Assalamualaikum...
Hiking.. Semenjak 2 menjak ni aq teruja untuk mendaki bukit... Bila baca blog ramai yang berjaya mendaki bukit bukau... Bila SIL bercerita setiap minggu dia berhiking dengan kawan kawan lagi la aq terujakan... Permula pertama kali nya aq hiking di Bukit Kledang Ipoh dengan sepupuku... Fuh letih nya tak dapat nak diceritakan... Tapi lepas tu macam ada kepuasan yang tak dapat ku cerita kan. Hanya mereka yang berhiking mengerti perasaan ku ini... Jadi untuk kali ke 2 nya aq berhiking. Kali ni pergi bersama sama Biro Sukan JPKRTDC. Bukit yang aq nak daki kali ni ialah Bukit Apek atau pun nama Apek Hill. Mereka yang menganjurkan..Hari khamis aq dapat whatsapp dari abg Pian pengerusi ditempat ku. "Shima, ko minat hiking kan, join la group ni" erm ok gk tu kebetulan hari ahad 21/10/2018 aq memang takde apa apa program... So aq ajak Ezan n Kak Ani join sekali... Baru la meriah kan... Jadual dan juga tentatif program sudah diberikan. Jadi seawal jam 5.30 pagi aq dah bangun untuk menyiapkan makanan serta bekalan untuk dibawa walaupun makanan dan minuman telah disediakan... Aq macam biasa la mesti menyediakan makanan diet aq. Kali ni aq masak telur omellete.... Mudah, ringkas, cepat dan yang penting rasanya yang sedap.
Seawal jam 7.15 pagi kami dah pun bertolak dari rumah ke Taman Cheras Awana... Sampai disana, banyaknya kereta yang di parking dikiri kanan jalan. Aq lak tawakal je main redah je masuk ke dalam mana tahu ada parking kosong. Alhamdulillah ada juga kereta yang keluar... Lepas itu aq pun menuju ke kumpul hiking yang sedia menunggu kami... Jadi sesi suai kenal pun bermula. Maklum la masing masing tidak mengenali satu sama lain... Kalau tengok pada gaya mereka ni, mereka ni sempoi jek... Boleh jadi geng la ni...
Ketua hikers kami iaitu saudara Apai. Beliau yang mengetuai kumpulan ini nanti. Saudara Apai mengagihkan makanan dan minuman kepada kami semua....
Bersama kumpulan semua perempuan... Eh mana lelaki, mereka ada je... Dok tukang ambil gambo... Hahaha...
Pendakian bermula.. Track adakala boleh buat aq tersenyum adakala buat aq semput... Tapi ini lah yang dikatakan hiking kan.. Kalau nak mudah ko tidur je lagi baik kan...
Berjaya melepasi sesi 1.... Suka nya....
Yes... I can do it... Me bangga sangat tau...
(lap peluh jap)
Hahaha...
Akhirnya sampai juga aq kat stesen 5 rumah pondok... Orang kata bila nampak je buah nenas tergantung kira dah teruja tau....
Masa aq baru sampai tu, group kami kehujanan... Dengan angin takut nya... Tapi ini lah cabaran untuk hikers, hujan, basah, kotor semua tu kena hadap jek... Kot tak mo semua tu dok rumah tidur... Masa kami hiking hujan turun dengan lebat nya tapi kami meneruskan juga perjalaan tanpa henti kerana ingin cepat sampai ke stesen 5. Terima kasih kepada saudara Fadli dan saudara Ngatemin yang sudi menemani kami ber 4. Bila ternampak je muka kami semua kawan kawan bersorok kerana akhir nya kami sampai jua.
Ku ingin mengapai mu tapi apakan daya tidak kesampaian...
Hahahaha.....
Kami bermula jam 8.15 pagi dan berjaya sampai diatas jam 10.45 pg... Lama kan tapi ok la untuk 1st beginner hiker macam kami kan... Bila sampai diatas kami berehat dan makan bekalan yang dibawa.. Kami tidak menuju ke air terjun kerana cuaca tidak mengizinkan. Jam 12 kami bertolak turun ke bawah...
Cuaca panas bila turun tu...
Aq merenung kakak tu naik ke atas... Ikut giliran panjat la ye.. Ada juga chinese yang aq jumpa, beliau berkata kalau bukit tu tinggi jangan pandang ke atas ini kerana akan membuatkan u takut untuk memanjat. Jadi pandang bawah je...
Alhamdulillah aq sampai di bawah Apek Hill trail jam 1.15 ptg... Dan pulang ke rumah jam 2.30 petang... Lepas ni akan ada lagi hiking kali yg ke 3 buat ku dan kali yg ke 2 bersama group ini... Di mana tu.... Tungggu....
Apa apa pun Korang
Layan Je...
No comments:
Post a Comment