan bersama ibu, abg Iris & Kak Ani...

happy.....smile....
Selfie ngn Iris ngn Kak Ani....
Bai Iris...
Lain kali jumpa lagi ye...
Senang-senang mari la umh acik Shima...
Hingga ketemu lagi bdk mektot.....
Apa-apa pun Korang
Layan Je....







Hiking Denai Tiga Puteri @ Taman Eko Rimba Kota Damansara


Assalammualaikum....
Kemana kita cuti hujung minggu ni ye kawan kawan ku sekalian....
Seperti yang dijanjikan pada 09/12/18 Ahad seawal jam 7 pagi kami sudah pun berkumpul di lobby Sri Penara....Misi kali ni ke mana kita ye kawan kawan.... Ya....sudah tentu la ke Taman Eko Rimba Kota Damansara... Nak cari tempat ni cukup la mudah, korang boleh waze Sek Men Seksyen 10 Kota Damansara... kiranya taman ni berhadapan sahaja dengan sek ni... Masa dalam perjalaan kami, hujan renyai renyai...dalam hati jadi ke misi hari ini untuk menerokai keindahan Taman Eko Rimba kali ni...Alhamdulillah, tak lama lepas tu hujan pun berhenti...


Panduan trail yang akan kita lalui nanti....
Sebelum memulakan pendakian, kita hendak lak melopur diri di pondok pengawal yang bertugas... kalau datang dengan kumpulan, ketua sahaja yang tulis nama di buku pelawat, tak perlu la semua orang nak mendaftar.....

Macam biasa sebelum mendaki, kita bergambar dulu sebelum muka baju seluar ku tak comot...
hahahaha...

Geng pada hari ini.... 
Baju hiking group kami sendiri...
Hari ni pakai warna hijau...

Mula-mula trail agak mudah...seronok je....

Setelah berjalan separuh perjalanan...kita berhenti rehat sebentar...

Berhenti rehat di air terjun dahulu...
Kami mengambil laluan trail temuan.....

Air terjun sejuk dan nyaman sekali....

Rehat sebentar di pohon balak tumbang kerana disini berselisih dengan ramai hikers, dan keadaan jalan agak licin dan menurun bukit....

Sampai di pohon balak besar, tak sah kalau x ambil gambar disini...
hehehe...


Maju kehadapan lagi untuk ke Puncak....

Bila dah penhujung, trail semakin sukar, adakalanya mencanak ke 45 darjah...
Aq rasa ini lah trail yang betul betul mencabar kesabaran para hikers....
Bila nak menghampiri kemuncak macam macam dugaan perjalanan dan trail yang harus di daki....
Ada seketika aq tersungkur..tersadung akar pokok...
Bangun dan terus kan lagi....
Semasa pendakian jika menempuhi perjalanan yang mencabar, kita dinasihatkan tidak mendongak ke atas, ini akan membuatkan kita berasa takut untuk terus memanjat....sentiasa lihat dibawah dan pastikan langkah anda dengan selamat...

Yeah..... dah sampai ke kemuncak akhirnya...Wahai Denai Tiga Puteri, terimalah kedatangan kami warga Penara sekalian.... Terima kasih kawan kawan kerana terus support setiap rakan untuk berjaya teruskan misi kekemuncak...
Bila dah sampai apa lagi...buka la bekalan...kita makan dulu..
walaupun aq dan Nurin jauh ditinggalkan oleh mereka...tapi kami berjaya sampai setelah kelewatan 30 minit...sampai je di kemuncak jam sudah menunjuk kan 11 pg...

Kemuncak....

Kaum Adam....
hahaha....

Yeah...akhirnya kami berjaya.....
Trail hari ini sejauh 10.8KM....
Kami turun ke bawah dalam jam 2.00 petang...
apa-apa pun ini lah trail yang paling mencabar yang pernah kami lalui...
Ada ke yang repeat balik ke sini....ermmmmmmm...nanti dipikirkan lagi

Tak sabarnya nak sampai ke bawah, dalam hati dah terbayangkan milo ais.
Dalam perjalanan siap cakap "nanti aq nk beli air milo 2 cawan"
Mak aiiiii...tamak nya...tu menandakan tekak betul2 kering...hari ni bawa air 3 botol 500ml..hbs...
Tapi bila turun ke bawah...air milo dah takde..maybe dah hbs kot..
Nasib ada brother jual air buah
Secup besar tu cuma RM3, ada tembikai, mangga
sedapnya...sejuk tekak, beku otak minum...
Hahaha..
Tq to Man n Kiah sudi tumpang kan Aq n Alif n belanja minum....
Toceh...toceh......
Dah jom kita balik....hari ni dah berjalan jauh...
Apa-apa pun Korang
Layan Je...

28 November 2018

Popcorn ~ Step By Step

Assalammualaikum...
Hari ni aq tunaikan permintaan Alif yang nak makan popcorn...

Alif : Mama, boleh buatkan popcorn untuk Alif
Me : Mama beli kat bawah je la
Alif : Alif tak mo, nak mama buat sedap...
Me : Ok la malam ni mama buat kan ye....

Jadi malam minggu yang lalu gigihnya lepas magrib aq buat kan popcorn untuk Alif...kemain suka Alif makan popcorn...
hehehe

 Aq guna dalam 3-4 sudu jagung kering..

