Pada pagi sabtu 12/09/20, my hb cuti hari ni, jadi macam biasa mesti la ajak aq jjcm. Tapi kali ni dimana nak dituju sedang nanti jam 2.00 petang terpaksa bergegas menghantar Alif untuk latihan badminton pula. HB kata ala sempat lagi, jom kita ke Restoran Bunga Emas Banting. Kita pekena lempeng kelapa. Kalau korang nak tahu, lempeng kelapa kat situ ada yang tersedap yang pernah aq cuba.
Selain lempeng kelapa terdapat juga pelbagai juadah lain, kira nya banyak la pilihan. Nasi lemak, nasi kerabu, laksam, mee, bihun, keo teow dan macam macam lagi. Pokok nya cuma sediakan duit saja.. Hehehe...
Ni menu yang kami makan
Nasi lemak udang, kerang untuk HB
Nasi lemak ayam goreng, udang sambal untuk Alif
Laksam untuk aq..
Dan ini la dia lempeng kelapa.
Kalau nak tunggu lempeng kelapa ni memang la lambat.
Ambil masa untuk garing kan
Jadi memang la kena sabar menunggu...
Buat sementara tu korang makan la apa yang ada dulu....
Bila lempeng ni sampai makan panas panas...
Wowwww..... rasa nak datang semua...
Tapi bila ye..... almaklum la jauh juga kan...
Erm....
Layan je...
No comments:
Post a Comment