30 September 2020

Percutian ke Terengganu Sempena Cuti Kemerdekaan @ 29/08/20

 Percutian yang ringkas dan padat kali ini, kami memilih untuk ke Terengganu. Bersempena cuti Hari Kemerdekaan tapi tidak la menyambut merdeka di sana. Ku kira di mana mana pun bila ada sambutan perayaan pasti nya tak lepas dari menghadap jem kan. Lagi pun negara kita masih di landa wabak Covid ni jadi kita semua harus lah berjaga jaga dan mengikuti SOP yang telah ditetapkan. Kita bercuti dalam semenanjung aje lah ye..Pulang dari kerja hari jumaat petang kami terus bertolak ke Kuantan menginap 1 malam di rumah abg aq... Kemudian keesokan pagi nya kami bertolak ke Kemaman untuk menikmati sarapan pagi di sana. Dah bila namanya percutian ke Terengganu mesti la kita tidak melepaskan peluang menikmati sarapan ala ala pantai timur kan..

Dari Kuantan cuma exit 1 tol saja nak ke Kemaman....

Perjalanan kami ke Terengganu cuma 4 orang sahaja. Pikah mengikuti aq kerana abg ku lewat sedeket ke sana. Jadi kita jumpa di Marang la ye. Penginapan kami kali ini di Impian Chalet Marang Terengganu. Hajat di hati nak menginap di homestay Kuala Terengganu. Dah cuti panjang sah sah la semua homestay penuh.


Sampai di Kemaman. Entah la nama apa kedai ni tapi ianya terletak berhadapan dengan Warung Aziz Satar. Patut kami nak makan di situ tapi warung tu memulakan perniagaan nya pada jam 11.00 pagi.
Tak kan nak tunggu kan....
Macam biasa aq memang akan memesan nasi dagang dan berlaukkan ikan aye....kata orang Ganu la.
Selain tu aq juga mencuba pulut kuning dan berlauk kan gulai ikan aye juga.
Nadia macam biasa mesti makan nasi kerabu bersama ayam bakar..
Rasa nya sungguh sedap.. memang tak rugi mencuba makan di gerai ni....

Perjalanan diteruskan ke Marang. Dalam 1 jam 30 minit perjalanan, kami sampai di area Marang.
Singgah sebentar membeli roti paung. Kebetulan pula dapat roti yang masih panas panas keluar dari oven... Erm...memang layan la. Aq membeli roti campur, kacang merah dan juga planta.
Selain tu di kiri jalan terdapat banyak orang menjual buah2, jagung dan air nira.
Aq membeli jagung bakar RM2 setongkol murah kan.....
Selepas itu perjalanan diteruskan ke Impiana Chalet Marang yang terletak di Pantai Kerengga.
Harga 1 malam cuma RM90.00. Ok la tu kan dari yang mahal mahal nak buat apa kan...


Cuaca cantik sekali dengan laut nya biru hijau dan awan yang biru, pasir yang bersih...
Indahnya ciptaan tuhan....
Aq di tepi pantai kerengga saja di belakang Impiana Chalet...
Selepas berehat hilang kan penat badan, kami ke Bandar Kuala Terengganu untuk menuju ke Restoran Singgang Budu. Apa lagi misi mencari makan la untuk tenghari ni. Kami sampai dalam jam 2.00 petang saja la nak lewat tak mau ramai orang kan....Bila sampai je banyak dah makanan yang sudah habis...
Antara menu yang terdapat di Restoran Singgang Budu..



 Sedap kan menu dia....

Ini nasi Nadia SSS la katakan...

