29 December 2023

JJCM @ KTM Pizza Taiping

 Masa dalam kereta aq cakap kat mak...tengahari ni kita makan kat Medan Selera Taiping lah mak..
Mak ok je... tapi dalam kereta aq terpikir nak makan kat area KTM Taiping tu...Viral kat situ...
Bila buka tiktok nampak ada yang makan kat sini....
Kebetulan kedai ni ada menjual pizza.... disebabkan kita memboikot pizza... dah lama la kita tak makan pizza... Jadinya Alif dan Nadia terus kata kita makan kat sini....
Aq tanya nak makan nasi kandar tak... sebab situ pun ada nasi kandar... tak mo tak mo...
Alif nak pizza....
Jadinya kami memilih Kedai makan KTM Pizza..

Di bahagian hadapan kedai....
Kerusi meja kedai ni kat bahagian belakang

Sampai je cari meja dan kami duduk disitu...
Atas meja dah ada menu...kami ambil sorang 1 dan baca...


Hb ambil sangkaya manakala Nadia memilih mushroom soup



Aku memilih pizza no 1 manakala Nadia nak pedas diambilnya no 9
Bila masa makan yang no 1 tu sedap sangat aq rekemon.. roti nya yang lembut...Makan panas panas..
Pizza yang no 9 ni masing masing tak tahan...memang pedas kaw kaw... 
Pada yang tak tahan pedas...tidak digalakkan order yg ni...




Ni aq add lagi regular...
Jenis pizza yg no 1


Ni pizza yang no 1 dan 9


Sup ni dihidangkan didalam kuali kecik macam ni....
Aku ambil bihun sup daging
Mak lak keo teow sup ayam
Alif keo toew sup daging
Nadia lak keo teow sup daging dan perut.

Ni roti sangkaya


Mushroom soup



Sebelum meju ke bahagian dalam... korang akan nampak hiasan antik kat kedai ni..
Boleh la kalau nak bergambar kat sini..




Tempat cuci tangan yang unik diperbuat dari teko.
Korang pusing je pemegang yang warna merah tu..keluar la air dari mulut ceret tu...
Unik kan...
Dah siap makan apa lagi time bayar la...
Bayaran selain dari tumai boleh juga bayar menggunakan QR Code...
Mudah kan.....
Bila dah settle semuanya... jom kita balik ke Bota.
Kali ni tak berhenti dah mana mana... Mata pun dah mengantuk...
Sementara HB drive aq pun tidur nanti masa balik ke KL aq lak yang drive..
Gilir gilir macam tu...

Check Out Homestay Makan Pagi @ 25/12/2023

 Hari ni hari isnin bersamaan 26/12/23. Hari terakhir kami di Negeri Jelapang Padi.
Aq kena bertolak awal sebabnya nak hantar mak kat Bota dan terus ke KL.
Bangun pagi bersiap siap, aq bertolak dalam jam 9.00 pagi...
SIL aq lambat sikit sebabnya hari selasa mereka masih bercuti....
Dalam perjalanan balik kami akan singgah kat mana mana gerai atau warung yang kami lihat menarik...
Kami nampak gerai roti canai..sayangnya roti canai dah pun habis...
Jalan ke depan sikit ada gerai yang menjual nasi campur... Ok kita makan je la...


HB dan Nadia ambil lauk ikan keli, Alif ayam masak kicap dan aku ambil telur masak kari dan juga pajeri terung berserta air teh o ais... kesemua sekali RM34.00
Nasi mak aq pun ada juga tapi aq tak ambil gambar nya...

Dalam perjalanan menuju ke kereta aq nampak ada makcik tu menjual lok cing....
Lama tak makan lock cing ni...


Antara lok cing yang dijual....


Makcik ni mula membakar pesanan kami...
Gigih aq Alif dan Nadia menunggu.. Manakala hb dan mak sudah pun menuju ke kereta.


