Lepas je habis menghadiri mesyuarat PIBG, aq menuju ke Cowboy Jalan Kuching.
Masa mula mula dengar Cowboy ada apa tu.
Member pun menerangkan la..contoh nya Cowboy ni merangkumi kedai MR DIY, Happy Homes, Eco, Rakan, Hardware lebih kurang macam tu la.... Senang la semua ada... Yang penting duit korang mesti la ada kan...
Memang giler tengok barang barang yang ada kat sini... Cuma nya duit nya je tak berapa nak ada...
Hahahaha...
Jom ikuti gambar gambar yang aq ambil. Biar la gambar yang menceritakan segalanya....
Aq masuk dari LG.. jadi masa nak bayar pun kena ke kaunter bayaran LG.
Kaunter bayaran terdapat di tingkat G dan LG
Bagi aq la sticker yang berwarna purple ni lebih tebal periuk nya dah tentu la harga nya lagi mahal kan....
Cap kucing purple... harga anggaran RM160.00
Kot masak kari rasanya ayam boleh la 3-5 ekor...
bergantung pada saiz la kan...
Ni pun tak habis lagi aq jalan.... Barang barang hardware aq tak tinjau...Penat dah dalam 2 jam juga la aq berjalan....Kiranya kat sini ada 5 tingkat. Barang mainan budak pun aq tak pergi.
Lain kali boleh la repeat semula... Pergi tingkat yang mana perlu je.. tak perlu la berjalan ke setiap level... tumpo kaki..
bagi yang tak pernaj ke Cowboy korang pergi la... Mesti korang suka punya... parking pun senang...
No comments:
Post a Comment