Ikan talapia merah goreng. Sedap sangat dapat masa panas panas....
Masa nak ambil ikan tu, Ikan tu patah alamak....Habis la tak comei la nak ambil gambar. 
Bila ayat ku ini didengari oleh pekerja kedai ni, dia tolong letak kan segala salad timun kobis nak tutup bahagia ikan yang patah tu...Terima kasih sangat sangat...Adik sangat membantu.....
Bagi aq makan di kedai ni semua nya sedap sedap belaka sesuai dengan citarasa orang orang pantai timur...Orang orang bukan pantai timur pun boleh balun juga....Masakan nya sedap cuma kena datang awal la ye...Lauk pauk disini cepat habis tapi apa apa pun ada je lagi lauk nya kalau datang lewat sikit....Selepas habis makan kami bersepakat untuk lepak lepak di Pantai Teluk Ketapang. 
Melalui jambatan angkat di waktu siang dapat la melihat keindahan laut di perairan Terengganu ni kan.. Banyak juga terdapat foodtruck almaklum la lusa kan nak sambut merdeka... Mesti la meriah di sini nanti. Sepanjang jalan menuju ke Pantai Teluk Ketapang terdapat banyak jualan seperti baju2 bundle, makanan, aksesori dan pelbagai lagi. Dikesempatan ini hb mencari parking, kami apa lagi meninjau di sepanjang gerai gerai ni... Bermacam makanan yang dibeli tidak lupa makanan utama di Terengganu, keropok leko...sedap nya....... Habis je membeli, peluh pun dah membasahi baju kami, perjalanan di teruskan ke gerai yang menjual ICT iaitu Ikan Celup Tepung yang terletak di Pantai Teluk Ketapang....
Beratur panjang untuk mendapat kan ICT ni. Bersabar dan bertabah la ye.... Panas membasahi baju ku lagi. Tapi bila dah sampai giliran aq alangkah gembira nya rasa kerana penantian sudah berakhir....
Hehehehe.....

Yang ni ku ambil
2 piring udang RM8 sepiring
2 piring sotong RM8 sepiring...
Nikmatnya makan sambil dicicah bersama sama sos cili...
erm... ku terasa hingga ke hari ni... jom hb kita repeat semula....

Bila dah nak magrib kami pulang ke chalet. Disepanjang jalan terdapat jualan keropok kering, keropok lekor, satar, dan pelbagai jenis makanan lagi...
Lepas mandi dan meriah kan diri...kami makan makanan yang dibeli dijalanan tadi...
Lepas makan erm apa lagi....ZzZzZz.......
Lena diulit mimpi....

Bila bangun keesokan pagi nya, SIL ajak ke pasar Marang, kita beli sarapan di pasar aja katanya.....
Rambang mata ku lihat juadah yang dijual di pasar Marang ni...


Aq suka sangat pulut ikan masin tu RM2

Sekotak tu RM2



Roti john ni RM2.50 je

Habis je membeli kami menuju balik ke chalet. Singgah makan di Nasi Dagang 30 tahun.
Sedap nya makan...Aq ambil nasi dagang lauk ikan aye dan ditambah jua gulai ikan aye...
Sebelum tu ku beli satar RM3.00 sebatang ada 6 biji. Kita cuba rasa dulu ye sedap ke tidak.

Ni la tempat tu. Bersebelahan dengan Impiana Chalet dan juga Nasi Dagang 30 tahun.
Strategik kan penginapan kami...

Satar
RM3 sebatang ada 6 biji.
Ku beli RM10.00 nanti abg tu akan bagi lebih dalam 2 biji la


Antara jualan di kedai beliau...
Isteri nya sangat ramah melayan kami. Bila kami beli banyak keropok siap di sedekahnya kami dodol yang di balut dalam daun palas. Kalau kat Melaka di bungkus dengan plastik kan...
Lepas je mereka makan sarapan pagi...sudah tiba masa untuk check out. Sebelum balik kami abadi kan gambar di Pantai Kerengga dahulu...

With my chenta hati...
Lain kali datang lagi ye...

With my SIL


Dengan My Lovely mak...

Bergambar di gazebo......
Ok dh jom kita balik...
Percutian di Terengganu memang menyeronokan...
Dengan makan nya
orang orang nya yang ramah...
Aduh... memang tak leh dilupakan...
Kapan aq kemari lagi ye.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...