01 August 2024

Makan Lagi Kat Mameen Celup Tepung Selambak

 Hb tanya nak kemana kita ni...
Entah la jalan jalan je la kot ada durian...boleh la belikan untuk Alif kata ku...
Masa kami jalan kat area Kota Kemuning tu dapat la durian 7 biji tak la besar mana pun
RM100 indon tu kira... isi tak la teban mana pun...
Jadi la buat Alif rasa rasa kan....

Lepas je Alif makan durian kami ke Mameen Celup Tepung.
Aq cakap dengan hb tak mo makan apa pun cuma nak makan kopok leko je...
Kopok lekor dia sedap...

Kopok lekor Terengganu

Nasi goreng kampung

Menu kanak kanak...
Sedap Alif kata

Teh Madu.... 
Tak lawan kat Nasi Dagang Atas Tol... tapi ok la sedap juga
Air tu free masa beli ayam ngn wedges tu... air strawberry

Bebola

Harga makan kami...

Ni la durian yang Alif makan...
Boleh nampak bayangan biji durian tu...

Apa apa tq hb sebab sudi belanja kami makan...
Alhamdulillah...

Masak Menu Tengahari Ahad Hasil Dari Kebun Ina

 Hari ahad lepas je balik pasar dengan Nurin, aq pun mula la memasak menu makan tengahari kami....
Nadia pun ada kat rumah jadi masak la lebih sikit...
Tapi aq tak masak awal pun dalam pukul 2 baru aq masak.
Sarapan pagi aq belikan nasi lemak untuk Nadia dan Alif masa kat pasar tadi.



Pucuk ubi masak pecal.
Pucuk ubi ni aq petik dari kebun Ina.
Pecal pula yan dah ready made tinggal bancuh dengan air panas je lagi

Ketam ni semalam aq beli kat pasar.
4 ekor RM4.20
Tak la besar pun...saiz tapak tangan budak je
Jadi la buat rasa rasa...

Siakap masak sos berempah...
Diorg suka masak macam ni berbanding sweet sour tu...
atau 3 rasa...

Dalam aq tengah makan..hb call kata nak keluar petang ni...
Memang pada mula nya aq dah cakap ngan hb... jom kita keluar petang ni...boring dah dok rumah.
Jadinya aq makan ala kadar je la...
Ketam pun tak sempat nak kokak... Makan pucuk ubi je gaul dengan kuah pecal...



Balik Pasar Lawat Kebun Ina

Hari ni hari ahad 21/07/2024.
Pagi ni Nurin pula ajak ke Din Segar.
Teruja dia mendengar bila aq kata semalam aq ke pasar beli lauk pauk murah murah.
Jom la kita pegi pula katanya...

Balik dari pasar nampak Ina tuan punya kebun mini ni kat situ...
Tengah membersihkan kebun nya. 

Ina sedang mencantas pohon pohon sayurnya...

Ada pucuk ubi pulut... ni sedap kalau buat masak lemak kan


Cili api... gemuk gemuk... elok lebat berbuah


Cili untuk solok lada tu...
Buah tak berapa besar.... 
Yang ni aq masak gulai tongkol letak cili ni... licin kami makan

Terung panjang...tapi masih kecil...
Aq kutip juga... ag buat masak pajeri terung


Ni masa kami balik dari pasar...
Sarapan kat depan Din Segar.
Sedap sedap makan kat sini....
Terjumpa dengan Kak Faizah dengan Abg Isa tengah beli ikan juga....

Nadia Belanja Sushi Dari Sushi Empire

 Pada sebelah malamnya, 
Nadia call bagitau ada belikan kami sushi dari empire sushi...
Selalunya sushi ni memang kegemaran kami semua.
Lagi lagi Alif... Kalau beli sushi combo tu boleh habis dia balun....

Kenapa sushi ni macam berkecai macam ni kak...
Katanya masa nabil pegang... terlepas ke lantai...habis la berkecai macam ni.....


Comot comot je jadinya

Mochi ni kegemaran Alif... 
Beli berapa biji pun takpe...

Takde rupa dah


Sushi tobiko...
Tumpah ke dalam bekas tobiko nya...Sayang betul...
Ku kutip letak elok elok atas sushi tu....
Perut kekenyang sangat dari siang tadi asyik makan je...
Alhamdulillah...rezeki..


Sardin Puff In Da Houz

Pada sebelah petangnya.... 
Bila aq susun ikan yang ku beli di pasar.
aq nampak ada kulit puff dan juga inti sambal sardin yang aq forzen kan...
Eh sayang la pula kan kalau nak dibuang...
Ok aq buat kan puff sardin untuk Alif...

Bila puff ni dibakar dalam over harum semerbak la baunya...
membuatkan Alif tak sabar nak makan...
Masakan tengahari tu Alif tak makan.... 

Aq buat macam ni je... mudah je...
Yang hijau hijau tu apa..mesti korang tertanya tanya kan...
Yang tu aq tabur daun pasley kering tu.. nampak la lawa sikit
hehehe...

Ni la hasilnya bila dah masak...
Untuk kulit puff aq beli yang dh siap, jenama kawan je...
Ada la 10 keping...
Bila dah masak makan lak panas panas... berselera hb ngan Alif makan.
Hb balik kerja patut nak makan nasi tapi kata nya kenyang dah makan puff ni...
Licin terus..

