Akhirnya, kami dapat juga bergambar berlima.
Selalu nya memang susah nak dapat bersama.
Ada je yang kurang...

Terima kasih Nurin diatas jemputan. Makanan semua sedap sedap.
Memang dah kekenyangan dah.. Kot tak nak je repeat makan lagi....
Apam pisang ni order dari Ina. Katanya Ina tak tau nak bawa makanan apa untuk ke rumah Nurin.
Ina ni bz setiap ahad ada kursus haji. Aku tempah dengan mu la Shima apam pisang...
Ok je kata ku takde masalah...
Nurin menjemput kami ke kedai nya yang akan dibuka tak lama lagi.
Kiranya nak buat doa selamat dah bacaan yassin la....

Hari sabtu macam biasa aku akan ke Taman Medan membeli pelbagai jenis lauk untuk dijadikan stok makanan. Nanti nak masak mudah la...
Aku masak special sikit untuk anak anak...


Salam Jumaat.....
Hari terakhir bekerja untuk minggu ni...
Minggu ni kerja bermula hari rabu dan khamis. 2 hari dah bos izinkan balik pukul 12.30.
Hari ni jumaat bos dah cakap balik jam 3.00 petang...
Boleh la aku ke carwash cuci kereta... Hehehe...
Macam biasa menu hari ni simple je...sebab aku dah agak hari ni balik awal.
Selalu jam 5.30 kan...


Hari ni dah khamis.
Hari ni kerja la macam biasa. Harap hari ni balik awal lagi...
Macam semalam dapat balik awal. Tapi aku bawa juga bekal. Mana tau tiba tiba bos kata balik lambat ke.. kelaparan lak aku....
Hari ni rabu. Dah masuk kerja. Gigih aku masak....
Aku buat kari ikan nyuk nyuk, sayur bunci tumis telur, telur dadar untuk aku dan juga sosej roll.
Aku buat lebih simpan dalam freeze sikit....

Untuk dinner pula aku buat butter milk chicken.
Sebelum ambil Nadia balik kerja, aku masak dulu butter milk chicken ni.
Kebetulan hari tu Faiz bagi daun kari banyak...
Jadi nya aku buh la banyak banyak daun kari tu.

Bila dah tahu nak masak apa...
Aku nak masak sup daging... Daging ni aku kena la masak lama sikit.
Malas la aku nak guna pressure cooker... Tak padan dengan daging.

Hari ni dah selasa... hari terakhir..esok dah mula kerja macam biasa.
Nasi putih semalam ada sikit lagi... Aku masak nasi goreng biasa...
Gorengkan dengan telur mata...
Semug essenso coffee dan sebiji limau mandarin...
Sambil layan radio sinar di channel astro....
hari lak gerimis.... nikmat oooo....

Sebelah petang nya...
Aku masak lagi sotong sambal dan juga tumis buncis.
Habiskan stok
Bila anak anak makan sotong sambal ni...dah kepedasan.... Cili kering yang aku beli kat Fresh Mart ni jenis pedas kot....
Tersiut siut diorg makan...
Hari ni aku cuma sarapan maggi carbonara jenama vits tu...
Baru makan sesudu Alif dah mengendeng... Kesian la pula...
Takpe la ambil la habiskan... Aku makan kek butter yang tinggal berapa ketul tu lagi...
dengan sebiji limau mandarin yang bos bagi hari tu....
Bila sarapan makan sikit je... aku awalkan masak tengahari.....
Lepas je aku hantar Nadia p kerja. Singgah Hero jap..beli bahan nak buat popia carbonara.
Lama weh tak makan... Aku nak masak sendiri la puas hati makan.
Gigih aku ke Hero beli bahan. Balik rumah terus buat inti nya...
Biarkan inti tu sejuk baru la aku gulung.
Aku buat kulit nya 2 lapis sebab tak mo bila digoreng kulit nya pecah.
Rupanya lagi sedap... lagi ranggup.
Tapi dalam sebungkus kulit tu cuma dapat 25 ketul je la...sebab di double kan...
Goreng garing makan panas2... berebut diorg makan....
Sebelah petang boboi anak jiran depan rumah ketuk pintu.
Minta pinggan...Alif pun bagi la pinggan.
Rupanya jiran ku beri sepinggan serawa durian.
Kebetulan aku ada roti...
Cicah roti makan di waktu petang.
Cuaca pun gerimis je...
sedap nya....

Selamat tahun baru cina.... Gong Xi Fa Cai.....
Hari ni hari pertama chinese new year.... Bangun pagi, ku lihat ada sedikit nasi sejuk...
sayang nak buang. Aku buat nasi goreng simple je.
Potong kek butter hari jumaat tu ada lagi sikit. Dengan semug wanda coffee...
Nikmat nya makan macam ini. KL pula hujan gerimis terus. Sejuk...rasa nak tarik selimut je...
Hehehehehe....