Yang syok nya..lok cing ni berharga RM1 sebatang
Mana dapat weh kat KL...
Atleast RM2 kan....
Apa lagi borong la mana mana yang berkenan...
Dah siap lok cing kami terus menuju ke kereta...Dah tau mau singgah mana mana dah...
Perut pun dah kenyang dah...Kita terus balik ke Perak...
Nanti pikir la nak makan kat mana...
Next kat Perak kami makan kat mana...
Haaaaa jom ikuti kesudahan perjalanan kami....



28 December 2023

Makan Malam Di Warung Rumpun Semambu Tanjung Dawai

Lepas je turun dari Gunung Jerai kami terus menuju ke Tanjung Dawai...
Abg aq ajak makan Mee Udang. Otak aq terus mentafsirkan sedap ke mee udang ni macam yang selalu aq makan kat kedai yang aq pernah pergi tu...ada je yang tak ngam ngan tekak aq ni...
Tapi dah Faizal bawa ke sini sedap la kot.....
Nama kedai ni Warung Rumpun Semambu...

Ini mee udang untuk aq, hb, Nadia, Pikah dan mak....
Mee Udang ni pula berharga RM15.00 macam tak caya kan....
Terasa kesegaran udang tu...Sambil menulis ni pun aq masih merasakan keenakan kuah mee udang ni...


Yang ni pula mee tulang untuk Shahira dan juga Alif...
Sekuali macam ni harga nya cuma RM16.00 je
Memang berbaloi...daging nya yang empuk dan lembut.....
Nikmat sungguh...aq ni pak akal la dah kenyang kot tak memang aq minta bungkus makan kat homestay.. Makan kami malam ni Wahida yang belanja...
Terima kasih Ida...semoga murah rezeki....
Habis je makan kami menuju pulang tapi sebelum balik singgah dulu beli ikan bilis, ikan masin, sotong kering...Harga lebih murah berbanding tempat lain....yang selalu aq pergi tu...
Tengok mana yang berkenan masuk bakul... Bakul dah penuh... alamak habis la mau beratus ni aq kena... tapi bila dikira dalam anggaran RM70 sahaja...eh murah nya banyak lak aq membeli kali ni....
Rasanya aq kena datang lagi kat sini jalan jalan...tak puas rasa nya terkejar kejar waktu....
Hb kata nanti la kita pergi bila ada masa terluang tu... agak bila la kan...
Erm.....




Pertama Kali Ke Gunung Jerai

 Bila kami check in homestay dalam kul 2.00 petang...
Selepas berehat membersihkan diri.... kami semua dah terlelap...
Dalam kul 3.00 petang macam tu adik kak ipar aq pun sampai.... 
Kot hari ahad...Kedah kan kerja...jadi dia ambil half day pergi kenduri dan terus datang tengok kami kat homestay.. Lepas tu kami berkira kira nak kemana hala tuju petang ni... 
Cari la tempat yang seronok tak banyak menghabiskan duit.... Iqhwan dengan Anisah dah duluan ke Gunung Jerai mereka update kat group wasap...

Jom je la kita ke Gunung Jerai.....Mula mula adik SIL aq macam berat je nak pergi...jem kata nya mesti ramai orang ni sebab cuti kan.... Wahida (Wf Faizal) ala jom je tu kita yang pegi ni kita bawa diorang lak pergi... Perjalanan dari homestay nak ke Gunung Jerai dalam 30-45 minit gak la..
Bila sampai je kat perkarangan bawah Gunung Jerai.... happy jek... nanti kau...
Faizal bawa separuh berhenti tepi...dia tanya semua ok ke...kita nak tempuh dah jalan berliku dan mendaki ni....Kami kata ok...

Dari bawah ke atas dalam 12km je macam tu...tapi azab weh... selekoh nya aku rasa bukan ZZZ lagi... Pusing U tu dah la sempit...kot aq yang drive memang tak pergi la jawapnya... Sebelum ni kami selalu naik Bukit Frazer Cameron Highland... so kira ok la kan... Gunung Jerai bagi aq lagi mencabar weh....
Kami melepasi Muzium Perhutanan... muka happy dah... Iqhwan sampai atas dah kata nya takde parking...dia pun park tepi je...jalan kaki naik atas...

