14 February 2018

Happy Birthday To Alif @ 08/02/18

Selamat Hari Lahir buat Alif yg ke 9...
ermmmm...dh 9 tahun rupanya anak mama ni.
Imbas kembali :
Alif dilahirkan di HUKM dalam 33 minggu sahaja melalui czer..seberat 1.85kg.
Ini adalah disebabkan aq mempunyai masalah tekanan darah tinggi iaitu 180/120
Selama seminggu aq ditahan di wad tp darah tinggi masih macam itu juga turun naik turun naik bacaan nya. Jadi doktor terpaksa mengambil keputusan untuk melalukan czer disebabkan faktor kesihatan aq yang semakin merosot.
Selamat Alif dilahirkan Alif ditempat kan di NICU selama 2 minggu sehinggalah berat Alif mencecah 2kg dan baru lah Alif boleh pulang ke rumah.



Balik je sekolah aq bertanya pada Alif, nak apa-apa tak, Alif cakap dia cuma mahukan ayam goreng MCD n kentang goreng dan air...
Mula-mula ingat nak belikan Alif kek secret recipe atau pun kek viral

Mama : Alif nak kek apa
Alif : Kek secret recipe berapa
Mama : RM98.00
Alif : ooo murah la RM9.80
Mama : Bukan RM9.80 tapi RM98 + RM2 = RM100
Alif : Uih...mahal nya, tak payah la, belikan Alif ayam goreng mcd n fries n air cukup la..
Jimat duit mama..
Mama : Takpe la mama belikan kek viral je erk RM15.. Nanti kita beli kek SR potong ngan abah ye..
Alif : Ok mama...

Kami sepakat nak sambut birthday Alif kat MC Donalds Taman Connought jek










Hadiah, Aq n HB sepakat nak bagi je beg sekolah kat Alif, nak gantikan beg sekolahnya yg dah uzur...
Alif suka sangat dengan hadiah n sambutan harijadi yang tak seberapa ini...

"Mama doakan semoga Alif menjadi anak yang soleh, cemerlang dan berjaya di dunia dan akhirat, mengikuti jejak langkah abang2 n kakak berjaya. Semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Semoga sukses....amiin...."

Apa apa pun korang
Layan Je...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...