14 February 2018

Pertandingan Mewarna Anjuran JPNIN @ Velocity Cheras

Satu malam aq terima Whatsapp dari Puan Fadilah pegwai JPNIN. 

Puan : Shima nak tak jadi juri
Aq : Juri apa puan
Puan : Juri Pertandingan mewarna Tabika Perpaduan
Aq : Boleh la puan
Puan : Ok la macam tu pada 03/02/18 jam 2.00 - 3.30 ptg

Aq ni memang kuno betul la, tak pernah pergi ke Velocity selalu lalu lalang je kat depan tu...
disebabkan pihak JPNIN nak kan 2 orang aq ajak Ezan untuk jadi peneman aq.
Bila aq sampai pertandingan dah pun bermula...aduh...mati la aq....
Kat situ dah nampak kanak kanak tabika perpaduan yang berumur 5 dan 6 tahun.
Gigih betul budak budak ni mewarna. Tempoh masa yang diberikan adalah 1 1/2 jam..




 Tugas aq adalah memerhatikan kanak kanak ini mewarna 

 Barisan peserta top 5 .
Tahniah adik adik...


 Sebelum balik selfie dulu dengan Puan Fadillah...





Dah alang alang pergi ke Velocity ni apa lagi kami pun mengambil kesempatan bergambar lah ye...
Kebetulan nak CNY mesti la cantik hiasan nya tu...
Apa - apa pun Korang 
Layan Je...

Jogging @ Taman Tasik Permaisuri

Bangun je pg sabtu takde benda aq nk buat...cuaca pun cantik..erm..apa lagi ajak la Alif pergi jogging. Dah lama tak melakukan aktiviti membakar lemak, asyik menambah lemak ada la...
hehehe....
Kami berdua aje...apa lagi merempit la aq ke Taman Tasik Permaisuri...



Pemandangan disekitar tasik sungguh mendamaikan. Ramai pengunjung melakukan aktiviti senamrobik, jogging, berjalan kaki, riadah bersama keluarga tersayang. Aq dan Alif cuma berjogging 1 pusingan sahaja.. kebetulan setiap sabtu dan ahad ada Pasar Tani disitu...apa lagi lepas jogging singgah di pasar tani pula...erm....
kalau korang ada masa terluang tu boleh la bawa keluarga kesini...memang seronok taman tasik ni...
apa - apa pun Korang
Layan Je...

JJCM @ Ayam Bakar Pasu & Masakan Salai Morib

Yeah...kali ni kali ke 2 aq makan di ayam bakar pasu morib ni. Selain ayam bakar pasu kat sini juga terdapat masakan salai..apa -apa boleh refer enteri aq sebelum ni ye...

 Ayam bakar pasu seekor RM22

 Ikan Keli salai masak lemak cili api + pucuk paku RM8

 Daging salai masak lemak cili api + pucuk paku RM13

 Nasi putih...tengok pada gambar ye...


Kali ni aq ambik ABC RM3.00 bila dh hbs boleh bawa mangkuk ABC tu ke kaunter ABC, mereka akan refill balik sepenuh2 nya mcm mula2... memang puas la makan..
Kali ni jumlah makanan cuma RM54.00 sahaja untuk 5 orang makan..
Makan kat sini memang puas hati, bagi yg belum pernah mencuba boleh la ke sini..
Lokasi : berhadapan Pantai Morib dan bersebelahan Masjid Morib...
Apa - apa pun Korang
Layan Je...

Happy Birthday To Alif @ 08/02/18

Selamat Hari Lahir buat Alif yg ke 9...
ermmmm...dh 9 tahun rupanya anak mama ni.
Imbas kembali :
Alif dilahirkan di HUKM dalam 33 minggu sahaja melalui czer..seberat 1.85kg.
Ini adalah disebabkan aq mempunyai masalah tekanan darah tinggi iaitu 180/120
Selama seminggu aq ditahan di wad tp darah tinggi masih macam itu juga turun naik turun naik bacaan nya. Jadi doktor terpaksa mengambil keputusan untuk melalukan czer disebabkan faktor kesihatan aq yang semakin merosot.
Selamat Alif dilahirkan Alif ditempat kan di NICU selama 2 minggu sehinggalah berat Alif mencecah 2kg dan baru lah Alif boleh pulang ke rumah.



Balik je sekolah aq bertanya pada Alif, nak apa-apa tak, Alif cakap dia cuma mahukan ayam goreng MCD n kentang goreng dan air...
Mula-mula ingat nak belikan Alif kek secret recipe atau pun kek viral

Mama : Alif nak kek apa
Alif : Kek secret recipe berapa
Mama : RM98.00
Alif : ooo murah la RM9.80
Mama : Bukan RM9.80 tapi RM98 + RM2 = RM100
Alif : Uih...mahal nya, tak payah la, belikan Alif ayam goreng mcd n fries n air cukup la..
Jimat duit mama..
Mama : Takpe la mama belikan kek viral je erk RM15.. Nanti kita beli kek SR potong ngan abah ye..
Alif : Ok mama...

Kami sepakat nak sambut birthday Alif kat MC Donalds Taman Connought jek










Hadiah, Aq n HB sepakat nak bagi je beg sekolah kat Alif, nak gantikan beg sekolahnya yg dah uzur...
Alif suka sangat dengan hadiah n sambutan harijadi yang tak seberapa ini...