Bila kami mendaki...ada kereta yang turun...mereka kata atas takde parking penuh...penuh...
Lagi 1.2km nak sampai kemuncak kereta dah stuck jem...... Nasib la kereta auto tapi kereta Faizal manual kelisa...kecik senang la dia drive...Bila stuck kat situ punya la lama...aq decide untuk berpatah balik...turun la bawah balik nanti tengok port mana cantik kita bergambar.....
Bila kami patah balik...ada juga kereta yang ikut kami pusing balik ke bawah...

Kami turun sehingga la ke Muzium Perhutanan....cuaca sejuk dah nyaman rasa...hari masih gerimis...sepanjang hari ni kat Kedah ni gerimis je langsung takde matahari....
Kami park kereta kat depan Muzium Perhutanan...dan mula mengambil gambar.. Cuaca pun dah nak gelap dan berkabus.....

Jom layan photo kami



Ni kawasan bawah Gunung Jerai....



Jem kan...tapi van ni slumber je dia potong ikut laluan bertentangan...
Kalau nak naik van ni lagi mudah sorang RM8 boleh isi 10 orang



Iqhwan park kereta kat sini pastu jalan kaki naik ke atas.....







Jadi la dapat abadikan kenangan kat sini...
Sesekali kita dengar bunyi air terjun kecil yang mendamaikan...
Kawasan yang sunyi dan ada ketenangan kat sini...
Lain kali kita datang lagi...kita pergi awal pagi dan bukan masa kemuncak macam ni...
Masa belah turun nya ada kala jalan di tutupi oleh kabus tebal...Takut weh...
Akhirnya kami selamat sampai kat bawah...
Pastu kami ke mana... Ikuti terus perjalanan aq sepanjang berada di Negeri Jelapang Padi ni ye...
Daaaaaaa

Kenduri Di Alor Setar @ 24/12/2023

 

Hari ahad bersempena cuti hari raya krismas iaitu 24/12/2023 seawal jam 6.30 pagi kami dah bertolak dari rumah mak ke Alor Setar Kedah. Kami ingin menyantuni En Md Ledah dan isterinya Puan Siti Jamilah...bertempat di Kampung Padang Jambu, Mukim Kangkong, Alor Setar.

Semangat nya kami kerana ini lah kali ke 2 kami menghadiri kenduri kahwin di Kedah.
Sepanjang perjalanan kami, kami dihujani gerimis yang membasahi jalan raya PLUS. 
Kami sampai di RNR Gurun dalam jam 9.30 pagi... eh awal nya...tak kan nak pergi rumah kenduri kot.
Kak ipar call ajak lepak dulu kat rumah adiknya....Aq kata takpe la kami lepak kat RNR je la...lagi pun mudah ada tandas ada food court senang la kami nak mengisi perut kan...
Kat RNR Gurun ni best betul kerana pelbagai makanan ada dijual... lepas 1, 1 yang anak anak aq beli..
Orang Perak kata belum sampai kat kenduri kita dah berabis dah...tumpur weh.....
Dengan cuaca yang sejuk sejuk macam ni kan.......
Kat RNR Gurun, aq dah hb mencuba nasi lemak kuning aka Nasi royal yang dah siap di pack RM2 berlauk kan ikan bilis dan telur rebus....Nadia membeli nasi sup daging berserta telur masin dan sambal belacan RM9, Alif macam biasa beli mee sedap goreng RM3.50 kot tak silap aq la... Manakala mak hanya makan pau kacang merah dan juga pau kelapa RM2.50 sebiji....
Habis je makan...Alif membeli ayam gunting... RM12 sekeping...yang ni aq rekomen sangat ayam tanpa tulang... isi saja... beli la 2 pack.....
Lepas tu Nadia membeli jagung kukus cup RM4.50 dan juga kacang kuda rebus ni pun aq rekemon sedap cukup rasa RM5. Dah siap makan kami ke tandas dan jam menunjukan pukul 11.30 pagi kami terus bergerak ke rumah kenduri. Berpandukan lokasi yang dihantar...kami selamat sampai ke rumah kenduri.... 