Balik Pasar Masak Menu Simple Je

 Hari sabtu 20/07/2024.
Lepas je solat subuh aq ke Pasar Din Segar yang terletak di Taman Medan.
Selalu memang aq cari lauk lauk kat sini je...
Kali ni aq pergi dengan Ezan...
Lama dah aq tak penuhkan peti ais dengan makanan macam ikan sotong udang tu...

Kali ni aq ke pasar, aq cuma membeli ikan mata besar, ikan kerisi, ikan pelaling, ikan tongkol,
udang, sotong dan juga ketam... 
Keseluruhan jumlahnya adalah RM42.90
Terkejut aq... Murah sangat kan...

Untuk menu tengahari macam biasa la...Aq masakan udang dan kerisi goreng je.
Lagi pun Nadia takde kat rumah. Hb lak kerja.. Tinggal aq dengan Alif je..

Udang masak lemak pucuk paku


Kerisi goreng.
Aq goreng 2 ekor...tu pun 2 2 aq yang makan... 
Alif tak mo...

Nadia Belanja Makan Di Kawan Ku Tomyam

Hari ni Jumaat 19/07/2024. Pekerja gomen dah gaji la kiranya hari ni.
Dari 2 hari lepas Nadia dah kata... Mama jumaat ni kita makan kt luar, orang belanja mama makan.
Tapi disebabkan aq berpuasa, jadinya aq berbuka dulu la ala kadar di rumah. 
Lepas je aq berbuka kami ke Taman Tenaga, Nadia nak makan char keo teow...
Tutup la pula kedai tu... Nadia kata kita pergi je ke Tomyam KawanKu.... 
Ok la... Aq ikutkan je la... 

Air kat sini diletak dalam bekas plastik macam ni

Air manggo pop... Sedap sebab ada pop tu kan..
Harga RM9.90 kalau tak silap aq la

Aq order pulut ayam.
Tapi spoil pulut tu berkerak keras... jadi potong selera nak makan...
Harga RM9.00


Perut bulat Danok...
Yang ni dia bagi 2 jenis sos..aq suka sos merah tu
Harga RM18.00


Hb makan nasi putih dengan paprik seafood


Nadia makan keo teow kungfu.
Kat sini sotongnya adalah sotong putih tu...
Bukan sotong ring ye.. kot sotong ring bantut selera nak makan...

Suasana kedai kat sini... 
Tenang je..
Ramai yang memilih nak duduk sebelah luar berbanding kat dalam...




TQ kak, belanja mama abah dan Alif. 
Semoga murah rezeki ye...
Kata kakak dalam Rm80+ juga la keseluruhan makanan kami tadi.
Alif ku bungkuskan nasi goreng kampung...
Dah kenyang... Jom la kita balik....



19 July 2024

Berbuka Puasa Di C6 Medan Selera

Salam Magrib....
Semalam hari ke 4 aq berpuasa.
Hari Nurin ajak aq dan Ina makan kat luar.
Disebabkan aq berpuasa jadinya... Kami pergi lebih awal la...
Kul 7 aq dah keluar rumah.
Sampai je kat Medan Selera kami menuju ke Gerai C6.
Aq macam biasa la mesti order bihun celup la... 

Hari ni aq order bihun celup daging


Tomyam pok tik...
Nurin makan dengan Ina.
Tapi sayangnya seafood ni dah tak berapa fresh dan kuahnya yang agak masin...

Sotong goreng tepung...
Yang ni sedap

Kailan ikan masin

Jus tembikai dan juga jus oren



Hari ni macam berjanji pulak...
Baju semuanya warna hitam...
Hahaha....

Bila aq berbuka kat luar dengan kawan kawan...
Kat rumah aq masih siap kan makanan untuk anak anak kat rumah.

Aq buat sardin tumis cili api je..
Tapi kenapa gambar jadi blur mcm ni

Telur mata kuning cair...
Permintaan Alif....

Lepas je makan kami pun pulang.
Sempat lagi aq membeli sebekas buah potong untuk Alif.
Sebekas RM5.
Lupa lak ambil gambar.



18 July 2024

Menu Berbuka ~ Salam Magrib 11 Muharram 1446H

 Salam magrib.....
Hari ni dah 11 Muharram... Menu berbuka aq pada hari ni....
Disebabkan pagi semalam aq masak nasi dan anak anak tak habiskan... Jadinya nasi putih yang berbaki tu aq buat nasi goreng untuk mereka... Untuk aq, aq buat sohun goreng... nak habiskan stok sohun.
Dalam dok aq masak tu hb balik dari kerja... katanya ada orang sangkut bubur ni kat pintu gril aq...
Aq dah agak ni mesti Kak Ani yang hantar. Sebab hari tu aq balik kampung, Kak Ani ada kirim jagung...

Menu aq pada hari ni...

Sekarang ni bersahur atau berbuka aq akan minum dengan semug green tea.
Selalunya aq minum jenama Ahmed Jasmine... Aq suka aroma green tea ni lembut je...

Nasi goreng kampung... sayur lak apa yang ada dalam esbox...

Yang ni sahun goreng... sohun sikit tu yang meriah nampak sayur je

Karipap sardin..

Last dah keropok yang Nurin bagi.. 
Goreng habiskan...

Bubur jagung pemberian Kak Ani.

Alhamdulillah syukur rezeki mu Ya Allah....
Semoga kita semua memperolehi keberkatan di bulan Muharram ni....
Amiin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...