06 February 2018

JJCM @ Ayam Bakar Pasu Morib

Assalammualaikum...
Mesti yg pernah makan kan ayam bakar pasu di Morib ni.
Bagi aq rasa nya memang tak sama denga kat PD tu dari segi bahan perapan, sos dan cara penghidangan. Aq sekeluarga lebih menyukai ayam bakar pasu ni...
Dengan harga yang berpatutan. 
Lokasi sangat lah mudah iaitu bersebelah dengan Masjid Morib dan berhadapan dengan pantai peranginan Morib. Nampak je pasu pasu berderet tu situ lah...
Selain jual ayam bakar, disini juga menjual pelbagai jenis salai, ayam, daging, itik, keli salai...
Setiap menu yang kita order akan di sediakan didalam periuk tanah / clay pot ni bercampur dengan pucuk ubi. Tapi kalau nak pucuk ubi saja masak lemak cili api harganya cuma RM3.
Meh kita tengok apa yang aq order ye...

 Ni pinggan my HB, sambal belacan sedap ooo...

 Yang ni pula keli salai. Dalam pot ni ada 1 setengah ekor keli jd 3 ketul la ye bercampur dengan pucuk ubi...
Harga RM8 

 Yang ni pula daging salai + pucuk ubi 
Harga RM13.
Daging yg disalai begitu sedap dan lembut, rugi kalau datang tak mencuba yang ni

Yang ni pula ayama bakar pasu...dh ambil baru Nadia tanya mama tak mo ambil gambar ke...
Harga : RM11 separuh
RM22 seekor.
Nasi putih pula RM2 utk dewasa dan RM1 utk kanak2...
Air pulak RM2 segelas..
Utk nasi dan air korang blh tambah berapa kali pun sebab dia cuma kira berapa pinggan nasi n gelas air. Air kosong / ais kosong percuma ye...
So total makan kami RM47...erm....memang berbaloi...tak yah dh pergi Nogori nak makan daging salai...hehehe...
So apa apa pun Korang
Layan Je...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...