Antara kami yang hadir....



aq bersama dengan kak chik anak tuan rumah....
Aq masa ni nak makan laksa... yang suami kak chik ni buat...
Si Amy ni memang penjual laksa la kalau kat Alor Setar tu...
Caya tak RM3 sepinggan laksa..... OMG...siap ada telur lagi...
Ko rasa..... Ye la katanya ikan ambil di pengkalan Kuala Muda dapat la murah kan....
KL.... mana mau nya...... kalau paling paling pun RM6 kan...tu pun kot ada lagi...


Bersama dengan kak ipar aq..tak sah kalau tak selfie...
Tu pun terketar ketar sebab nak lalu ikut titi kayu tu...




Orang tak berapa ramai lagi....
Masa kami sampai... Bila juadah dah siap tersedia...kami pun ambil makanan dan duduk bersama di satu meja....


Lepas je makan kami terus pulang nak check in homestay yang kak ipar aq dah booking....
Malas nak dok lama lama sebab nya tempat terhad lagi pun cuaca terus terusan hujan...walaupun cuma gerimis je.....
Terima kasih tuan rumah diatas jemputan, semoga murah rezeki selalu....



Takoyaki In Da Houz

Takoyaki....
Yang ni memang ada peminat nya tersendiri....
Aq tak war warkan pun pada group kejiranan rumah...takut tak menang tangan nak buat nya.
Aq hanya ambil tempahan untuk pelanggan yang sudah mengenali aq saja...
Kiranya customer tetap aq la ye....
Patut nya tako ni customer minta hari rabu malam tapi disebabkan aq ada tempahan apam coklat...
Aq minta customer tangguh ke hari khamis... mereka setuju....
 

Yang ni tako untuk staff HUKM...
Nak makan waktu pagi kata nya...
Nak 2 pack...jadi seawal pagi aq dah bangun buat kan tako untuk nya dan juga masak lauk bekalan untuk hari khamis..
Alhamdulillah siap seperti yang diminta iaitu pukul 7 pagi.....

Balik je kerja aq terus mengeluarkan bahan bahan yang aq dah siapkan didalam peti sejuk...
Balik kerja tinggal nak masak je lagi... Tako ni laki diperap tepung tu lagi sedap...
Lembut dan cukup rasa......
Malam ni aq pulun...
Dapat la 7 pack.... Alhamdulillah...
Rezeki anak anak aq...walaupun untungnya tak seberapa...tapi aq rasa puas sangat kerana resepi tako aq diterima ramai.... Ada customer yang tiap minggu akan order.... 
Cannot brain la kak saya ngan tako akk ni....
Alhamdulillah feedback yang positif dari customer....
Terima Kasih semua...sayang sayang akk... yang tak pernah jemu makan tako akk...
Semoga rezeki kalian bertambah....
Amiin....




Masakan Ku Untuk Hari Khamis 21/12/2023

 

Hari ni Khamis... teringin aq nak makan bihun goreng.... Semalam p Hero beli dah bahan bahan nak buat bihun goreng... Stail aq bihun goreng letak telur hancur tu je ngn fish ball fish cake sawi tu je....

Aq makan dengan 3 potong kek coklat...Kek ni beli kan Hero juga
Dengan semug coffee diet Delysh
Kopi Delysh ni tanpa tambahan gula putih, rendah kalori, diperkaya dengan fiber...


Yang ni pula untuk aq jamu kawan kawan kat ofis.....
Rezeki lebih kita kongsi bersama kan....