 Panas kan 2 sudu minyak masak...
Aq guna minyak jagung + sesudu kecik garam

 Bila dah panas masuk kan jagung kering dan kacau selalu

 Bila jagung dah mulai kembang, sila tutup, kalau tak tutup nanti berterbangan la corn. 
nanti korang bersilat la dengan corn tu...
Time ni kena kecil kan api, nanti hangus lak bertih jagung tu nnt...

Bila dah senyap...baru berani buka penutup...tengok penuh sekuali kan....

Ni aq buat caremal pulak.
2 sudu mentega - cair kan
2 sudu gula / madu - tgk apa yg korang ada la kan
api slow je jgn sampai hangus...dan kacau selalu bagi gula tu larut

Gula dah pun larut...

2 sudu susu pekat... 

Kacau sebati jangan sampai hangus...

Masuk kan dalam corn tu tadi...kacau sebati..kalau nk lebih krispi. korang boleh la bakar dalam 5 minit...aq x buat pun...mcm ni pun dh ok....

Alif muka gumbira dapat makan popcorn buat mama...
hehehe...yang penting mudah dah menjimatkan serta dapat menyelamatkan poket korang...
Hahaha......
Apa-apa pun Korang
Layan Je....

27 November 2018

JJCM @ Nasi Kukus Cik Ros Banting

Bila petang minggu duduk di rumah mula la bosan, Makan tengahari pun belum lagi...
Lepas je zohor, aq ajak hb menghala ke Banting, misi utama semestinya makan di Nasi Kukus Cik Ros, Banting. Sebenarnya aq selalu je makan kat sini cuma aq tak cerita kan di blog ni saja. Jadi kali ni aq berkongsi lagi 1 tempat makan yang wajib korang cuba bila datang ke Banting..
Lokasi NKCR ni senang je. Kalau dari KL menghala ke Pekan Banting, anda akan temui Hospital Banting selepas itu boleh lihat signboard Imigresin Banting...Jumpa trafic light belok kiri...
NKCR ni betul betul menghadap Jabatan Imigresin Banting. 


Alif makan bubur kacang..

Chicken Chop RM5

Tapai Ubi RM3.00

Lihat harga yang tertera...

Lihat Alif makan Chicken Chop...sempoi je pakai tangan kan...
hehehe..

Aq pun makan Chicken Chop juga, Hb cuma makan Tapai Ubi, tapi kami makan bersama sama juga la kerana portion Chicken Chop ni boleh tahan besar juga...dengan harga RM5 sangat sangat la berbaloi...
NKCR ni sebenarnya banyak cawangan tapi aq paling suka pergi di cawangan Banting kerana disini pelbagai makanan semua ada.
Nasi Minyak + Ayam Masak Merah
Nasi Tomato + Ayam Masak Merah
Nasi Kukus + Ayam Goreng Berempah
Nasi Kerabu + Ayam Goreng + Solok Lada
Chicken Chop
Pasta
Bolognese
Char Keo Teow
Laksa
ni semua RM5 sahaja

Nasi Putih + Ayam masak Lemak Cili Api - RM6
Air Sejuk - RM2
Tempe, Paru - RM1

Maaf, lupa pula aq nak ambil gambar menu kat sini.
Tapi korang boleh pergi mencubanya, memang tak rugi.
Cara nak memesan pula.
Korang boleh la pergi beratur untuk membuat pesanan.
Selepas itu cashier akan beri resit.
Dari resit tu korang boleh nampak no pesanan korang.
Dah bayar tu korang duduk je kat mana, sampai la no pada resit tu akan mereka panggil.
Untuk air pula, korang ambil bil yang dah dibayar tu, tunjuk pada yang jaga air tu apa air yang korang nama...apa apa air pun harga tetap sama RM2.
Kalau korang pesan makanan yang mudah cepat la dapat ye...kalau mcm chicken chop, keo teow lambat la sikit dapatnya.
Lepas ni kemana pula hala tuju perjalanan kami....
Tunggu.....

Apa-apa pun Korang
Layan Je...

Sepetang Di Bagan Lalang

Kesinambungan cerita makan di Nasi Kukus Cik Ros Banting.
Perjalanan diteruskan ke Bagan Lalang. Cuaca cerah dan sedikit mendung. 
Kebetulan masa kami sampai, air laut tengah surut dan akan pasang dalam beberapa jam lagi.
Seronoknya dapat main pantai dengan Alif. Konon nak mencari cengkerang laut, ketam ketam yang comel ke....tapi sayang langsung tidak kelihatan...



Dik kerana panahan sinar matahari, mata tak boleh nak tengok kamera... 


Air Laut yang tenang..

Air laut di belakang kami dah mula memenuhi ruang pasir disitu...

Alif buat apa tu sayang...

My hb, baru nak turun dari kereta...

Me, air laut dah mulai penuh
Hb mengajak kami pulang ke tebing, kata nya nanti air laut dah pasang jauh pula kita nak berjalanan ni...erm....Alif nampak pula air krim lalu..apa lagi...

Cuaca macam ni makan ais krim pun sedap kan....
Dalam jam 6 ptg kami meninggalkan pantai peranginan ni menuju ke arah Nilai untuk mencari sesuatu di Nilai 3.
Apa - apa pun Korang
Layan Je.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...