"Mama doakan semoga Alif menjadi anak yang soleh, cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat, mengikuti jejak langkah abang2 n kakak berjaya. Semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Semoga sukses....amiin...."

Apa apa pun korang
Layan Je...

Hasil Kerja Tangan Ku

Assalammualaikum...
Kali ni aq nk bercerita pasal hasil kerja tangan aq.. jgn korang semua tak tahu, aq pun punya hobi menjahit cuma bila masa malas melanda mmg aku malas sangat nak menjahit, sangguh upah pada orang...Kebetulan hari Thaipusam dan keesokannya jatuh hari Wilayah Persekutuan, aq mengambil kesempatan untuk pulang ke kg, sekali tengok Fatahul di MTQ Addin 00. Bila sampai ke Pekan Langkap rupa-rupanya ada pasar pagi iaitu hari rabu, apa lagi aq pun singgah la merayau dulu tengok kot ada yang berkenan dihatikan... Bila lalu kat apek n ah so jual kain baju ela n langsir, cadar. aq berkenan la pulak kat kain cadar ni, kainnya yg lembut dan mudah untuk dijahit dan yang penting gambar kartun tu comel sangat.
Apek tu kata semeter RM14 je untuk buat cadar bujang diperlukan 1 1/2 M kain + sarung bantal 1/2 M dapat la 2 biji bantal...erm...ok la kan...



Bila balik ke KL apa lagi teruja la aku memotong dan menjahit cadar bujang ni.
Cadar bujang ni untuk anak aq Nadia..Harap kakak suka la ye...


Setelah gigih aq berhempas pulas menjahit..dan ini lah hasilnya...tadaaaaaa....

Selain cadar, aq pun suka menjahit langsir. Ni percubaan yg pertama aq menjahit langsir ring. erm...ok la kan tp langsir putih tu aku beli dah siap kat Nilai 3 dengan harga RM150 untuk 2 keping kain..

dan ini langsir pintu, langsir ni selalu aq jahit..mudah pun mudah...
Kalau kita ada minat, rajin mesti kita boleh melakukan nya...
erm...apa - apa pun Korang
Layan Je...

08 February 2018

Bento Alif & Mama

Assalammualaikum...
Sebelum aq pergi kerja, seawal pagi aq dah bangun siap kan makanan untuk Alif dan juga aq utk di bawa bekal. Setiap hari balik je dari sek aq akan tanya kepada Alif apa yang dia makan di sek terutama sekali sek agama. Disebabkan Alif bersekolah agama disebelah pagi, mudahlah untuk aq bagi bekalan buat Alif. Mula - mula Alif macam kekok tetapi lama kelamaan dah menjadi rutin harian pula...
Bento Alif siap aq bekal kan tisu, air masak, air manis dan makanan, sudu dan garpu dan diletak kan di dalam beg yang comei macam Alif. 
Bila dh di buat kan bento dan Alif tak bawa duit belanja ke sek agama jadi aq yakin makanan yang di makan oleh Alif, cuma sek keb saja aku tak dapat nak bekal kan kerana Alif bersekolah disebelah petang.
Meh layan diantara bento yang aq buat....







Setakat ni mama hanya mampu buat bento biasa biasa je, nanti mama akan cuba buat bento yang lebih hebat, comei n hebat. Moga mama lebih kreatif dalam membento erk Alif....mcm ibu - ibu yang lain tu..
Buat masa ni, ini aje ye makanan yang dapat aku kongsi kan...lain kali aq tepek lagi...
Apa-apa pun Korang
Layan Je...

06 February 2018

Jalan Jalan di Banting

Assalammualaikum.....
Hari ni sabtu 20/01/18 aq kerja minggu ke 3 tetapi separuh hari saja.
Bila balik rumah masak lepak lepak tengok TV, HB pun balik dari kerja. Bila tengok dia berehat malas nak ganggu..l
Dalam pukul 4 HB bangun tidur tanya, nak pergi Banting tak, tidur sana...erm best juga kan malam malam lepak pekan Banting.
Macam biasa bila ke Banting kami pasti akan menginap di Hotel Intan Jugra Banting. Bagi aq ini adalah hotel terbaik di kawasan Banting ni. Hotel yg sangat bersih dan selesa, bilik nya yang besar. Mungkin hotel ni masih baru lagi kan..



 Kalau nak pergi hotel ni walk in je, selalunya aq tak booking pun..
Untuk bilik ni harga nya cuma RM98.00
Lepas check in kami pun pergi ke matrik tengok Nadia sekejap dan bagi sedikit makanan untuk Nadia dan seterusnya kami terus menuju ke Giant Banting kerana disitu terdapat expo Thai.. so apa lagi jom kita terjah...






Ni antara yang aq beli
Kerabu maggi - RM8 rasa dia kurang la sedap lagi aku buat sendiri..hehehe..
Tokoyaki 12 biji RM13.00
Pulut mangga - RM6
Durian - 2 paket RM30
Lepas hbs je makan makan, kami pulang ke hotel dengan perut kekenyangan...
Apa apa pun korang
Layan Je...








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...