Sebelah malam kira nya hari rabu malam tu...
Aq ada tempahan Apam coklat.... Aq buat seadunan je... cukup la untuk tempahan... baki nya untuk makan kami anak beranak...


Apam coklat ni antara hot seller aq juga la selain dari apam pisang...
Aq pun suka makan..lagi lagi makan masa suam suam tu...
Kena kopi panas or ovaltine panas...nikmat ooooo...
Mai la pm aq kot sapa sapa yang berminat nak rasa apam coklat aq ni....





27 December 2023

Beli Hasil Laut Di Lumut Dan Makan Malam Di Changkat Chermin

Sabtu 16/12/2023 aq balik ke kampung. Balik ber 2 dengan Alif je...Tapi aq balik hari jumaat malam la... Sabtu tu kami pergi kenduri jiran sebelah rumah kawen... tapi kawen nya disebelah perempuan kat Pantai Remis. 
Balik dari kenduri kami ke Parit.. ambil baju yang aq tempah kat situ...
Sebelah malam nya aq mengajak mak ke Lumut...Saja jalan jalan melihat Lumut diwaktu malam...
Hujan renyai renyai je... nak makan pun awal lagi perut masih kenyang lagi makan kenduri siang tadi.

Nampak je parking kosong aq terus park kt depan kedai ni... 
Tertarik dan menarik cara jualan mereka ni..hajat cuma nak melihat lihat je.
Maklum la balik kampung bulan pun malap je kan...hehehe...
Tapi bila melihat kesegaran ikan bilis, cumi kering, sotong kering dan pelbagai hasil laut yang lain....
Aq pun teruja membeli nya...sikit sikit je aq ambil...100 gm mcm tu. tapi bila semua sudah siap dan dikira...haaaa ambil kau...RM100 juga la...
Selesai membeli aq pergi ke jalan yang menghadap laut tu... alhamdulillah ada parking...
Tapi mak ngan Alif tak nak turun kereta..hujan nak duduk dalam kereta je...
Ok la aq pun layan je la...dan puas mencuci mata aq pun bergerak pulang...

Konon nak cuci mata je...tercuci QR Code aq sekali
Hehehe..

Balik dari Lumut aq ajak mak singgah kat kedai tomyam yang selalu kami makan kat Changkat Chermin... Landmark kedai ni depan pintu gerbang Changkat Chermin tu je....
Makanan kat sini bagi aq ok dan tak la mahal sangat...


Aq makan kerabu maggi


Order juga fun fries

Alif pula Chicken Chop..
Manakala mak makan nasi putih dengan paprik campur...
Gambar tak sempat nak ambil...
Makan malam ni mak yang belanja kami...
Terima kasih mak...kerana mak begitu memahami......
Semoga mak dimurahkan rezeki melimpah ruah hendaknya....



Gift Box Dari Duck

Sementara Nadia nak dapat Guru Tetap....
Nadia kerja di banyak tempat... antara nya Jovian, Pedro dan juga Duck.
Mungkin ada yang tahu kan siapa tuan punya butik ni.....
Harga biasa lakan.... kita yang golongan B40 ni memang tak mampu nak beli tudung kat situ.
Tapi disebabkan Nadia kerja di situ...boleh la dapat staff purchase.
Merasa la aq sehelai tudung Duck..... Aq beli shawl pleated je....
Bila kita beli tudung....tudung tu akan diletakkan dalam gift box macam ni...
Standard semua warna purple Nadia kata.....
Kotak ni kosong je...staff duck akan tulis dan warnakan jadi macam ni...siap buh riben lagi...
Cantik kan...
Aq simpan la kat sini... nanti hilang pula dalam galeri hp aq pula....


Boleh la kot sapa sapa yang nak mencuba tudung jenama duck ni...
Tudung kat sini lawa lawa... Untung staff duck dapat tudung percuma tapi kot resign kena pulang balik..
design tudung ni pun cantik cantik...shawl ada bawal pun ada....


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...