09 December 2019

Jalan Jalan di Kuala Terengganu

Bila dah hilang penat, kami berpakat untuk ke Bandar Kuala Terengganu...
Pusing pusing kita tengok apa yang menarik kan...


 Di hadapan Homestay Ahfdol Taman Hayati Kampung Kubang Jela..
Homestay ni memang selesa sangat...





 Selepas itu destinasi pertama kami adalah di Kontena iaitu dikenali sebagai
Dapo Pata Uptown Kontena di tepi Pantai Tok Jembal.
Tempat ni memang cantik. Kami tak lepas kan peluang untuk bergambar di sini sambil menikmati keindahan panaroma tepian pantai...

 Ketika ini ombak begitu kuat membadai persisiran pantai..
Angin yang kuat memderu...tengok tu gegar gambar kami...
Selepas puas bergambar dan menikmati keindahan di sini kami pergi ke seafood berhampiran

 yang ni 
ABC, Bandung & Teh O ais....

 Dah semestinya ini daya tarikan nya...
Udang Celup Tepung RM8
Sotong Celup Tepung RM8
Yang lain lain dah habis....

 Selepas itu kami menuju ke Jambatan Angkat atau pun Drawbridge di Kuala Terengganu..
Di sini salah satu daya tarikan pelancong ke Kuala Terengganu....

 Mak & Alif ke Dataran Shahbandar, ada expo di sini.

 Berlatar belakang Jambatan Angkat atau pun Drawbridge.


 Pemandangan Masjid Kristal di waktu malam...

Keesokan hari nya selepas check out dari homestay kami pusing pusing ke Masjid Kristal pula..
Alhamdulillah walaupun cuaca agak mendung tetapi tak la panas terik kan..
kalau tak mau lesu badan ni rasanya...





 Masjid Kristal....

 Angin yang sungguh nyaman sekali...


 Selepas itu kami menuju ke Pasar Payang.
Setelah membeli sedikit kepok kering kami lepak di persisiran sungai depan Pasar Payang baru ni...
Menikmati keindahan yang penting tak panas la...cuaca mendun gitu...
Satar kat sini amat terbaik rasanya....
Ruginya aq tak beli...
Rasa yg SIL punya je....
Selepas itu perjalanan di teruskan ke Dungun melalui persisiran pantai Kemaman...

Singgah di gerai Roti Paung Kemaman. 
Mula - mula ingat rasa biasa biasa je..sekali makan..alamak sedap nya..
Aku cuma beli 3 biji je Perasa campur.
Bermakna ada perasa kelapa, kacang, planta dan juga kaya..
Harga cuma RM3...
Sekali hadap je dah habis sebiji..
Lain kali pada siapa yang singgah di sini...beli la lebih sikit..
In sha Allah tidak mengecewakan anda...
Roti ini di beli masa suam suam dan sangat lembut kejadianya...
Kami terus pulang ke KL singgah di Dungun untuk makan tenghari...
Dari Genting Sempah terus ke Tanjung Malim menghantar Nadia pulang...
Sampai di KL jam 11.30 malam....
Esok keje beb...
Mungkin kami akan repeat lagi percutian ini...Memang seronok bercuti di Pantai Timur rupanya...
Dengan makan yang sedap sedap belaka....
Apa - apa pun Korang
Layan Je..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...