Assalamualaikum....
Hiking kali ni kami buat keputusan untuk ke Bukit Apek kembali... Misi seterusnya adalah ingin menjejaki air terjun dan terus ke Bukit Saga pada 11/11/2018
Seawal jam 7 pagi kami dah pun bertolak ke Taman Cheras Awana.... Bila sampai dikawasan perumahan tu kita boleh lihat banyak kereta yang diletakkan dikiri kanan dan tengah pembahagi jalanan....
Seawal jam 8 pagi kami dah pun mulakan pendakian...
Ni antara geng Penara yang terlibat
Man & Kiah
Kak Anie, Abg Aziz & anak2
Sham & Ina
Me & My HB
Tengok muka muka teruja... Mana tak nya ni la buat pertama kali nya kami memakai jersi hiking... 😂😂😂😂
Permulaan pendakian.... Lancar je... Masing masing terujakan...
Kat sini dah ada yang semput....relex lu.... Tarik nafas....
Bila jumpa aliran sungai kecil tu kiranya kami dah pun melepasi bukit yang pertama jadi ada lagi 1 bukit untuk didaki baru la sampai ke puncak rumah pondok.... Kat sini mencabar sikit la sebab kita terpaksa pijak batu batu kecil, kalau tak pijak jawapnya terpijak la air sungai tu... Hahaha... Basuh kasut... Lain la kasut korang jenis waterproof... Keseimbangan badan adalah amat penting tapi bagi yang menpunyai tongkat, benda ni takde masalah...
Lepas tu kita akan mendaki balik naik ke atas...
Daripada laluan denai air sungai, kita mendaki balik untuk ke bukit yg ke 2
Dah sampai ke kawasan lapang..
Sampai kat tiang letrik ni kira dah bangga sangat tau... 😍😍.. Kalau dari bawah korang boleh nampak tiang letrik tu kat atas... Siapa sangka korang dah pun bergambar sebelah tiang tu kan....
Kita mula kan pendakian bukit yang ke 2....
Kawasan ni sempit dan licin, jadi kena berhati hati ye..
Semakin lama trail semakin mencabar....
Sampai dh point pertama tempat lapang kita rehat dulu....
Kat sini ada air bukit yang dah siap diisi dalam tong...
Boleh la kalau nak minum.. Percuma...
Setelah naik turun bukit sampai juga kt buah nenas yang tergantung ni.... Me happy sangat tau.... Kami lepak kat sini dalam 30 minit sebelum buat keputusan untuk ke next tempat... Mula mula plan nk ke air terjun... Then ada yang kata kita ke bukit saga pula.. Lepas tu baru ke air terjun... Ok la.. Me.... I follow.... Peace no war..... 😄
Ingin ku gapai mu... Tapi apakan daya... Aq kurang inci..
Hahaha....
Jam 10 pagi kami dah pun sampai di kawasan Rumah pondok Bukit Apek tu setelah berapa kali berhenti berehat....
Group photo.... Muka teruja, jap lg hangpa tgk la....
Hahaha...
Perjalaan diteruskan... Misi kita seterusnya... Ke Bukit Saga...
Jam 12 tghr kami dah pun selamat sampai ke Bukit Saga. Untuk ke Bukit Saga, laluan trail tak la mencabar... Biasa biasa je... Tapi tak ramai yang pergi ke Bukit Saga berbanding Bukit Apek... Atau mereka ke Bukit Saga ikut laluan lain... Maybe....
Bila sampai kat Bukit Saga kat sini banyak peralatan sukan yang dibuat sendiri.... Aq tak pun meninjau keadaan di kawasan situ sebab nya aq dah pun keletihan.... Kalau la dapat landing kat sini... Nyaman dan aman... Esok je la kita turun.... Hahahaha......
Misi seterusnya ke air terjun... Tetapi setelah berbincang dengan perjalanan yg akan mengambil masa lebih kurang 30 minit dengan keadaan cuaca yang dah mulai gelap... Kami sepakat berpatah balik ke Rumah Pondok Bukit Apek semula...
Sempat kawan ku mencuba naik hammock ni... Kot aq naik agak agak lentur sampai ke tanah tak..... Hahaha......
Group photo kat Bukit Saga...
Ada mereka ini yang tak pernah kami kenali selain geng Penara... Sekarang dah pun menjadi team hiking... Hebat hebat semuanya... Semua boleh bekerjasama... Macam Wonder Pet...
Hehehe...
Kami berpatah balik ke Bukit Apek... Misi ke Rumah Pondok... Sham kemain lagi panjat sampai ke atas, boleh kalau kita nak panjat, sila tanggalkan kasut... Nasib boleh turun... Kalau aq... Naik boleh kot tu pun goyang hbs kepala lutut... Turun.... Tak berani...gayat...
Kami boleh kenapa tidak anda.....
Selepas berehat dalam 30 minit di Rumah Pondok, kami pun berjalan pulang... Rehat dulu setelah kepenatan mendaki bukit yang mencabar... Tu la ada laluan mudah, nk shotcut tp ok gak kan cepat je naik ke atas....
😂😂
Seterusnya kami berjalanan pulang....masa ni muka sengeh sengeh dah sebab dikejauhan dah ada bau bau kedai n air kelapa... Kah.. Kah... Kah... Misi untuk menjejaki air terjun tidak kesampaian... Takpe lain kali kita ulang balik.... Misi terus ke air terjun kan... Tapi kali ni aq bangga sangat kerana melepasi 2 bukit.... Ada hikers yang kami jumpa bertanya kan sejauh mana perjalanan kami... Bila kami kata kan sampai Bukit Saga... Mereka... Wowwww....jom kita pulang..... Jam 1.00 kami dah pun selamat turun ke bawah...
Diorg minum air kelapa. Harga air kelapa pandan ni cuma Rm4 sahaja.... Murahkan... Kat sini ada je jual buah potong....
Lepas tu kami meneruskan perjalanan pulang.. Terima kasih pada Man & Kiah sudi tumpangkan kami kali ni ke sini...
Sampai kt rumah je jam 2 petang, perut dah lapar... Apa lagi kita makan dulu la kat kedai ayam goreng baru balik rumah... Sampai je kat rumah erm.... ZzzZzz......😴😴😴
Home Sweet Home...
Apa apa pun Korang
Layan je....
No comments:
Post a Comment