Assalamualaikum...
Cerita aq kali ni mengenai tempat perkelahan yang menarik di Tanjung Malim ni. Semenjak kakak meneruskan pengajian di sini, aq akan mencari tempat tempat menarik untuk di jelajahi. Hehehe... Dulu setiap kali hujung minggu selalu pergi ke Banting, Morib, Bagan Lalang sebabnya kakak bersekolah di Matrikulasi Selangor.
Hari rabu tu kakak ada urusan di ptptn selepas selesai urusan aq dan suami menghantar kakak pulang ke Upsi. Bila nak hantar kakak ke kelas, lecturer mesej kata kelas ditangguhkan lagi sejam. Kakak tak mau la lepak kat U, jom la pergi pusing mana mana. Jadi aq bagitau HB jom la kita pergi ke Kampung Sungai Bil. Ikut kan pada waze cuma dalam 9km dari Upsi. Erm... Ok la jom kita pergi...
Bagi yang tidak tahu di mana letak nya Kampung Sungai Bil, sila ikut signboard Kg Slim / Ulu Behrang. Ikut je jalan tu. Sepanjang jalan kita akan melalui kawasan kampung. Selepas itu kita akan jumpa pintu gerbang jika dari Tanjung Malim sebelah kanan la ye...
Hati hati sikit sebab jalan disitu sempit sikit.
Dalam 15 minit perjalanan, aq sampai di Chalet Sungai Bil Cool Spring..
Meh kita layan pemandangan di sini ye...
Sesuai untuk mandi, Alif mesti seronok nanti
Banyak chalet ada disini
No comments:
Post a Comment