18 December 2019

Aerodance Workout Fit & Fun Sekamat Bersama Kak Herniwati

Dah lama aq & the geng tidak mengikuti kelas Kak Herni.
Jadi semalam ku gagahi jua untuk turut serta.
Dah la masa nak datang hujan sepanjang jalan.
Kami ber 5 pergi dengan menggunakan perkhimatan grab je...
Boleh tahan jauh nya.
Bila sampai acara dah pun bermula...
Termiss 2 lagu kot....
erm....











Acara habis dalam jam 10.00 malam...
memang best dengan lenjun dek peluh masing masing
apa apa pun semua nya happy je malam ni...
Dah habis biasa la kan...
Selfie mesti tak lepas punya.....
Janji happy kang korang....
Layan...

16 December 2019

Mi Sedap Korean Spicy Chicken


Bila mi sedap ni menjadi viral dok lalu lalu kat wall fb...
Aq apa lagi gigih la mencarinya..
Hari jumaat malam aq ke Pasaraya Hero...
Yeah akhir nya dah jumpa....
Apa lagi aq rembat 3 paket....

 Harga RM5.90 
1 paket ada 5 bungkus

 Rasa sedap...so Korea...
Hehehe....

Rasa memang terbaek...
Feeling makan magi ramen....
Lain kali boleh la makan mi sedap ni je....
Harga pun mampu milik.....
Mie ini kepunyaan Nadia dan juga Alif.
Aq.... memang tak la nak makan dah malam malam ni...
Sayang oooooo...diet aq...
Hehehe...
Apa apa pun Korang
Layan Je

15 December 2019

Aerodance @ Komuniti Bandar Tun Razak

Geng jimba di komuniti BTR untuk pagi ni.
Sabtu pagi kami merempit ke Komuniti BTR terus ke parking tkt 5.
Awal pula kami sampai. Terpaksa la tunggu yang lain lain pula....

 Muka gumbira...dah habis berjimba....


 Bersama tcer pagi ni... Zin Paloma....




Kami tak ramai tapi kami hado.....
Kepada yang free tu boleh la datang ke sini jika ada kelapangan tapi kena tengok la jadual juga...
Jangan main terjah je ye.....
Dengan bayaran cuma RM5 dengan setiap penyertaan...
Sumbangan ini hanya la untuk duit tcer yang mengajar tu je selebihnya seikhlas hati....
Ok la tu kan dari dok rumah mereput buat apa kan...
Keluarkan peluh tu sesekali.
In sha Allah jika ada kelapangan aq akan sertai lagi aerodance aka senamrobik ni...
Terima kasih kepada Admin Yati kerana sudi memberi info kepada kami....
Apa - apa pun Korang
Layan Je....

Ubi Kemili Rebus Bersama Kelapa Parut

Cerita di petang minggu ahad...
Lepas je ku buat mee goreng fatboi tu...ku rebus juga ubi kemili atau pun ubi keling ni.
Aq beli masa kat Pasar Payang tempoh hari. Dah seminggu kan..
hari tu aq cuba gabungkan ubi kemili bersama dengan sambal sardin. Tak ambil gambar la pula.
Jadi hari ni aq rebus macam tu je...Letak sikit garam...

 Taraaaaa... ubi yang dah siap di rebus..


Sambil makan sambil kopek la kulit ubi tu ye..Rebus sekali dengan kulit nya
Kelapa parut tu ku campur kan dengan gula & garam.
Cicah...layan sungguh...

Mee Goreng FatBoi Menu Petang Minggu


Hari minggu aq duduk di rumah je, badan pun tak berapa sihat.
Bila dah tidur je, bila bangun mula la otak dok mikir apa nak buat utnuk minum petang. Kena buat menu yang berat sikit biar kenyang sampai ke malam.
Buka kabinet ternampak la mee FatBoi.
Mee ni memang sedap. Masa mula mula goreng tu aq dah jatuh chenta dengan rasanya.
Mee ni juga dikatakan salah 1 mee yang rendah kalori.


Tadaaaaaa...
Makan mee goreng Fat Boi ni masa panas panas pekena lak ngn Kopi Essenso...
Aq tabur juga Chili Flakes..Perh...sedap baq ang...
Memang layan la kan...
Coffee Essenso tu aq gabungan dengan Sunlac Milk la kan...
Ku harus menjaga diet la kiranya.
Sapa kata diet tak leh makan sedap kan...
Ni la ni meeFatBoi kot mana yang tak tahu.
Ada 3 perasa, Asli, Oat & Labu.
Ni aq borong kat NSK 1 bungkus RM2.80 je.
Masa ni cuma ada perasa asli.
1 lagi tu mee ramen. tu juga sesuai untuk diet....

