12 October 2019

Percutian Ke Cameron Highland

Percutian kami ke Cameron Highland pada 05/10/2019 bersamaan birthday Fatahul yang ke 17 tahun.
Happy Birthday Fatahul.
Semoga menjadi anak yang baik,
Anak yang soleh dan mendengar kata.
Mama sayang abang....
Seawal jam 7.00 pagi kami dah pun bertolak dari KL menuju ke Tanjung Malim.
Nak ambil Nadia disana. Selepas itu kami bersarapan ni Bandar Behrang.
Boleh tahan sedap makanan disitu tapi apa nama kedai dia aq dah lupa la tp berhadapan dengan Masjid Biru (sbb cat dia biru, aq yg gelar la ni).
Selepas itu perjalanan diteruskan lagi, HB ikut highway je mudah turun di Persimpangan Simpang Pulai. Keluar je tol trafic light belok kanan dan dihadapan ada trafic light belok lagi ke kanan...
Masa ni dah mula nak mendaki sebelum tu kita akan melalui jalan jalan kuari berhati hati banyak kenderaan berat keluar masuk.
Bila dah mendaki tu sambil melihat pemandangan disini sungguh indah dek kehijauan alam. Sesekali kita boleh lihat tanah yang rakus diteroka.
Bila sampai di Kea Farm kami memang akan berhenti disini kerana bila dah balik nanti memang tak akan lalu disini lagi kerana kami akan pulang melalui Tapah.
Yang aq tak gemo pasal Cameron ni jalan mesti jem... kot perayaan atau cuti sekolah lagi la jem...

Pilih pilih korang nak apa...sedap layan makan macam ni sejuk sejuk ni kan...

Jagung rabus, ubi rebus pun sedap juga kan....

Ada kambing grill,
Aq beli ayam gunting dan juga sosej 2 biji bersamaan RM20.00
Mahal...biasa la tempat pelancong kan...

Ubi keledek atau sweet potato...
memang layan sedap sangat.
Disebabkan aq menginap di homestay.. memang la aq akan beli ubi jagung untuk di masak nanti.
Lebih jimat kan...
heheheh...

Sampai je di homestay aq apa lagi bersilat la tung tang tung tang untuk menyediakan makan tenghari.
Kali ni kami menginap di Cameron Jaya Apartment Rumah Prima.
Kami tinggal di blok B6. Rupanya disini banyak je kedai runcit, restoran, kedai dobi, taman permainan. Aq suka kedai runcit di blok C2 sebelah kedai haiwan..macam macam ada kot kita nak masak la kan...yang aq beriya iya beli bahan mentah dari KL konon susah nanti nak cari di Cameron...

Tadaaaaaa....Ini la menu tenghari kami..
Alhamdulillah jadi la kan...sambal cili api tu aq bawa siap2 dari rumah...
yang lain memang masak je kt homestay di tolong oleh SIL la kot sorang memang lambat la nk bersantap kan...

Ni pula cucur jagung.
Minum petang punya menu. sejuk sejuk ni mesti lapar kan...
Alif : Mama, apasal cucur ni masin
Me : Sori mama tak perasaan terletak garam lebih
Hehehe... Makan je la cicah susu contra rasa masin manis kt situ...

Dah siap masak, aq & SIL membawa anak anak ke taman permainan disitu...
Sejuk nya...kaum bapa lepak kt rumah sampai buat taik mata kan
kan kan...


Alif & Pikah....

Me.. cantik kan suasana disini...rasa tak leh nak move on lak....

My SIL.


With my SIL
Malam pula diadakan parti kecil sempena birthday Fatahul
Tema : Dark Blue / Baby Blue...

Juadah ini pun kami masak sendiri ye....

Me & my HB...
Lepas je acara tu kami meredah ke pasar malam tak jauh pun dari homestay kami.
Tetapi hujan turun renyai renyai...
Berkabus cermin kereta...fuh dupdap dupdap jantung ku...dah la jalan sebelah bukit sebelah gaung dengan gelap malam tanpa lampu jalan.....

Macam biasa p sini cari strawberry la sbb strawberry yang aq beli di Kea Farm tadi dah pun habis dibelasah oleh budak budak tu...
Meraka pun ada jual coklat cair 
RM3 kecil
RM5 besar...
Kita buat coklat strawberry...puas makan dari beli dikedai RM5 3 batang je...
Semasa di pasar malam hujan turun dengan lebat nya.
Habis basah kami semua
Balik je homestay aq suruh Nadia hantar semua baju kotor dan basah ke dobi di blok kami je B6
Keesokan pagi nya...pagi pagi lagi aq dah menyediakan sarapan pagi untuk kami semua...

SIL gigih membuat nasi goreng, aq pulak buat cek mek molek...ubi manis kan..
ada ayam goreng tepung
telur dadar
ikan masin
cucur jagung
nasi putih
erm...cukup la kan...dah berapa jimat tu....

Cek Mek Molek...sedapnya makan sejuk sejuk ni kan....
Selepas itu kami bersiap dan check out..
Bawah je blok kami ada kedai yang menjual ubi cenderamata dan macam macam lagi
tak yah la susah2 nk ke Kea Farm la...nk berhenti kadang padang parking takde...
Mudah kan....

Ubi Rm7 boleh campo...sama je harga kt Kea Farm....

Pilih..pilih....

Key chain pun ada....

Cantik kan sudut ni....

Segarkan strawberry ni
Kat sini pun ada jual ais krim malaysia strawberry RM1
Semalam susah payah my hb p cari ke kedai yang tepi jalan tu...
Adoiyaiiiiiii......

Happy. Thanks hb for the short vacation ni...
Aq suka bangat.....

My SIL & Pikah...

My brother with his wife....
lepas tu kami pun berjalan pulang ke arah Ringlet.
Singgah sebentar di Cameron Valley untuk menikmati kesegaran teh
Aq, Alif & Fatahul menikmati teh o je..
my hb lak teh tarik...sedap nya....rugi kalau tak mencuba
untuk 4 cawan ni dalam RM9+ la kata hb....
ok la kan
Selepas itu kami meneruskan perjalanana.
Abg aq pulang melalui Sg Koyan dan aq terus kan ke Tapah...
Apa apa pun Korang
Layan Je....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...