01 November 2018

Hiking / Jungle Tracking Di FRIM Kepong

Assalammualaikum....
Dah menjadi keseronokan pula ye....
Kali ni kumpulan kami ber hiking di FRIM Kepong pada 28/10/2018. Kita habiskan bukit di KL & Selangor dulu lah ye.. Disebabkan minggu lepas pergi ke Bukit Apek, dari cerita cerita aq, ramai yang teruja nak mengikuti kumpulan ini termasuk my HB...hehehe...
So seawal jam 5 pagi aq dah bangun, masak nasi goreng untuk Alif, buat roti telur untuk my HB dan salad untuk daku....
Selepas mandi dan solat subuh, aq pun gerak pergi ke FRIM Kepong.
Sampai di FRIM dalam jam 7 pagi... Sudah ada kawan kawan yang lain tiba dan masih ramai lagi yang belum datang.


Peta FRIM


Ini dia wakil dari KRT Pangsapuri Sri Penara Fasa II, kali ni ramai, 10 orang terbaeeeekk la,
Banyak sambutan kali ni...

Macam biasa ketua hiking, saudara Fairus (Apai) sedang memberi taklimat...

Masa ni berkumpul di parking kereta...



Apa la yg korang borak kan tu, teruja muka masing masing nk menjaya kan misi kali ni...

Orkid Gergasi...

Ni pokok ye, dh berpuluh tahun jadi batu macam ni

Ni bunga apa, aq dh lupa

konon konon nk sweet la tu...hehehe...


Guide kata, kalau peluk pokok ada aura dia, so kami gilir gilir la peluk..

Kalau kita hendak hiking / jungle tacking di FRIM, wajib kena ambil guide dari FRIM. Ini adalah arahan dari mereka. Jadi bila kami beramai pergi tak la banyak yang kena sebab dah kongsi bayar kan...
Bagus juga ada guide, sebab beliau akan memberi penerangan kepada kita mengenai pokok dan tumbuh tumbuhan yang terdapat di sini...

Mula kan tracking...






Bila sampai kat sini semua orang akan memandang ke atas, kenapa...cuba korang lihat cantik kan...

dan lagi

Berhenti ambil gambar dulu

Sampai di Denai Keruing...




Ni trail berbatu...dan jalan membukit, semput gak la..

dah sampai di kawasan air terjun.


Dah sampai di bawah, sambil menikmati makanan yang di bawa...

Selain, hiking, jungle tracking, berkelah disini juga mempunyai perkhidmatan sewa basikal.
Akhir nya misi kami berakhir jam 12.00 tghr dan masa mula ekspedisi ini jam 9 pagi...
Memang puas, gembira lain kali kita datang lagi ye...
So lepas ni kat mana pula bukit nak aq terokai..
Tunggu.......
Apa apa pun Korang
Layan Je....

24 October 2018

Jalan - Jalan Di Kampung Sungai Bil Tanjung Malim

Assalamualaikum...
Cerita aq kali ni mengenai tempat perkelahan yang menarik di Tanjung Malim ni.  Semenjak kakak meneruskan pengajian di sini, aq akan mencari tempat tempat menarik untuk di jelajahi.  Hehehe... Dulu setiap kali hujung minggu selalu pergi ke Banting, Morib, Bagan Lalang sebabnya kakak bersekolah di Matrikulasi Selangor. 
Hari rabu tu kakak ada urusan di ptptn selepas selesai urusan aq dan suami menghantar kakak pulang ke Upsi.  Bila nak hantar kakak ke kelas, lecturer mesej kata kelas ditangguhkan lagi sejam. Kakak tak mau la lepak kat U, jom la pergi pusing mana mana. Jadi aq bagitau HB jom la kita pergi ke Kampung Sungai Bil.  Ikut kan pada waze cuma dalam 9km dari Upsi.  Erm... Ok la jom kita pergi... 
Bagi yang tidak tahu di mana letak nya Kampung Sungai Bil,  sila ikut signboard Kg Slim / Ulu Behrang.  Ikut je jalan tu. Sepanjang jalan kita akan melalui kawasan kampung.  Selepas itu kita akan jumpa pintu gerbang jika dari Tanjung Malim sebelah kanan la ye... 
Hati hati sikit sebab jalan disitu sempit sikit. 
Dalam 15 minit perjalanan, aq sampai di Chalet Sungai Bil Cool Spring.. 
Meh kita layan pemandangan di sini ye... 


Sesuai untuk mandi,  Alif mesti seronok nanti

Banyak chalet ada disini


Macam - macam chalet ada,  mungkin harga chalet ni berbeza. 

Sungai ni sentiasa di jaga oleh owner nya. 





Disini banyak chalet. Harga untuk chalet ni aq tak pasti berapa kerana aq tak pergi berkelah lagi. Cuma servey sahaja.  Lain kali aq akan datang ke sini lagi.  Kalau ada yang berminat boleh la call no seperti yang tertera. 
Apa apa pun Korang
Layan je... 