Resepi Mee FatBoi Goreng

BAHAN - BAHAN NYA

Mee - rebus sampai lembut
Bawang Merah / Putih - diblender
4 sudu Cili Kisar 
2 sudu sos cili + bawang putih
1 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat Jalen
1 kiub ayam
Gula, Garam

Segengam Udang Kertas
2 Keping Fish Cake

Tumis sebati dan garing

Letak air 2 cawan Ikea

Bila dan mendidih masuk kan mee yang dah siap di rebus

Kacau sebati

Masuk kan sayur 

Last taburkan dengan serbuk maggi secukup rasa.
Aq suka letak yang ni masa akhir.

Ok siap...

Lempeng Kelapa

Petang sabtu tak ke mana mana.
Hujan je sedari tengahari tadi. Aq pun apa lagi buka peti ais tengok apa yang ada dalam peti.
Tung tang tung tang terhasil la Lempeng Kelapa  Versi aq la ye.

 Lempeng Kelapa Dengan Sambal Ikan Bilis..

 Ni ler bancuhan adunan aq
Aq takde la sukatan yang tepat
Bahan - bahan nya cuma : 
Tepung Gandum
Santan Kotak - 1 kotak kecil
Telur sebiji
Kelapa Parut
Garam
Gula
Yang ni blender sekali
Kalau nak tebal pekat kan bancuhan
Kalau nk nipis cair kan je..
Korang adjust la ye....
Aq oleskan dengan planta



 Resepi Sambal Ikan Bilis
Bawang Merah / Besar
Bawang Putih
Ikan Bilis
Cili Kisar
Garam
Gula
Semua bahan tu di blender

Tadaaaaa....
Lempeng Kelapa ni mmg layan la kan lagi lagi masa hujan ni kan..
Alif & hb bukan main laju makan.
Fatahul mula mula tak mo...tapi bila dah rasa 1 keping...berkeping keping dia makan sampai habis..
Erm....alhamdulillah.....
Menu yang menjadi kegemaran keluarga ku....

13 December 2019

Cucur Badak Ranggup

Disebabkan inti cucur badak masih berbaki lagi, cucur badak ni aq dah buat untuk sambutan makan perpisahan untuk Fatahul hari tu. Sayang la pulak nak dibuangkan.
Masih boleh dimakan lagi kerana aq letak di dalam peti beku tu...
Jadi balik je kerja pada hari selasa yang lalu gigih la aq membuat kuih ni.
Sebelum aq balik kerja, aq minta tolong my hb untuk kupas kulit ubi keledek ni.
Aq memilih ubi keledek oren kerana rasa nya yang manis.
Lepas tu aq rebus bercampur dengan sedikit garam...

 Ubi keledek yang dah empuk.
Aq tumbuk untuk mendapatkan ubi yang lebih halus.
Masa panas-panas kita dah buat nya kerana masa ni ubi lebih lembut.

 Campur dengan sedikit tepung gandum.

 Lepas tu aq bulat kan siap siap....


 Proses buat lubang.....


 Letak la inti nya pula...
Aq suka letak lebih inti...

 Katup kan doh...
Leper kan begini...
Lepas tu boleh la goreng dengan api yang sederhana besar...
Jangan besar nanti mentah belah dalam
Kalau api kecil takut meresap minyak pula...

Ni la versi cucur badak ranggup aq...
Tak pernah pun jadi ranggup.
Mungkin tepung kurang kot..
Tapi tang rasa boleh la kata HB. Hehehe...
Makan panas-panas bersama Milo suam...
Erm...layan sangat....
Maaf, aq tak sertakan resepi nya. Sebab aq main agak agak je....
Boleh tengok bloq yang lain-lain ye...

09 December 2019

Jalan Jalan di Pasar Payang Baru

Kalau datang ke Kuala Terengganu pasti kita tak akan melepaskan peluang ke Pasar Payang.
Yang aq pergi ni Pasar Payang Baru.
Lebih selesa berbanding yang lama..
Kat sini macam macam jualan ada.
Keropok keping, keropok lekor, sos, keropok goreng, baju kaftan, t shirt....
dan lain lain...
Meh layan gambar aq...









Ni la ubi kemili atau pun ubi keling
Teruja aq tengok
Harga RM6 sekilo, aq beli 1/2 kilo cukup la...
Nak masak apa ye ngn ubi ni...
Rasanya nak masa ikan keli gulai bersama ubi kemili ni....
Apa apa pun Korang
Layan Je...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...