27 November 2018

JJCM @ Nasi Kukus Cik Ros Banting

Bila petang minggu duduk di rumah mula la bosan, Makan tengahari pun belum lagi...
Lepas je zohor, aq ajak hb menghala ke Banting, misi utama semestinya makan di Nasi Kukus Cik Ros, Banting. Sebenarnya aq selalu je makan kat sini cuma aq tak cerita kan di blog ni saja. Jadi kali ni aq berkongsi lagi 1 tempat makan yang wajib korang cuba bila datang ke Banting..
Lokasi NKCR ni senang je. Kalau dari KL menghala ke Pekan Banting, anda akan temui Hospital Banting selepas itu boleh lihat signboard Imigresin Banting...Jumpa trafic light belok kiri...
NKCR ni betul betul menghadap Jabatan Imigresin Banting. 


Alif makan bubur kacang..

Chicken Chop RM5

Tapai Ubi RM3.00

Lihat harga yang tertera...

Lihat Alif makan Chicken Chop...sempoi je pakai tangan kan...
hehehe..

Aq pun makan Chicken Chop juga, Hb cuma makan Tapai Ubi, tapi kami makan bersama sama juga la kerana portion Chicken Chop ni boleh tahan besar juga...dengan harga RM5 sangat sangat la berbaloi...
NKCR ni sebenarnya banyak cawangan tapi aq paling suka pergi di cawangan Banting kerana disini pelbagai makanan semua ada.
Nasi Minyak + Ayam Masak Merah
Nasi Tomato + Ayam Masak Merah
Nasi Kukus + Ayam Goreng Berempah
Nasi Kerabu + Ayam Goreng + Solok Lada
Chicken Chop
Pasta
Bolognese
Char Keo Teow
Laksa
ni semua RM5 sahaja

Nasi Putih + Ayam masak Lemak Cili Api - RM6
Air Sejuk - RM2
Tempe, Paru - RM1

Maaf, lupa pula aq nak ambil gambar menu kat sini.
Tapi korang boleh pergi mencubanya, memang tak rugi.
Cara nak memesan pula.
Korang boleh la pergi beratur untuk membuat pesanan.
Selepas itu cashier akan beri resit.
Dari resit tu korang boleh nampak no pesanan korang.
Dah bayar tu korang duduk je kat mana, sampai la no pada resit tu akan mereka panggil.
Untuk air pula, korang ambil bil yang dah dibayar tu, tunjuk pada yang jaga air tu apa air yang korang nama...apa apa air pun harga tetap sama RM2.
Kalau korang pesan makanan yang mudah cepat la dapat ye...kalau mcm chicken chop, keo teow lambat la sikit dapatnya.
Lepas ni kemana pula hala tuju perjalanan kami....
Tunggu.....

Apa-apa pun Korang
Layan Je...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...