28 December 2023

Pertama Kali Ke Gunung Jerai

 Bila kami check in homestay dalam kul 2.00 petang...
Selepas berehat membersihkan diri.... kami semua dah terlelap...
Dalam kul 3.00 petang macam tu adik kak ipar aq pun sampai.... 
Kot hari ahad...Kedah kan kerja...jadi dia ambil half day pergi kenduri dan terus datang tengok kami kat homestay.. Lepas tu kami berkira kira nak kemana hala tuju petang ni... 
Cari la tempat yang seronok tak banyak menghabiskan duit.... Iqhwan dengan Anisah dah duluan ke Gunung Jerai mereka update kat group wasap...

Jom je la kita ke Gunung Jerai.....Mula mula adik SIL aq macam berat je nak pergi...jem kata nya mesti ramai orang ni sebab cuti kan.... Wahida (Wf Faizal) ala jom je tu kita yang pegi ni kita bawa diorang lak pergi... Perjalanan dari homestay nak ke Gunung Jerai dalam 30-45 minit gak la..
Bila sampai je kat perkarangan bawah Gunung Jerai.... happy jek... nanti kau...
Faizal bawa separuh berhenti tepi...dia tanya semua ok ke...kita nak tempuh dah jalan berliku dan mendaki ni....Kami kata ok...

Dari bawah ke atas dalam 12km je macam tu...tapi azab weh... selekoh nya aku rasa bukan ZZZ lagi... Pusing U tu dah la sempit...kot aq yang drive memang tak pergi la jawapnya... Sebelum ni kami selalu naik Bukit Frazer Cameron Highland... so kira ok la kan... Gunung Jerai bagi aq lagi mencabar weh....
Kami melepasi Muzium Perhutanan... muka happy dah... Iqhwan sampai atas dah kata nya takde parking...dia pun park tepi je...jalan kaki naik atas...

Bila kami mendaki...ada kereta yang turun...mereka kata atas takde parking penuh...penuh...
Lagi 1.2km nak sampai kemuncak kereta dah stuck jem...... Nasib la kereta auto tapi kereta Faizal manual kelisa...kecik senang la dia drive...Bila stuck kat situ punya la lama...aq decide untuk berpatah balik...turun la bawah balik nanti tengok port mana cantik kita bergambar.....
Bila kami patah balik...ada juga kereta yang ikut kami pusing balik ke bawah...

Kami turun sehingga la ke Muzium Perhutanan....cuaca sejuk dah nyaman rasa...hari masih gerimis...sepanjang hari ni kat Kedah ni gerimis je langsung takde matahari....
Kami park kereta kat depan Muzium Perhutanan...dan mula mengambil gambar.. Cuaca pun dah nak gelap dan berkabus.....

Jom layan photo kami



Ni kawasan bawah Gunung Jerai....



Jem kan...tapi van ni slumber je dia potong ikut laluan bertentangan...
Kalau nak naik van ni lagi mudah sorang RM8 boleh isi 10 orang



Iqhwan park kereta kat sini pastu jalan kaki naik ke atas.....







Jadi la dapat abadikan kenangan kat sini...
Sesekali kita dengar bunyi air terjun kecil yang mendamaikan...
Kawasan yang sunyi dan ada ketenangan kat sini...
Lain kali kita datang lagi...kita pergi awal pagi dan bukan masa kemuncak macam ni...
Masa belah turun nya ada kala jalan di tutupi oleh kabus tebal...Takut weh...
Akhirnya kami selamat sampai kat bawah...
Pastu kami ke mana... Ikuti terus perjalanan aq sepanjang berada di Negeri Jelapang Padi ni ye...
Daaaaaaa

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...