29 May 2024

Jalan Jalan Ke Cowboy Jalan Kuching

Lepas je habis menghadiri mesyuarat PIBG, aq menuju ke Cowboy Jalan Kuching.
Masa mula mula dengar Cowboy ada apa tu.
Member pun menerangkan la..contoh nya Cowboy ni merangkumi kedai MR DIY, Happy Homes, Eco, Rakan, Hardware lebih kurang macam tu la.... Senang la semua ada... Yang penting duit korang mesti la ada kan...
Memang giler tengok barang barang yang ada kat sini... Cuma nya duit nya je tak berapa nak ada...
Hahahaha...
Jom ikuti gambar gambar yang aq ambil. Biar la gambar yang menceritakan segalanya....

Sebelum masuk ke dalam wajib ambil troli dulu....

Aq masuk dari LG.. jadi masa nak bayar pun kena ke kaunter bayaran LG.
Kaunter bayaran terdapat di tingkat G dan LG









Mesti korang tertanya tanya perbezaan warna sticker ni...
Bagi aq la sticker yang berwarna purple ni lebih tebal periuk nya dah tentu la harga nya lagi mahal kan....



Aq dah berkenan kan periuk yang saiz 40 / 40 cm ni 
Cap kucing purple... harga anggaran RM160.00
Kot masak kari rasanya ayam boleh la 3-5 ekor...
bergantung pada saiz la kan...











Barang makan pun ada juga









































Ni pun tak habis lagi aq jalan.... Barang barang hardware aq tak tinjau...Penat dah dalam 2 jam juga la aq berjalan....Kiranya kat sini ada 5 tingkat. Barang mainan budak pun aq tak pergi.
Lain kali boleh la repeat semula... Pergi tingkat yang mana perlu je.. tak perlu la berjalan ke setiap level... tumpo kaki..
bagi yang tak pernaj ke Cowboy korang pergi la... Mesti korang suka punya... parking pun senang...

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 21 @ SMKST 11/05/2024

Mesyuarat Agung PIBG di SMKST kali ke 21.
Bermakna sudah 3 kali aq menghadiri menyuarat ni.


Barisan YDP, NYDP serta barisan AJK tahun 2024

Hari ni aq berselfie kat hotel...Kenapa lak aq tidur kat hotel..tu nanti la aq cerita...



Selfie dengan bff ku Emma








Diantara barisan ibu bapa yang hadir. Tak ramai yang hadir mungkin disebabkan SKST ada program.
Jadinya ramai ibu bapa yang terpaksa ke SKST.
Takpe la...Janji ada juga ibu bapa yang hadir untuk mendengar taklimat mengenai tentatif bagi tahun 2024 berserta yuran mengikut tingkatan kan..

Hari Isnin, Malas Nak Masak Makan Malam

 Balik keje hb tny nk masak ke malam ni.
Penat semalam dengan tempahan dengan open house tak hilang lagi.
Jom je kita makan kat Medan selera. Macam biasa la kedai pilihan kami tu kan...

Yang ni keo teow kungfu... aq punya la...

Yang ni keo teow seafood basah untuk hb...

Lepas makan balik rumah kekenyangan....
Tq hb sebab payung aq makan malam ni....
Moga murah lagi rezeki hb ku....

Syawal ke 26 ~ Raya Sakan

 Raya ke 26.
Raya sakan hari ni. 3 rumah aq kunjungi.
Aq memenuhi jemputan tuan rumah.

Yang ni rumah pertama kami pergi. Rumah nya Poji...
Sama blok dengan aq yang terletak di tingkat 8.
Kat sini tak banyak yang kami bergambar.

Yang ni rumah ke 2... Rumah nya Kas.
Makanan sesedap kt sini... Tapi aq makan ala kadar je la...
Perut pun kenyang kagi...

Tu nampak apam pisang aq yang Kas tempah dari aq tu....
Hehehehe...



Bersama dengan tuan rumah yang duduk dari kanan no 2.
Kira nya sebelah aq tu je la

Bila selesai ke 2 rumah, Nurin ajak kami ke Seremban. Rumah nya Dayang pula....
Balik ni tak jem ke weh.... takpe kita buka waze....


Muka masing masing happy jek....
Perjalanan dari KL ke Seremban lancar je...
Dalam sejam lebih juga perjalanan...


Sampai je rumah Dayang...dah siap sedia menu di atas meja...
Apa lagi balun la...Perut pun dah lapar balik.
Tadi 2 rumah tu makan sikit sikit je...

Sambil makan sambil bersembang....
Herot mulut masing masing..
Hahaha...



Lepas makan kami bergambar...
Dalam kul 8 juga la kami bergerak pulang.



Balik guna waze lagi. Dah tentu la waze tunjuk jalan tak jem...Sampai KL dalam jam 10.00 malam...
Penat juga... Mandi mandi tidur...esok nak kerja kan...
Lena... Kepenatan...





28 May 2024

Roti Jala & Apam Pisang Tempahan 05/05/2024 Ahad

 Kepenatan jamuan raya semalam tak habis lagi... Sampai rumah pun dah kul 12.00 malam... 
Esok pagi ada tempahan lagi ni...
Jawapnya kena la bangun awal awal pagi ni...

Esoknya seawal jam 4.00 pagi aq dah bangun...
Pagi pagi aq siapkan apam pisang dulu... kemudian baru la buat roti jala.

Tempahan roti jala untuk 1/2 kilo tepung ni dari kawan ofis aq....
Kawan si Nur ni yang nak......

Roti jala 1/2 kilo tepung RM40 berserta kuah kari ayam kentang

Harga ni termasuk la sekali dengan roti jala tu...
Tapi kalau nak roti saja pun boleh....

Yang ni pula Nur nak selit order untuk diri nya....
4 pack.... RM4.00 sekarang aq dah naik kan menjadi RM5 untuk 6 pcs

Apam pisang ni tempahan dari Kas...
Nak 50 biji kata nya... Ok siap...
Bila siap semuanya kita pun hantar la.... Hari ni ada ada 3 jemputan rumah terbuka yang akan aq hadiri...Kat mana tu.... Ha jom ikuti perjalanan cerita ku....
Sambung.....

Majlis Rumah Terbuka Anjuran Surau Al Amin Bersama KRT @ 04/05/2024 Sabtu

Selamat hari raya aidilfitri dari kami warga penduduk Sri Penara...
Jamuan raya tahun ni berlain sedikit. Sambutan dibuat pada hari sabtu sebelah malam... Iaitu selepas solat isyak... Jadinya sedari pagi kami dah mula bergotong royong memasak bersama sama....
Pelbagai jenis juadah dan menu kami sediakan...



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...