23 October 2018

Hiking Di Bukit Apek @ Taman Awana Cheras

Assalamualaikum...
Hiking.. Semenjak 2 menjak ni aq teruja untuk mendaki bukit... Bila baca blog ramai yang berjaya mendaki bukit bukau... Bila SIL bercerita setiap minggu dia berhiking dengan kawan kawan lagi la aq terujakan... Permula pertama kali nya aq hiking di Bukit Kledang Ipoh dengan sepupuku... Fuh letih nya tak dapat nak diceritakan... Tapi lepas tu macam ada kepuasan yang tak dapat ku cerita kan.  Hanya mereka yang berhiking mengerti perasaan ku ini... Jadi untuk kali ke 2 nya aq berhiking.  Kali ni pergi bersama sama Biro Sukan JPKRTDC.  Bukit yang aq nak daki kali ni ialah Bukit Apek atau pun nama Apek Hill.  Mereka yang menganjurkan..Hari khamis aq dapat whatsapp dari abg Pian pengerusi ditempat ku. "Shima,  ko minat hiking kan, join la group ni" erm ok gk tu kebetulan hari ahad 21/10/2018 aq memang takde apa apa program... So aq ajak Ezan n Kak Ani join sekali... Baru la meriah kan... Jadual dan juga tentatif program sudah diberikan. Jadi seawal jam 5.30 pagi aq dah bangun untuk menyiapkan makanan serta bekalan untuk dibawa walaupun makanan dan minuman telah disediakan... Aq macam biasa la mesti menyediakan makanan diet aq. Kali ni aq masak telur omellete.... Mudah,  ringkas, cepat dan yang penting rasanya yang sedap. 
Seawal jam 7.15 pagi kami dah pun bertolak dari rumah ke Taman Cheras Awana... Sampai disana, banyaknya kereta yang di parking dikiri kanan jalan. Aq lak tawakal je main redah je masuk ke dalam mana tahu ada parking kosong. Alhamdulillah ada juga kereta yang keluar... Lepas itu aq pun menuju ke kumpul hiking yang sedia menunggu kami... Jadi sesi suai kenal pun bermula.  Maklum la masing masing tidak mengenali satu sama lain... Kalau tengok pada gaya mereka ni,  mereka ni sempoi jek... Boleh jadi geng la ni... 
Ketua hikers kami iaitu saudara Apai. Beliau yang mengetuai kumpulan ini nanti.  Saudara Apai mengagihkan makanan dan minuman kepada kami semua.... 
Biasa la kan,  kalau tak selfie memang tak sah... Kih... Kih... Kih... 

Selfie lagi

Dan lagi

Bersama kumpulan semua perempuan... Eh mana lelaki, mereka ada je... Dok tukang ambil gambo... Hahaha...

Sesi taklimat dan regangan badan... 

Pendakian bermula.. Track adakala boleh buat aq tersenyum adakala buat aq semput... Tapi ini lah yang dikatakan hiking kan.. Kalau nak mudah ko tidur je lagi baik kan... 


Berjaya melepasi sesi 1.... Suka nya.... 

Yes... I can do it... Me bangga sangat tau... 

Peace no war... (apa ko merepek ni 😈)

Nampak tiang letrik tu, kat situ la aq nk pegi... 
(lap peluh jap) 

Mula menurun bukit dan mendaki semula... 

Yeah... Muka happy bila lalu track yg macam ni... 

Kemengahan selepas melepasi bukit... Tarik nafas dulu.... 

Yeah.... Peace your... 

Nampak kan track tu, tu tak teruk sangat ada lagi yang lebih teruk... Hahaha... 

Rehat kat 1st pit stop... Dok lu... Layan.... 

Masa ni dah keletihan.  Kembang kembang hidup ko Shima nak tarik nafas... 
Hahaha... 

Kita minum dulu.... 

Akhirnya sampai juga aq kat stesen 5 rumah pondok... Orang kata bila nampak je buah nenas tergantung kira dah teruja tau.... 

Masa aq baru sampai tu,  group kami kehujanan... Dengan angin takut nya... Tapi ini lah cabaran untuk hikers, hujan, basah,  kotor semua tu kena hadap jek... Kot tak mo semua tu dok rumah tidur... Masa kami hiking hujan turun dengan lebat nya tapi kami meneruskan juga perjalaan tanpa henti kerana ingin cepat sampai ke stesen 5. Terima kasih kepada saudara Fadli dan saudara Ngatemin yang sudi menemani kami ber 4. Bila ternampak je muka kami semua kawan kawan bersorok kerana akhir nya kami sampai jua. 

Tunjuk kat group yang kami dah berjaya sampai... 





Ku ingin mengapai mu tapi apakan daya tidak kesampaian... 

Yeah..... (ingat senang nak dapat shut yang cantik ni.. Banyak gak aq lompat tau) 
Hahahaha..... 

Group foto 

Kami bermula jam 8.15 pagi dan berjaya sampai diatas jam 10.45 pg... Lama kan tapi ok la untuk 1st beginner hiker macam kami kan... Bila sampai diatas kami berehat dan makan bekalan yang dibawa.. Kami tidak menuju ke air terjun kerana cuaca tidak mengizinkan.  Jam 12 kami bertolak turun ke bawah... 

Cuaca panas bila turun tu... 
Aq merenung kakak tu naik ke atas... Ikut giliran panjat la ye.. Ada juga chinese yang aq jumpa, beliau berkata kalau bukit tu tinggi jangan pandang ke atas ini kerana akan membuatkan u takut untuk memanjat.  Jadi pandang bawah je... 
Alhamdulillah aq sampai di bawah Apek Hill trail jam 1.15 ptg... Dan pulang ke rumah jam 2.30 petang... Lepas ni akan ada lagi hiking kali yg ke 3 buat ku dan kali yg ke 2 bersama group ini... Di mana tu.... Tungggu.... 
Apa apa pun Korang
Layan Je... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...